CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Mangsa Culik Ditemui Ditikam Mati

22-10-2015 03:29 PM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 8384| Komen: 24

Description: Mayat mangsa dijumpai dengan berlumuran darah di tempat duduk penumpang hadapan kereta beberapa jam selepas dia diculik oleh sekumpulan suspek pada malam Selasa.


sumber foto : http://www.thestar.com.my/



Seorang penjual aksesori telefon berusia 41 tahun yang diculik,  ditemui mati dengan beberapa kesan tikaman di Subang Jaya.



Mayat mangsa dijumpai dengan berlumuran darah di tempat duduk penumpang hadapan kereta beberapa jam selepas dia diculik oleh sekumpulan suspek pada malam Selasa.


Ketua Polis Daerah Subang, Asisten Komisioner Yahaya Ramli berkata, mangsa dari Taman Bukit Serdang bersama-sama seorang rakannya di Jalan SS15/2A semasa kejadian itu berlaku.


"Kami akan menyoal pemanggil itu yang mana kami percaya dia ada bersama dengan mangsa sebelum diculik."


"Motif kejadian belum diketahui. Kami akan mengesan suspek dahulu." 



Beberapa kesan tikaman, termasuk di kepala ditemui pada mayat mangsa.


Mayat dihantar ke Hospital Serdang untuk bedah siasat manakala kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.




Berita selanjutnya :  mstar.com.my























         




























               
                         








15

Bagus
10

Marah
21

Terkejut
16

Sedih
12

Lawak
11

Bosan

Friends Rank (85 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Acong 22-10-2015 08:40 AM
ini kawan makan kawan?  
Quote syabee 22-10-2015 08:42 AM
atau ah longg hanya nak tolong??
Quote tentera_laut 22-10-2015 08:44 AM
syabee replied at 22-10-2015 08:42 AM
atau ah longg hanya nak tolong??

jarang sgt ah long bunuh..
diorang akan seksa dan sebagainya.. kalau mati susah nak dpt duit pinjam balik..
Quote Tok_Batin 22-10-2015 08:48 AM
Selepas satu jam setengah mengawasi jika ada sesiapa yang datang berdekatan dengan kenderaan itu, kami memutuskan untuk bergerak," katanya.
Sebilah pisau yang dipercayai digunakan sebagai senjata pembunuhan turut ditemui pada tempat letak kaki penumpang belakang.




Semasa satu jam setengah polis mengawasi kereta dan mangsa di dalam tu dari jauh, mangsa dah konfirm mati kah??
Quote mak_wa95 22-10-2015 08:55 AM
siannya..

para pertama je faham berita, yg bawah tu konpius..
mana wartwancari, xupdated berita..
Quote CrowneGlory 22-10-2015 08:56 AM
Sekrg main bunuh saja....no mercy
Quote idadzira 22-10-2015 08:56 AM
Tok_Batin replied at 22-10-2015 08:48 AM
Selepas satu jam setengah mengawasi jika ada sesiapa yang datang berdekatan dengan kenderaan itu, ka ...

lama benar polis mengawasi sejam lebih....

Quote pittjie 22-10-2015 09:26 AM
bukan thread ni satu wartawan cari dah bukak ke kak semalam?

Quote -electrifying- 22-10-2015 09:51 AM
mgsa ni melawan ke...
Quote MissNigga 22-10-2015 10:45 AM
skerinya......

apa ler yang dirasai oleh pelaku ni tyme membunuh orang .... nyawa tu bukannya boleh ditukar ganti pun
Quote GhostWalking 22-10-2015 01:37 PM
Lelaki ditahan 1 km dari lokasi mayat ditemui mati
NUR FARHANA ABDUL MANAN
                                                                 22 Oktober 2015                                 


                                                    


                                                                                                                                                                          SUBANG JAYA – Polis menahan seorang pengurus jualan berusia 40 tahun bagi membantu siasatan kes bunuh di SS15, malam kelmarin.‎
        ‎

Suspek ditahan pada jam 7.45 semalam kira-kira satu kilometer dari lokasi mangsa ditemui mati.

        Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Yahaya Ramli berkata, bertindak atas maklumat, anggota menahan suspek di Jalan SS 15/4G berhampiran sebuah restoran.

        Suspek menaiki kenderaan jenis Toyota Avanza berwarna perak dan beralamat di Kota Kemuning Seksyen, Shah Alam.

        Pemeriksaan mendapati suspek tidak mempunyai sebarang rekod jenayah.

“Hasil siasatan polis, suspek mengenali mangsa pada Ogos lalu sebagai pemborong kad tambah nilai telefon bimbit.

“Suspek adalah orang  terakhir bersama mangsa dan rakannya yang turut cedera parah  ditikam dalam kejadian pada malam tersebut,” katanya.

        Siasatan lanjut masih dijalankan, kes disiasat bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.  

        Semalam, media melaporkan misteri kehilangan seorang peniaga aksesori telefon bimbit yang dilarikan sekumpulan lelaki berakhir dengan penemuan mayat mangsa dalam kereta milik rakannya di SS15, lewat malam Selasa lalu.

        Kejadian disedari abang mangsa yang mengetahui insiden selepas diberitahu  rakan adiknya melalui perbualan telefon bimbit.

        Dalam kejadian itu, rakan mangsa turut ditikam kumpulan lelaki terbabit dan terpaksa mendapatkan rawatan kecemasan di sebuah pusat perubatan swasta di Subang Jaya.

http://www.sinarharian.com.my/semasa/lelaki-ditahan-1-km-dari-lokasi-mayat-ditemui-mati-1.443029


Quote GhostWalking 22-10-2015 01:38 PM
pittjie replied at 22-10-2015 01:26 AM
bukan thread ni satu wartawan cari dah bukak ke kak semalam?

ye ke jie?kalau ada boleh katup lah
Quote mak_wa95 22-10-2015 02:37 PM
xpe nanti wartawan cari akan buka thread untuk updated kematian pula..
wartawancari kena bukla thread hari2
Quote budakmanentah 22-10-2015 02:43 PM
rogol, bunuh..slamber jeeeeee...mcm benda tu bukan 1 kesalahan pulak
Quote freebird 22-10-2015 02:44 PM
kejadian terpencil je ni...
malaysia masih aman.....
hidop ameno!!!
Quote JohnPuteh 22-10-2015 04:12 PM
dah mcm mexico  
Quote alinone78 22-10-2015 05:31 PM
so ada 2 mangsa la
1 cedera parah
1 mati
Quote ipes2 22-10-2015 08:48 PM
hebat mesia ku; macam citer citer kat Hollywood je; Nampak remeh dan lembik Negara Negara macam Portugal, Belgium, Ireland, Wales, Scotland..
Quote mommymonster82 22-10-2015 08:51 PM
Ah long nk bg warning ke? Xbunuh org yg pinjam tp bunuh org terdekat...

Lihat semua komen(24)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 05:37 PM GMT+8 , Processed in 0.074428 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top