CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Ramai Menyampah Tengok Suami Fatin Afeefa Perli Adam Shahz, Perangai Macam Budak-Budak

26-1-2023 08:48 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5080| Komen: 32

Description: KES perebutan hak penjagaan anak diantara pelakon Adam Shahz bersama bekas isteri iaitu Fatin Afeefa kembali menjadi perhatian ramai.
KES perebutan hak penjagaan anak diantara pelakon Adam Shahz bersama bekas isteri iaitu Fatin Afeefa kembali menjadi perhatian ramai.

Ia ekoran Adam atau Nor Shah Azli Abdol Ghani, 42, dikatakan tidak dapat bertemu dengan anak perempuan mereka iaitu Ivy Herra Sophia sejak tiga bulan lalu.


Bagaimanapun Adam dan Fatin Nur Afifah Shamsudin, 29, gagal mencapai kata sepakat berhubung penjagaan anak perempuan mereka di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam pada pagi Khamis.


Foto: IG

Disebabkan itu, proses sulh bagi membincangkan pertikaian tersebut bagaimanapun disambung pada 28 Februari ini sebagai sebutan semula hak penjagaan anak mereka di hadapan hakim.

Namun tindakan suami kepada Fatin Afeefa iaitu Aliff Awang turut menarik perhatian netizen apabila berkongsi satu petikan pendek yang terletak di perkarangan mahkamah itu.

Menerusi video yang dimuat naik itu, Aliff membaca petikan berkenaan namun kamera telefonnya memfokuskan ke arah Adam yang ketika itu sedang sibuk dengan telefon bimbitnya di tempat menunggu.





"Gunakan akal anda seolah-olah nyawa anda bergantung kepadanya," katanya.

Aliff berkongsi perkara itu menerusi akuan TikTok miliknya pada Khamis.

Video tersebut meraih perhatian ramai yang rata-rata kagum dengan keberanian Aliff memerli bekas suami isterinya itu dan tidak kurang ada menganggap tindakannya itu bersikap kebudak-budakkan.

"Over! Macam budak-budak.

"Berani dia gula-gulakan member depan mata. Bang kuat sikit cakap dia tak dengar itu.

"Bang jangan jujur sangat, tak terbayang kalau dia tengok video ini. Tak takut ke?

"Padu! suami macam ini bagus. Bukan sorok belakang bini terang-terang dia perli," antara komen netizen.

Dalam pada itu, Aliff turut membalas beberapa komen dari pengikutnya yang menunjukkan dia tidak gentar dengan tindakannya itu.

"Aku tak takut dengan mamat ini? Apa dia nak buat? Okay lah, hiburan. Dia boleh... takkan kita tak boleh," ujarnya.

Untuk rekod, Fatin atau Fatin Nur Afifah Shamsudin, 29 dan Adam atau Nor Shah Azli Abdol Ghani, 42, berkahwin pada 21 Disember 2013 namun mereka bercerai pada 30 Mei 2017.

Hasil perkahwinan tersebut, pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Ivy Herra Sophia yang kini berusia 8 tahun.

Pada 30 Disember tahun lalu, Fatin berkahwin dengan Aliff dalam sebuah majlis tertutup. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (1 people)


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote _blackbird 26-1-2023 09:03 PM
Biasa nya lah kan kalau si isteri ni berkeras nak sole custody tu mmg confirm yg laki ni jenis culas child support. 99% laki yg tak culas child support ex bini ok je nak co parenting
Quote cheezel 26-1-2023 09:11 PM
Patin rembat rempit mana la ni. Sakai betul
Quote habisnamadahni 26-1-2023 09:13 PM
dia ni lain macam ye perangai dia..aku igt fatin dpt helok perangai ..sejenis mencapub gak
Quote innocentsangat 26-1-2023 09:16 PM
Beza 13 thn yachhhh.
Quote hareeeesah 26-1-2023 09:30 PM
fatin ni kawin umur berapa? Ni 3rd marriage, anak 2nd pun dah 8 tahun.
Quote Suchi 26-1-2023 09:36 PM
Better takyah masuk campur la, dtg nk bg sokongan sudahla
Tp jgn mencapub apa2,itu hal anak dorang.
Quote makita 26-1-2023 09:53 PM
Suchi replied at 26-1-2023 09:36 PM
Better takyah masuk campur la, dtg nk bg sokongan sudahla
Tp jgn mencapub apa2,itu hal anak dorang.

Tu la..elok diam2 je.ni menganjingkan org..silap2 turn dia pulak nanti.
Quote -Suri- 26-1-2023 10:18 PM
Tak habis2 jantan ni
Quote soy_beans 26-1-2023 11:36 PM
Kenapa die ni ek. Tak habis2
Quote winky1 26-1-2023 11:49 PM
He looks stupeed behaves stupeed.
Quote hinata_holic 27-1-2023 02:29 AM
Edited by hinata_holic at 27-1-2023 02:30 AM

Bodoh Tu nampak sngt ...
Simpan sikit bole?
Dh la bodoh,xmatang pulak Tu.
Perangai mcm ni jd ketua keluarga?
Menyedih Kan..
Kesian kau pipah. Konon lari Dari mulut rimau. Ghupernye masuk mulut Naga longkang!!!
Kesiannn... Tnggu je kau buat silap, setiap inci dia spend kt kau mesti confirm ungkit.
Spesis jantan mcm ni Mohon pupuss please!!!
Quote bulalof 27-1-2023 07:21 AM
bersuami sebab nak duit je ke?

bodoh sgt suami baru beliau ni.
Quote asudau 27-1-2023 07:25 AM
jangan beria sangat perli...nanti takut2 tahun depan ko pulak datang mahkamah syariah  dan bersongkok tu kang...
Quote Mata.kucing 27-1-2023 07:33 AM
perli2 konon dh mcm otak kecut bongok..berani sgt ckp dpn2 la wey
Quote rosedemon 27-1-2023 08:52 AM
ala jap g ko la duk mshkamah tu opai oi. nama pon cam budak terencat
Quote jlo 27-1-2023 08:58 AM
bodo la dia ni...cam budak2
Quote Nnasda53 27-1-2023 09:03 AM
Tak payah la masuk campur.
Kebudakan sgt perangai.
Tapi kalau trader porex ni mmg rutin depa perlu mencapubkan
Sekurang2nya dpt le newbie nak bljr porex nanti
Quote DeLuna85 27-1-2023 01:05 PM
Dia bangga  dapat fatin. Korang apa tau naseb kau la fatin dapat laki mcmni
Quote DeLuna85 27-1-2023 01:07 PM
Nnasda53 replied at 27-1-2023 09:03 AM
Tak payah la masuk campur.
Kebudakan sgt perangai.
Tapi kalau trader porex ni mmg rutin depa perlu m ...

Kalau betul pandai trade dia akan senyap je. Buat duit sorang2. Yang mencapub ni memang jenis tak pandai trade dan harap duit IB dan mengajar je. Dah kalau jadi IB org yg bawah kau profit ke loss ke kau tetap dapat komisyen.

Lihat semua komen(32)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 08:16 PM GMT+8 , Processed in 0.117993 second(s), 64 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top