CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Beg Hadiah Anugerah Oscar Termasuk Kertas Tisu Tandas & Mainan Seks!

23-2-2016 01:17 PM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 8137| Komen: 19

Description: Tahukah bagi mereka yang gagal memenangi sebarang anugerah Oscar sebenarnya tidak balik dengan tangan kosong, sebaliknya akan dihadiahkan satu beg yang dipenuhi dengan pelbagai jenis barangan dengan j ...

Oleh : TS LOO



sumber foto ; google image


Majlis Penyampaian Anugerah Oscar ke-88 di Hollywood bakal dilangsungkan pada 28 Februari, Ahad ini. 

Ketika kita semua sedang menanti pengumuman keputusan pemenang pada majlis perfileman antarabangsa yang berprestij, tahukah bagi mereka yang gagal memenangi sebarang anugerah sebenarnya tidak balik dengan tangan kosong. 

Sebaliknya akan dihadiahkan satu beg yang dipenuhi dengan pelbagai jenis barangan dengan jumlah nilai yang mencecah sehingga jutaan US Dollar. 



Tahun ini, beg hadiah yang akan diberi dilaporkan memecah rekod dengan nilai berjumlah USD230 ribu atau bersamaan kira-kira RM970 ribu. 

sumber foto : google image




Menurut laporan akhbar New York Post, barangan yang akan dihadiah termasuk:

1) 10 hari melancong di Israel dengan menaiki kapalterbang kelas business ( RM230 ribu )
2)  Khidmat sewa kereta Audi secara percuma selama setahun ( RM190 ribu )
3)  15 hari melancong ke Jepun ( RM190 ribu )
4)  Kursus 'Personal fitness' ( RM6000 )
5)  Polar RF tone Ultherapy ( RM23 ribu )
6)  Lotion berjenama Lizora secara percuma sepanjang hayat ( RM130 ribu )
7)  Perjalanan pakej bina badan di resort persendirian ( RM26 ribu )
8)  Air Purifier jenama Haze Dual V3 ( RM1,000 )
9)  Rawatan payudara ( RM8,000 )
10) Mainan seks jenama Arouser hanya boleh dimiliki oleh pencalon wanita ( RM840 )
11) Makanan haiwan pelihara secara percuma selama setahun ( RM26 ribu )
12) Satu roll ' kertas tisu tandas ' ( RM1,200 ) 

sumber foto : google image


Antara hadiah yang diberikan itu, yang paling istimewa semestinya mainan seks dan ' kertas tisu tandas', rata-rata netizen menyelar pemberian kertas tisu tandas adalah untuk mereka yang gagal menerima anugerah Oscar pada malam itu lap air mata. 

Manakala mainan seks yang merupakan penggetar atau vibrators itu pula hanya untuk kaum wanita, sebenarnya alat tersebut pernah ada dalam beg hadiah tahun lepas, pada masa itu, pihak penganjur sudah memberi amaran kepada syarikat yang menyediahkan beg hadiah dengan mengatakan barangan seperti itu adalah tidak sesuai dan boleh menjatuhkan imej Majlis Anugerah Oscar, akan tetapi kelihatan ianya masih berulang lagi.


Jom saksikan jumlah nilai beg hadiah untuk tahun-tahun yang sebelum ini!


Tahun 2015 berjumlah USD200 ribu

sumber foto : google image


Tahun 2014 berjumlah USD80 ribu

sumber foto : google image


Tahun 2013 berjumlah USD45 ribu

sumber foto : google image


Bagaimana pun, bagi pelakon yang berjaya dicalonkan itu rata-rata lebih mengharapkan memenangi anugerah Oscar yang amat berprestij itu ! 

