CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Jangan Beli Atau Guna, Enam Lagi Produk Kosmetik Dikesan Mengandungi Racun Berjadual

22-3-2023 11:54 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 6143| Komen: 23

Description: PUTRAJAYA – Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA), Kementerian Kesihatan (KKM) menyenaraikan enam produk kosmetik yang dikesan mengandungi racun berjadual.
PUTRAJAYA – Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA), Kementerian Kesihatan (KKM) menyenaraikan enam produk kosmetik yang dikesan mengandungi racun berjadual.

Produk berkenaan termasuk Flashhskinzz Moist Sunscreen Serene Treatment Cream, Tempias Hawa Master Recovery Skin Rskin, Karisma Preventing Day Cream, SL Two Kunyit dan SL Two Sarang Burung.


Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, produk berkenaan dikesan mengandungi merkuri, Betamethasone 17- Valerate, Hydroquinone dan Tretinoin.


Foto: Kosmo

Beliau berkata, orang ramai digesa mengelak daripada membeli dan menggunakan produk kosmetik berkenaan.

“Susulan daripada itu, notifikasi produk kosmetik terlibat telah dibatalkan oleh Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi, KKM dan tidak lagi dibenarkan untuk dijual di Malaysia.

“Penjual dan pengedar produk kosmetik ini perlu menghentikan penjualan dan pengedaran produk kosmetik tersebut dengan serta-merta.


“Penjualan dan pengedaran produk kosmetik ini adalah melanggar Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984,” katanya menerusi kenyataan akhbar hari ini. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote LostStar 22-3-2023 12:12 PM
Kenapa la depa ni masih wujud lagi kan.. dgn rupa bentuk mcmni jek.. yakin lg org beli..
Quote cikatilia 22-3-2023 12:14 PM
nama pon rempit semacam aje
Quote matamata 22-3-2023 12:15 PM
Itu semua barang tiruan tu- Fonder
Quote epal_putih 22-3-2023 12:19 PM
K@$%^^ tu byk kali dah kena...
X insof² lgke
Quote prettyuglybabe 22-3-2023 12:33 PM
itu adalah produk tiruan..
dapatkan produk asli dari agen atau toko jamu yang berdaftar dengan kami..

kata ponder..
Quote zafira 22-3-2023 12:47 PM
cikatilia replied at 22-3-2023 12:14 PM
nama pon rempit semacam aje

Nama SL Two Kunyit tu paling win..
Quote aechae 22-3-2023 01:05 PM
founder cokia mna yg keluarkan produk nama pn gagal x boleh jual ni???

Ke mmg buat produk sengaja nk bg KKM kerja?
Quote hyie 22-3-2023 01:12 PM
memang produk timbang kilo ni guna bekas yang sama ke nyah?
Quote Perawankota 22-3-2023 01:26 PM
Nasib baik lah aku sejenis yg beli kat drug Store..
Quote cikatilia 22-3-2023 02:00 PM
hyie replied at 22-3-2023 01:12 PM
memang produk timbang kilo ni guna bekas yang sama ke nyah?

ye noks..
pilih aje nak transparent ke.. tutup gold silver semua ada
tp isi nya sama jah.. kuning kunyit cirit baby hahahaa


Quote cikatilia 22-3-2023 02:00 PM
zafira replied at 22-3-2023 12:47 PM
Nama SL Two Kunyit tu paling win..

kan....
nampak mcm nak grand pakai english words tp.. hahahaha
Quote MarryPottet 22-3-2023 02:12 PM
Tempias Hawa ❌
Tempias Hawau ✔️

SL Two kunyit ❌
SL Two racun ✔️
Quote liyamariska 22-3-2023 02:18 PM
serious ada gak yg beli produk2 timbang kilo cmni...

Quote mawarkhayalan99 22-3-2023 02:31 PM
nama skincare tabouleyyy blah betol
Quote mawarkhayalan99 22-3-2023 02:32 PM
nama skincare tabouleyyy blah betol
Quote tobobon 22-3-2023 02:36 PM
meols tunggu ade ker fonder timbang kati produk terlibat nak  saman NKRA sebab memalukan syarikat...berani ke idok?
Quote jihyomelly 22-3-2023 02:39 PM
yg pakai muka putih merah berkilat…ponder timbang kilo suka sbb laku padahal dia pun x pakai
Quote Nnasda53 22-3-2023 03:00 PM
Masih ramai yang tak serik2.
Bila muka dah mcm hujung mesin bancuh simen sibuk buat content masing2 di tik tok
Quote gangerina 22-3-2023 03:29 PM
epal_putih replied at 22-3-2023 12:19 PM
K@$%^^ tu byk kali dah kena...
X insof² lgke

yg buat rumah besau kat pata timo tu kan, yg cutlery gold penuh satu rumah tu kalau tak silapp

Lihat semua komen(23)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

16-4-2024 01:34 PM GMT+8 , Processed in 0.077618 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top