CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 333|Reply: 4

Hari-Hari Pakai Korset- Pinggang Wanita Jadi Macam Kerengga, Cuma Berukuran 29.9 Sentimeter

[Copy link]
Post time 25-5-2023 06:20 PM | Show all posts |Read mode
BANDAR RAYA MEXICO – Pinggang seorang wanita jadi ramping macam kerengga, berukuran cuma 29.9 sentimeter.


Ruth Lujan menerusi akaun TikTok @abracadabra.patadecabra berkata, dia disahkan menghidap  sindrom hyperlaxity ketika berusia 19 tahun. Keadaan itu menyebabkan ligamen yang menyokong sendi mempunyai lebih banyak regangan.


“Saya amat sedih. Ini kerana keadaan itu membuatkan saya tidak dapat memakai kasut balet lagi,” katanya yang merupakan bekas penari balet.


Foto: IG




New York Post melaporkan, doktor kemudian mencadangkan agar Lujan memakai korset bagi melindungi otot dan ligamen serta mengelakkan simptom seperti keletihan dan kekakuan.


“Otot anda menjadi lemah, selain itu ligamen dan tulang belakang turut lemah,” katanya dalam sebuah video di laman perkongsian video, YouTube.


Atas saranan doktor, Lujan mula memakai korset di sebalik pakaiannya setiap hari.


Walaupun berat hati untuk berbuat  demikian pada mulanya,  Lujan akhirnya menyukai pinggang ramping yang dimilikinya selepas memakai korset.


“Amalan tersebut membuatkan saya lebih yakin dan menyayangi diri sendiri. Saya berbangga melihat bentuk badan ini.


“Saya berjaya mengecilkan pinggang sehingga berukuran 29.9 sentimeter. Siapa yang tidak mahu pinggang ramping seperti kerengga?” katanya. –CARI


Sumber: Kosmo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-5-2023 08:22 AM | Show all posts
asl ko bhgia la kak
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2023 08:24 AM | Show all posts
produk sweetvirgin xde ke model yg pakai korset jadi begini?
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2023 08:25 AM From the mobile phone | Show all posts
Macam seram je bentuknya, gituh iols mendengki
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2023 08:26 AM From the mobile phone | Show all posts
tgh tunggu hanis kepam pakai korset butipu-fool sampai pinggang secekak camni
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 05:26 PM GMT+8 , Processed in 0.247344 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list