View: 3625|Reply: 10
|
Jackie Chan Nyaris Mati Dalam Filem Hollywood Terbarunya 'Skiptrace'
[Copy link]
|
|
sumber foto : On.cc
Jackie Chan sudah lama berkecimpung dalam dunia hiburan dan sedia kita maklum dia sering melakukan aksi ngeri yang membahayakan dalam setiap filem lakonannya.
Meskipun umur sudah mencecah 61 tahun, tapi masih kelihatan sihat dan bertenaga. Jackie sering beritahu media "ini adalah filem aksi saya yang terakhir", namun setiap tahun tetap menghasilkan juga filem aksi dan semuanya lagak ngeri dilakukan sendiri, jarang menggunakan 'stunt double' atau pengganti aksi ngeri.
Baru-baru ini, ketika penggambaran filem terbarunya berjudul 'Skiptrace', dalam satu babak di dalam air, Jackie hampir hilang nyawa.
Dalam satu temubual bersama media, Jackie Chan berkongsi pengalaman yang paling memberi kesan mendalam buat dirinya berhubung filem terbaru itu, sambil ketawa dia menceritakan antaranya adalah babak di lumpur membuatkan dia dan 150 pelakon tambahan merendam dalam lumpur selama satu hari.
Dalam kejadian itu dia tetap enggan menggunakan pelakon ganti dan sebarang kesan khas untuk lakonan babak tersebut, cara kerjanya yang cukup professional ini amat disanjungi oleh semua krew atau pekerja penggambaran yang terlibat.
Jackie Chan turut beritahu, ketika penggambaran di Kwang Si mengenai babak menghanyut di sebatang sungai yang dalamnya 15 meter, bawahnya dipenuhi batu-bata yang tidak rata, akibatnya tanpa disangka dia terjebak ke dalam pusaran air atau whirlpool.
Ketika itu, dia berpusing-pusing tanpa berhenti di dalam pusaran air tersebut, sementara itu, perahu telah pun bergerak meninggalkan dia.
sumber foto : On.cc
Krew penggambaran menggambarkan keadaan ketika itu, " Kelihatan Jackie Chan amat terdesak sehingga seolah-olah sudah putus asa untuk menyelamatkan diri di dalam sungai.", akhirnya mujur Jackie selamat mengharungi saat yang cukup membahayakan itu.
Menurut Jackie, " Pada saat itu, betul-betul menakutkan dan rasa amat panik."
Sebenarnya 'Skiptrace' filem terbaru Jackie Chan ini telah pun pernah berlaku insiden dimana seorang jurukamera berpengalaman terjatuh ke laut dan mati ketika menjalankan penggambaran di Hong Kong,
Ketika itu, Jackie Chan yang juga berada di lokasi, segera terjun ke laut untuk menyelamatkan jurukamera tersebut, tapi sudah terlambat, apabila pasukan bomba tiba ke lokasi, jurukamera tersebut dikatakan telah meninggal dunia.
Setelah itu, Jackie Chan pula hampir hilang nyawa di Kwang Si sepertimana yang diceritakan di atas, maka penggambaran filem tersebut boleh dikatakan banyak dugaan.
Filem 'Skiptrace' dijangka ditayang pada tahun depan semasa Tahun Baharu Cina. |
|
|
|
|
|
|
|
smua movie dia ckp "filem terakhir sy"
aritu CZ12 pun sama gak.
kang betul2 mati mcm Paul Walker tu, baru la namanya filem terakhir sy...
tak sempat nak habiskan shooting, dia jalan dulu. |
|
|
|
|
|
|
|
Biasanya pelakon yg boleh melakonkan sendiri lagak ngeri ni xkan puas selagi x buat betul2 ikut kehendaknya dan selalunya hujung2 akn ditimpa musibah. Klau x cedera parah haruslah pergi x kembali. |
|
|
|
|
|
|
|
bukan die da retired ke |
|
|
|
|
|
|
|
Org filem yg betul2 dedicate hidup dia utk filem, mmg susah nk retire. Pendek kata selagi ada upaya & selagi org nk tgk dia blakon filem, mustahil dia boleh senang2 retire.
Patutnya usia mcm Jackie ni dh boleh duk umah melayan cucu jah. Tp org dh biasa enjoy keja, mesti mati kutu kalo duk umah saja. |
|
|
|
|
|
|
|
Jackie Chan, org yg bertanggung jawap merevolusikan filem aksi di dunia...minat dier nih.. |
|
|
|
|
|
|
|
dah cucu pun dia tak dok. nak buat acaner. ada anak pun sorang je. dah besar panjang. eh .. kalau termasuk anak dgn mistress .. 2 org la kan.
|
|
|
|
|
|
|
|
aku membesar seiring dengan citer2 dia dulu....
Project A, Armour of God, Drunken Master, RUmble in the Bronx, Who Am I, pergh banyak lagi laa |
|
|
|
|
|
|
| |
|