CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Orang Asli Meninggal Dunia Lepas Sesat Cari Buluh

22-3-2023 12:02 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4878| Komen: 3

Description: Lelaki Orang Asli dipercayai sesat ketika mencari buluh di Bukit Damansara ditemui meninggal dunia pada Selasa.Pengarah Bomba Selangor, Morni Mamat mengesahkan pihaknya menerima panggilan mengenai ins ...
Lelaki Orang Asli dipercayai sesat ketika mencari buluh di Bukit Damansara ditemui meninggal dunia pada Selasa.

Pengarah Bomba Selangor, Morni Mamat mengesahkan pihaknya menerima panggilan mengenai insiden orang hilang pada jam 10.42 malam sebelum mengerah sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Damansara ke lokasi.



Seorang lelaki Orang Asli yang dipercayai sesat ketika mencari buluh di Bukit Damansara, Petaling Jaya ditemui meninggal dunia pada Selasa. - Foto Bomba Selangor

Mangsa berusia 48 tahun yang dikatakan keluar dari rumah pada jam 8 pagi, sepatutnya pulang pada 2 petang, namun sehingga jam 8 malam, ahli keluarga memaklumkan mangsa yang mempunyai sejarah penyakit jantung masih belum pulang ke rumah.

"Pihak bomba yang tiba di lokasi menjumpai motosikal mangsa dan usaha mencari dijalankan bersama ketua komuniti dan penduduk Kampung Desa Temuan," katanya pada Rabu.


Beliau berkata, mangsa akhirnya dijumpai dalam keadaan tidak sedarkan diri pada jam 11.33 malam di atas bukit dalam jarak kira-kira 300 meter dari lokasi motosikalnya.

Katanya, mangsa disahkan meninggal dunia oleh pihak hospital.


Sumber: Sinar Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Belibis 22-3-2023 04:30 PM
Hmmmm..kalau orang asli pun sesat,maknanya hutan negara kita masih selamat dari pembangunan la.
Quote supernaturalee 22-3-2023 04:48 PM
ke x sesat
cuma dh kena heart attack antara jam 2 ptg smpi la ditemui jam 8 mlm
tu yg collapsed kt situ kot



Quote Supersirap 22-3-2023 04:55 PM
Salam takziah kepada keluarga mangsa

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 12:38 PM GMT+8 , Processed in 0.047489 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top