Jangan lupa layari CARI infonet, untuk keputusan Anugerah Oscar yang terkini yang bakal diketahui pada Ahad ini. - CARI Infonet





26

Bagus
7

Marah
18

Terkejut
25

Sedih
27

Lawak
15

Bosan

Friends Rank (118 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote epis 23-2-2016 02:10 PM
semua jenis hadiah tu setiap calon dapat ke atau ikot nasib? ade yg dapat melancong ade yg dapat tisu tandas?
Quote ultramantujuh 23-2-2016 02:52 PM
baca lah betul-betul artikel tu, Epis.... kan ada tulis.. hadiah hanya untuk pencalon yang gagal menang anugerah dan hadiah yang merupakan alat mainan seks hanya untuk pencalon wanita sahaja, ada faham?
Quote alieyrina 23-2-2016 03:24 PM
Makna nya dlm 1 bag ada 12 hadiah tu? Wowwwwww
Quote bijigetah 23-2-2016 05:09 PM
Mainan seks tu mcm mana? Mainan olok2 wayang gitu erk?
Quote Mary_jane 23-2-2016 05:15 PM
Hopefully leonardo sangkut lah oscar kali ni. Kena bash lagi kalau pulang dengan hadiah diatas. Tapi nigga dah siap siaga boikot award ni, ironi nya host pun dari kalangan black people. Acano tu?

Jom berkuntum kat hbo next week.
Quote Artemesiaa 23-2-2016 05:26 PM
Dah orang bagi free ambik je le banyak lak komplain
Quote qronaldo7 23-2-2016 06:33 PM
Nk mainan sex
Quote chimpera 23-2-2016 06:47 PM
mahal bebenor kertas tisu tandas tu
mesti lap bleh buat bontott bau mewangi kekekeke
Quote Ferr_Remy 23-2-2016 11:43 PM
So klu acik2 kertu tercalon tp x menang... sonok la dpt dildo free
Quote missDollie 24-2-2016 12:50 AM
Baru ku tahu yang gagal pun boleh menang macam2..wow...mindblow giteww hadiah nye
Quote mat_arof 24-2-2016 07:25 AM
Mary_jane replied at 23-2-2016 05:15 PM
Hopefully leonardo sangkut lah oscar kali ni. Kena bash lagi kalau pulang dengan hadiah diatas. Tapi ...

aku berharap Leonardo kalah lagi tahun ni...

wakakakakakak
Quote BosGaurus 24-2-2016 11:33 AM
Edited by BosGaurus at 24-2-2016 11:47 AM

Wow kalah pun dpt hadiah dkt rm 1 jota hingger. Nxt year bos akan calunkan diri sendiri utk hadiah asokar ini utk Filem 1mdb flip flop sebagai pengomen paling win dan harap2 ada hadiah mainan utk lelaki jgk robot cinta dari Jepang
Quote BosGaurus 24-2-2016 11:34 AM
Edited by BosGaurus at 24-2-2016 11:50 AM

So utk AFFM x nak bagi hadiah jugak ka kpd calun yg gagal. Kasianla sama yg masuk tiap2 tahun tapi gagal
Quote yeepi_33 24-2-2016 11:24 PM
Mmg konsep dunia cmni eh
Lau dh kaya lagi nk bg hadiah yg best2
Konon2 nk impress

Cth;
Lau dpt invitation bday anak org kaya, beriya laa cari hadiah yg mahal2
Konon2 nt x setanding ngn hadiah org lain

Lau kwn2 yg biasa2
Beli mainan/hadiah yg biasa2 gitu2 je

Emm..
Quote ninjago 25-2-2016 03:23 PM
yeepi_33 replied at 24-2-2016 10:24 PM
Mmg konsep dunia cmni eh
Lau dh kaya lagi nk bg hadiah yg best2
Konon2 nk impress

Realiti sgt skarang kan..
Quote yeepi_33 25-2-2016 03:32 PM
ninjago replied at 25-2-2016 03:23 PM
Realiti sgt skarang kan..

Kan
Nak2 plak yg suka sponsor anak2 retis yg mmg konpem terlebih mampu

Emm
Yelah nk promote brg laa katanya
Quote manehnya 25-2-2016 03:37 PM
wawww

sooo cooolllll
Quote merrissa 28-2-2016 11:37 PM
Khennnn deme x pandang pon gift box tuh....deme pon mampu beli sendrik....tp oscar...leo pon x mampu memiliki....tp bagaimana thun ini?
Quote lurve82 1-3-2016 09:08 AM
kalau pemenang lak dpt apa eh? xpenah tahu...setakat nmpk pegang trofi..lpas tu dpt apa lg? mesti dpt duit jgk kan..berapa juta?

Lihat semua komen(19)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 05:17 PM GMT+8 , Processed in 0.138806 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top