CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Polis Gemuk Tunggu Lama Naik Pangkat

25-5-2023 06:21 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 312| Komen: 0

Description: Setiausaha Agung Persatuan Bekas Polis Malaysia (PBPM), Mohamed Lokman Mahmud, 64, tidak menafikan isu obesiti berlaku dalam kalangan polis."Memang kalau kita lihat isu obesiti dan berat badan ini tid ...
Setiausaha Agung Persatuan Bekas Polis Malaysia (PBPM), Mohamed Lokman Mahmud, 64, tidak menafikan isu obesiti berlaku dalam kalangan polis.

"Memang kalau kita lihat isu obesiti dan berat badan ini tidak lari daripada polis dan perlu ada perubahan segera daripada pihak atasan.


"Salah satunya, pihak kerajaan mungkin boleh mengembalikan sistem kenaikan pangkat berdasarkan penilaian berat badan dan BMI polis, bukannya sistem 'time base' macam sekarang.


Gambar hiasan

"Sistem sekarang yang saya tahu polis perlu menunggu dalam satu tempoh yang sangat panjang untuk naik pangkat, jadi bila dah terlampau lama kesihatan pun akan terjejas dan fizikal masing-masing berubah mengikut usia," katanya kepada Majoriti.

Jelasnya lagi, satu ketika dahulu polis diwajibkan untuk menjalani ujian latihan kesihatan secara berkala kerana kenaikan pangkat dinilai dari sudut itu.


Turut mencadangkan agar sistem kenaikan pangkat diperbaharui semula dalam tempoh terdekat, Mohamed Lokman yakin ia mampu mengurangkan isu obesiti dalam kalangan anggota sekiranya perkara itu dilaksanakan segera.

"Isu gemuk dan berat badan ini berlaku apabila polis menanti terlalu lama untuk dinaikkan pangkat, jadi mereka sudah tiada semangat ditambah pula dengan kekurangan latihan kecergasan, maka fizikal bentuk badan pun berubah.

"Sebagai contoh, untuk polis pangkat koperal naik ke sarjan sahaja perlu menunggu sekurang-kurangnya 13 ke 16 tahun untuk dinaikkan pangkat, jadi secara logiknya memang kesihatan bukan lagi menjadi keutamaan mereka," tambahnya.

Justeru, beliau mewakili Persatuan Bekas Polis Malaysia menggesa agar ada perubahan segera dilaksanakan pihak atasan berkaitan isu terbabit dengan keutamaan diletakkan kepada penggubalan sistem kenaikan pangkat. 


Sumber: Majoriti

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 12:27 PM GMT+8 , Processed in 0.040514 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top