CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Isteri Syafiq Farhain Hamil Lima Bulan

26-1-2023 08:33 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4158| Komen: 49

Description: Selepas lebih setahun mendirikan rumah tangga, penyanyi Syafiq Farhain berkongsi khabar gembira apabila isterinya, Alia Nadia, 29, kini sedang hamil lima bulan.
Selepas lebih setahun mendirikan rumah tangga, penyanyi Syafiq Farhain berkongsi khabar gembira apabila isterinya, Alia Nadia, 29, kini sedang hamil lima bulan.

Teruja bakal bergelar seorang bapa, Syafiq atau Nursyafiq Farhain AM Salim, 29, berkata, dia juga berasa berdebar untuk menyambut kelahiran anak pertama yang dijangka pada awal Jun depan.


Foto: IG

"Kalau tanya tentang persediaan bergelar bapa, memanglah sudah bersedia. Setakat ini tempoh kehamilan berjalan lancar dan isteri tidak mengalami sebarang alahan.

"Jujur saya katakan, sekarang ini macam-macam bermain dalam fikiran menjelang kelahiran anak pertama ini.

"Sesiapa sahaja yang tahu tentang kehamilan ini harap dapat doakan anak kami dan isteri agar sentiasa selamat dan urusan kami dipermudahkan nanti," katanya.


Syafiq ditemui media pada majlis sidang media Jelajah Amal Solidariti untuk Iskandar Spring yang berlangsung di Kuala Lumpur pada Khamis.

Untuk rekod, Syafiq dan Alia mendirikan rumah tangga pada 10 Oktober 2021 namun penyanyi itu mengambil keputusan merahsiakan hal tersebut daripada pengetahuan umum.


Syafiq bagaimanapun mendedahkan sudah bergelar suami orang pada April tahun lalu selepas timbul khabar angin mengatakan dia sudah mendirikan rumah tangga. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote margo20 26-1-2023 08:49 PM
Ooo ok ok baiklah
Quote boongalalang 26-1-2023 08:50 PM
Baru tau dia dah nikah

Tahniah di atas pernikahan
Tahniah sebab nak ada baby

Quote wirazam 26-1-2023 08:51 PM
Jgn quit keje gomen ye dik...
Quote jejaka_hensem 26-1-2023 08:54 PM
Mcm makcik2 sikit kan wife dia?
Quote Sachacha 26-1-2023 08:55 PM
Ni baru nampak gambar bini dia
Quote sukacactus 26-1-2023 09:03 PM
Sebaya tp nampak mcm akak dia
Tp lantak la ye dah dia yg berkenan
Tahniah la dah nak jd bapak
Quote cheezel 26-1-2023 09:12 PM
Oo yeke
Quote lazim 26-1-2023 09:16 PM
Jarang kan retis muda ambil isteri org berisi. Tapi mesti wife dia org baik2
Quote Carcosa 26-1-2023 10:05 PM
Mcm bergambar dgn peminat sementara beliau membeli belah di Jakel. Tiber
Mungkin bini dia baik hati.
Quote jalfa 26-1-2023 10:10 PM
Patutlah dia sorok bini dia.takut kena body shaming dgn nurtizen mesti kawan dr sebelum jd retis lagi ni
Quote doubleA 26-1-2023 10:27 PM
First time tengok bini dia ingat nak sorok sampai sudah. Sempoi tudung sarung marhaen je rupa, taste sapik marhaen rupanya
Quote rosannazmia 26-1-2023 10:31 PM
Ensemnye gmbr yg last sekali tu.. very der manly man sgt .. sleeves kayak gitu ..tiber
Quote rosannazmia 26-1-2023 10:32 PM
Walaupon vini rupa acik2 tp gitula kanz pasti ade kelebihan kanzz… semuga berjodohan smp ke syurga membina keluarga bahgia aminnnnnnnnnn
Quote beatgirlX 26-1-2023 10:32 PM
Dulu x nak bg kenyataan da kawen ke blm..
Quote DeLuna85 26-1-2023 11:58 PM
Selamat berbahagia. Janji kau nampak bini kau cantik dah la. Lagipun tgh pregnant kan.
Quote silampumeja 27-1-2023 12:04 AM
rosannazmia replied at 26-1-2023 02:32 PM
Walaupon vini rupa acik2 tp gitula kanz pasti ade kelebihan kanzz… semuga berjodohan smp ke syurga  ...

Teringat hafiz rosdi dulu time dia kawin. Skrg bagia je.. gitulah kita memandang rupa. Huhhuhh
Quote LadyCarefree 27-1-2023 12:09 AM
silampumeja replied at 26-1-2023 11:04 PM
Teringat hafiz rosdi dulu time dia kawin. Skrg bagia je.. gitulah kita memandang rupa. Huhhuhh

izzul islam pun
Quote -Suri- 27-1-2023 12:34 AM
Tahniah sbb dah nikah dan nak timang anak. Moga jadi suami dan ayah yg baik
Quote kerani_je 27-1-2023 01:02 AM
Ingatkn die ni tangkap bini yg cun melecun. Ye la boleh tahan jgk die famous n ada kerje tetap. Mesti ramai perempuan2 cantik nak. Tp bgus la bese2 je wife nye. Nmpk r die ni bgus x memilih rupa n saiz bdn..

Lihat semua komen(49)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

23-4-2024 09:27 PM GMT+8 , Processed in 0.206347 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top