CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Sekolah Raih Pujian Ramai, Adakan Sesi Suai Kenal Antara Makcik-Makcik Kantin Dan Pelajar

22-3-2023 12:05 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5161| Komen: 12

Description: Sebuah sekolah menerima pujian ramai apabila membuat sesi suai kenal bersama ‘mak cik kantin’.
Sebuah sekolah menerima pujian ramai apabila membuat sesi suai kenal bersama ‘mak cik kantin’.

Video yang dimuat naik oleh @ckzlinazali menyaksikan kesemua mak cik berkenaan memegang nama masing-masing sambil berjalan di atas pentas.


“Minggu ini ‘ice-breaking’ dengan mak cik kantin. Murid pun perlu kenal takut tertukar dengan cikgu. Maklumlah semuanya cantik-cantik belaka,” tulisnya dalam kapsyen video itu.


Di ruangan komen, Kosmo! mendapati ramai yang berpendapat bahawa usaha pihak sekolah adalah sesuatu yang harus dipuji.

“Bagus betul. Tidak lah budak-budak meremehkan mana-mana individu dalam sekolah,” komen Puteri.



“Kadang-kadang itu idea tidak dijangka, dulu hanya perkenalkan guru-guru sahaja. Tetapi ada yg tertinggal, semua penting untuk keselamatan anak-anak,” komen Shah.


“Bagus idea luar kotak, sekali gus menghargai segenap lapisan yang bergelar warga sekolah. Tahniah,” komen seorang pengguna yang lain pula. –CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote noorhairiahma 22-3-2023 12:17 PM
kalau anak i, paling ngam bukan dengan makcik kantin, tapi makcik bookshop.

so lepas ni, kena kenalkan makcik bookshop pulak.

Quote peko_lolo 22-3-2023 12:20 PM
Ala aku sekolah sbp dulu pun kena ambik sign makcik dewan makan time orientation week
Benda dah lama lah awat baru kecoh
Quote Kurex 22-3-2023 12:21 PM
Zaman sekolah iols bukan takat cikgu jah. Makcik kantin, makcik cleaner, penjaga lab semua iols kenal
Quote Suchi 22-3-2023 12:41 PM
Yg penting kantin kena bersih la macik ye

Quote tikusmontok 22-3-2023 12:43 PM
Pakcik guard tak kenalkan?
Quote faraway1 22-3-2023 01:10 PM
Bukan patut normal kita kenal semua yang berada di sekolah Even pak Guard sekali pun.
Quote PULANGKAN 22-3-2023 01:54 PM
dulu takde pun sesi pengenalan camni

tapi alhamdulillah kenal semua acik kantin, acik kebun, acik janitor

abang jual air sirap tawar paling femes sebab jambu gila

walaupun airmu takde gula, tapi kemanisan mu cukup untukku. gituhhhhh
Quote Thunderclouds 22-3-2023 01:57 PM
Sekolah kg xde introduction².
Macik kantin jiran sendri.
Tukang kebun jiran.
Pak gad jiran
Sampaaaiii sek men.
Quote Clan204 22-3-2023 01:59 PM
budak2 skrg kenal pakistan/rohingya jual eskrim luar sekolah je... wakaka
Quote talapia 22-3-2023 02:05 PM
Bagusla macam ni.. kalau x.. bebudak ni nampak acik2 tu di sebalik tembok kantin aje.. panggil acik2 aje nak nasi nak bayar..
Sekolah2 besar.. manela nak kenal semua acik2 kantin pak guard smua
abis2 pon anak2 panggil uncle.. acik.. aunty.. camtu je la.. taktau nama pon.

Bagus gak kalau mmg acik2 ni ada uniform harian.. mudah untuk budak2 kenal dan berurusan.. zaman aku skolah dulu takde camtu.. tapi acik kantin jiran sekampung.. so mmg kenal.. takde masalah.
Quote OyenLemas 22-3-2023 06:00 PM
hahaha comel je
Quote rosedemon 23-3-2023 10:14 AM
gitu glemer acik kantin ya

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

17-4-2024 12:55 AM GMT+8 , Processed in 0.050317 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top