CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Hari-Hari Pakai Korset- Pinggang Wanita Jadi Macam Kerengga, Cuma Berukuran 29.9 Sentimeter

25-5-2023 06:20 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 420| Komen: 4

Description: BANDAR RAYA MEXICO – Pinggang seorang wanita jadi ramping macam kerengga, berukuran cuma 29.9 sentimeter.
BANDAR RAYA MEXICO – Pinggang seorang wanita jadi ramping macam kerengga, berukuran cuma 29.9 sentimeter.

Ruth Lujan menerusi akaun TikTok @abracadabra.patadecabra berkata, dia disahkan menghidap  sindrom hyperlaxity ketika berusia 19 tahun. Keadaan itu menyebabkan ligamen yang menyokong sendi mempunyai lebih banyak regangan.


“Saya amat sedih. Ini kerana keadaan itu membuatkan saya tidak dapat memakai kasut balet lagi,” katanya yang merupakan bekas penari balet.

Foto: IG

New York Post melaporkan, doktor kemudian mencadangkan agar Lujan memakai korset bagi melindungi otot dan ligamen serta mengelakkan simptom seperti keletihan dan kekakuan.

“Otot anda menjadi lemah, selain itu ligamen dan tulang belakang turut lemah,” katanya dalam sebuah video di laman perkongsian video, YouTube.

Atas saranan doktor, Lujan mula memakai korset di sebalik pakaiannya setiap hari. 


Walaupun berat hati untuk berbuat  demikian pada mulanya,  Lujan akhirnya menyukai pinggang ramping yang dimilikinya selepas memakai korset.

“Amalan tersebut membuatkan saya lebih yakin dan menyayangi diri sendiri. Saya berbangga melihat bentuk badan ini.

“Saya berjaya mengecilkan pinggang sehingga berukuran 29.9 sentimeter. Siapa yang tidak mahu pinggang ramping seperti kerengga?” katanya. –CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rosedemon 26-5-2023 08:22 AM
asl ko bhgia la kak
Quote pokokmeranti 26-5-2023 08:24 AM
produk sweetvirgin xde ke model yg pakai korset jadi begini?
Quote spankee_fili 26-5-2023 08:25 AM
Macam seram je bentuknya, gituh iols mendengki
Quote kepompong 26-5-2023 08:26 AM
tgh tunggu hanis kepam pakai korset butipu-fool sampai pinggang secekak camni

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 04:04 AM GMT+8 , Processed in 0.341175 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top