CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Remaja Maut Putus Tangan, Pemandu Lori Lari Takut Dipukul Orang Kampung

25-5-2023 06:27 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 496| Komen: 6

Description: Remaja putus tangan kanan selepas terbabit kemalangan maut di Kilometer (KM) 95, Jalan Batu Pahat - Mersing, dekat sini, 12.20 tengah malam semalam.Difahamkan, pemandu lori tunda yang bimbang dipukul ...
Remaja putus tangan kanan selepas terbabit kemalangan maut di Kilometer (KM) 95, Jalan Batu Pahat - Mersing, dekat sini, 12.20 tengah malam semalam.

Difahamkan, pemandu lori tunda yang bimbang dipukul orang kampung bertindak melarikan diri dari lokasi kemalangan.


Bagaimanapun, dia kemudian kembali selepas merujuk kejadian itu dengan polis.


 FOTO Ihsan polis

Ketua Polis Daerah Kluang Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh berkata, lelaki berusia 48 tahun itu memandu sehingga ke Mersing selepas kenderaannya bergesel dengan Yamaha Y15ZR, dipandu mangsa, Mohammad Haziq Haiqal, 18.

Katanya, akibat kemalangan itu, mangsa yang bekerja sebagai tukang gunting rambut parah di kepala dan sebelah kanan badan sebelum meninggal dunia di tempat kejadian.

"Hasil siasatan awal di tempat kejadian mendapati motosikal ditunggang remaja itu dari arah Mersing menghala ke Kluang, manakala lori tunda itu pula dipercayai dari arah bertentangan.


"Apabila sampai di tempat kejadian, kedua-duanya bergesel di kawasan tengah jalan, berdasarkan serpihan yang berada di garisan berkembar tengah jalan.

"Akibat perlanggaran itu, penunggang motosikal meninggal dunia di tempat kejadian, manakala pemandu lori tidak mengalami apa-apa kecederaan.

"Pemandu lori itu yang takut dipukul orang kampung tidak menunggu di tempat kejadian dan terus memandu ke Mersing," katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata, bagaimanapun, pemandu lori tunda berkenaan merujuk kejadian itu dengan polis, dan datang semula ke daerah ini untuk membuat laporan kemalangan.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Rogue98 25-5-2023 06:28 PM
Innalillahiwainnailaihirajiun...
Quote Thunderclouds 25-5-2023 07:28 PM
Innalillah..
Kengkadang yg bwk moto ni nk motong keta sampai masuk lane bertentangan.
Kita pulak nk mngelak ke dia.
Quote blue_blur 25-5-2023 08:25 PM
kalau korang perasan, motor jenis model ni la banyak sangat eksiden.....
nak keluar data accurate takut kacau biz company tu pula...

150cc untuk kapcai tu berlebihan sangat takat kegunaan harian..
Quote airfilterkotor 25-5-2023 08:49 PM
Muto kalu swing arm panjang 12 kaki camtu siap dgn tayar depan blakang halus... paham² aje la.
Quote cecari 25-5-2023 09:24 PM
blue_blur replied at 25-5-2023 08:25 PM
kalau korang perasan, motor jenis model ni la banyak sangat eksiden.....
nak keluar data accurate ta ...

motor modi pulak tu
Quote blue_blur 25-5-2023 09:29 PM

umor 18 badan dia pulak ringan.. memang melayang2 pecut tu... (oh tengah2 malam rupanya, patut jalan clear aje situ)

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 04:09 PM GMT+8 , Processed in 0.134019 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top