Lelaki Orang Asli dipercayai sesat ketika mencari buluh di Bukit Damansara ditemui meninggal dunia pada Selasa.
Pengarah Bomba Selangor, Morni Mamat mengesahkan pihaknya menerima panggilan mengenai insiden orang hilang pada jam 10.42 malam sebelum mengerah sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Damansara ke lokasi.
Seorang lelaki Orang Asli yang dipercayai sesat ketika mencari buluh di Bukit Damansara, Petaling Jaya ditemui meninggal dunia pada Selasa. - Foto Bomba Selangor
Mangsa berusia 48 tahun yang dikatakan keluar dari rumah pada jam 8 pagi, sepatutnya pulang pada 2 petang, namun sehingga jam 8 malam, ahli keluarga memaklumkan mangsa yang mempunyai sejarah penyakit jantung masih belum pulang ke rumah.
"ihak bomba yang tiba di lokasi menjumpai motosikal mangsa dan usaha mencari dijalankan bersama ketua komuniti dan penduduk Kampung Desa Temuan," katanya pada Rabu.
Beliau berkata, mangsa akhirnya dijumpai dalam keadaan tidak sedarkan diri pada jam 11.33 malam di atas bukit dalam jarak kira-kira 300 meter dari lokasi motosikalnya.
Katanya, mangsa disahkan meninggal dunia oleh pihak hospital.
Sumber: Sinar Harian |