CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Nasib Baik Ibu Sempat Tarik, Kaki Kanak-Kanak Nyaris Disedut Eskalator Gara-Gara Pakai Selipar Getah

25-5-2023 06:15 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 662| Komen: 7

Description: PETALING JAYA – Seorang kanak-kanak nyaris cedera pada kaki ketika menaiki eskalator yang cuba ‘menyedut’ sebahagian daripada selipar dipakainya sehingga terputus.
PETALING JAYA – Seorang kanak-kanak nyaris cedera pada kaki ketika menaiki eskalator yang cuba ‘menyedut’ sebahagian daripada selipar dipakainya sehingga terputus.

Kejadian itu disedari ibu kanak-kanak tersebut dikenali sebagai Masy yang kemudian sempat menarik kakinya.


Menerusi hantaran dikongsikan Facebook Orang Wangsa Maju yang memetik cerita ibu tersebut, wanita itu memberitahu, kejadian itu sewaktu mereka menggunakan eskalator yang sedang menurun.


Foto: FB

“Selipar getah kena ‘makan’ dengan eskalator. Nasib baik aku sempat pegang kaki dia, lepas itu aku rentap kaki dia sekuat hati. Sampai jadi begitu.

“Selipar getah ini lembut, mudah kena ‘makan’ dengan eskalator. Masa kejadian ini, eskalator menurun. Dia nak melangkah dah sampai bawah, langkah terakhir ‘stuck’. Eskalator dah makan belakang selipar dia,” katanya pada hantaran itu.


Dalam pada itu, wanita itu meminta orang ramai berhati-hati sewaktu menggunakan eskalator kerana malang tidak berbau.

Perkongsian itu menerima maklum balas pelbagai daripada orang ramai yang turut meminta supaya pengguna sentiasa berwaspada sewaktu menggunakan kemudahan itu.

“Berdiri dalam garisan kuning, dukung anak kalau perlu. Ini pesanan untuk orang lain, kegunaan masa depan,” kata Azizul Mohd. Puad.

“Sebab itu aku kalau naik eskalator, tak berdiri tepi sangat. Takut tersangkut kain. Pernah kena sekali, mujur boleh tarik,” komen Daznila MN.

“Sebaiknya nak keluar pergi kompleks beli-belah, pakai kasut. Selipar ni nak keluar rumah dekat-dekat, pergi kedai runcit tak apa,” kata Zack Efourtysix. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rosedemon 26-5-2023 08:21 AM
kasut begini mmg bhaya sungguh
Quote midori888 26-5-2023 08:27 AM
kasut croc nie kan dari dulu ada kes tersangkut kat escalator, takkan parents2 taktau...
Quote sangbara2020 26-5-2023 10:08 AM
croc je ke atau lain2 jenama juga....
Quote Suchi 26-5-2023 10:43 AM
Iols tak suka crocs gedabak gini suka jelly bunny, kiut jer
Tp tak pakai kat shopping mall pakai time jln2 kat pantai ke
Selalu pakai yg bruna ni best..
A2505A59-E88B-4A94-A847-C7EE8F32E76D.jpeg
Quote kucingitam 26-5-2023 12:12 PM
sangbara2020 replied at 26-5-2023 10:08 AM
croc je ke atau lain2 jenama juga....

apa2 selipar jenis getah, pvc, plastik yg lembik2 tu semua berisiko kena sedut..org sebut crocs sbb senang nak faham..ksebut je crocs tau dah caner rupa kasutnya.
kalau pakai selipar tat seng pun mmg kena sedut punya
Quote supernaturalee 26-5-2023 03:09 PM
comey nya croc die
tom & jerry lagi

hati2 ye dek
nasib bkn kaki yg tgl separuh


Quote Sazreena 26-5-2023 08:27 PM
Hepi Jerry walaupun nak kena sedut..teybeh..

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 08:52 AM GMT+8 , Processed in 0.443090 second(s), 37 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top