CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

“Ada Yang Cari Ke Haaa?”, Akhirnya! Peserta Berani ‘Sound’ Mas Idayu 8 Tahun Lalu Berjaya Dikesan

27-1-2023 08:11 AM| Diterbitkan: bubuk_bearbear| Dilihat: 8524| Komen: 53

Description: Nama penyanyi dangdut terkenal, Mas Idayu kini kembali menjadi bualan hangat gara-gara lantang mengkritik penyanyi Sissy Iman ketika persembahan bertemakan ‘tradisional’ di pentas program Famili Duo ...


Nama penyanyi dangdut terkenal, Mas Idayu kini kembali menjadi bualan hangat gara-gara lantang mengkritik penyanyi Sissy Iman ketika persembahan bertemakan ‘tradisional’ di pentas program Famili Duo pada minggu keenam.

Disebabkan kontroversi itu, pelbagai video lalu ‘diungkit’ kembali oleh netizen termasuklah sebuah video yang memaparkan seorang peserta lelaki yang tidak gentar mengkritik Mas Idayu atau nama sebenarnya Masidayu Binti Mesnun ketika uji bakat Mentor Legend 2014.


Ramai yang ingin mencari "brader" tersebut kerana dianggap berani mengkritik Mas Idayu yang terkenal dengan ketegasan ketika menjadi juri.



Selepas diselidik oleh netizen baru-baru ini, akhirnya akaun TikTok milik peserta lelaki tersebut telah ditemui dan rupa-rupanya, jejaka tersebut dikenali sebagai Sofian dan dipercayai kini sedang bekerja sebagai penjual kereta.

"Ada yang cari ke haaa?", tulisnya ringkas di akaun TikTok miliknya.


Difahamkan, video yang tular itu dipercayai berlaku ketika Sofian berusia 22 tahun dan kini dia sudahpun berusia 31 tahun memandangkan ia telah berlaku lapan tahun yang lalu.




Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa keterujaan mereka selepas menjumpai Sofian kerana hanya dia sahaja individu yang berani mengkritik semula kata-kata Mas Idayu.



Bukan itu sahaja, netizen turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada Sofian kerana pernah menjadi wakil untuk orang ramai di luar sana yang kurang bersetuju dengan cara kritikan Mas Idayu terhadap seseorang. 




Terdahulu, Mas Idayu juga pernah memberikan komen pedas kepada penyanyi dangdut Baby Shima semasa menyertai program D'Academy Asia musim ketiga pada tahun 2017 yang bersiaran di sebuah stesen televisyen Indonesia. - CARI




Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote LadyCarefree 27-1-2023 12:23 AM
Bagus mamat ni. Cool je dia menjawab. Nampak sangat nenekebayan tu yg menggelupur.
Quote Piramida 27-1-2023 12:26 AM
Org mcm nenek ni.. Kena di lawan style cool and steady... Baru lah naik hantu dia makin menjadi2
Quote Cekgushilla 27-1-2023 12:34 AM
Dia mcm pi situ bukan nk jd penyanyi pon haha
Sj nk kutuk nek kebayan tu depan2 ????????
Quote msel 27-1-2023 12:36 AM
nama suami skrg pun sufian kan?
Quote piyek92 27-1-2023 12:36 AM
Baru jumpa buku ngan ruas

Video angkat kening dengan kapsyen dia tu memang menganjing habes..macam nak cakap baru korang tauuuuu
Quote kerani_je 27-1-2023 12:59 AM
Bkn berlakon je ke time mentor tu. Laki tu pelakon extra upahan je time tu saje create controversy nk naik kn rating mentor masa tu. Kn dah ada yg reveal. Sbb tu lepas masuk scene tu dlm tv3. Production sendri punye plan.
Quote dudaberhias 27-1-2023 01:20 AM
harap2 ada peserta yang lagi garang dan jerit sampai pekak si mami ni bagi dia menopos kali kedua... dah basi dah kritikan jerit2 ni... dah lah industri kecik taraf2 dunia ketiga je pun fefeeling nak komen ala2 hollywood... hollywood tu pun takdenya komen macam kau mami... tak professional dan menjengkelkan...

tak sedap tu tak sedap lah... cakap je tak sedap sebab memang tak sedap pun deorang punya persembahan... tapi ko jerit2 lagi lah bertambah sumbang, tak sedap. rasa nak kalih channel ke animal planet bila tengok kau menjerit macam pontianak gersang...
Quote rainbowrainz 27-1-2023 02:55 AM
Edited by rainbowrainz at 26-1-2023 07:01 PM

Dik..nenek kebayan versi mak lampir tak pijak bumi ni menjerit2 mcm kuntilanak ni dia acah2 bagus padahalllllll dia nyanyi lagi hauk dik...baru kawin pun meroyan x habis2...ke malam die sound sissy tu nenek kebayan tu x dpt ngn laki dia

Simpannnn jelah nek ko punya jerit versi mcm tersampuk syaitonnn...muntah ijo dengar
Quote tigerads 27-1-2023 03:09 AM
tetap suka dgn cara tok pinaz menjuri peserta..
lain cara org yg ehem² dgn yg ohoo² komen..

pepaham sdri lah ya..
Quote sleepandream 27-1-2023 04:11 AM
tigerads replied at 27-1-2023 03:09 AM
tetap suka dgn cara tok pinaz menjuri peserta..
lain cara org yg ehem² dgn yg ohoo² komen..

khennn...
tok pinaz as a jury very pro...
as penyanyi herself sorry 2x5 mami juaaaa
Quote jalfa 27-1-2023 06:18 AM
Macam org gile dah nek lampir dlm video dgn budak sufian tu koyak teruksss..
Quote ashilalat 27-1-2023 06:28 AM
sleepandream replied at 27-1-2023 04:11 AM
khennn...
tok pinaz as a jury very pro...
as penyanyi herself sorry 2x5 mami juaaaa


Hahaha..nak tergelak aku.

Tok pinaz sama dgn mas idayu mesnon. Kalau nyanyi, x sedap mana pon. Lolongan tok pinaz time nyanyi, mmg ngeri dgr.

Tp x dinafikan tok pinaz ada ilmu dan komen pon ilmiah dan sedap didengar. Mudah marhaen nak paham.

Tp menyanyi is big no no utk tok pinaz dan mas idayu.
Quote ladybugz 27-1-2023 06:46 AM
tpkan knowing her style i rasa sissy iman tu x teruk la kena dgn mummy tu. i mean cara dia ckp tu mcm berlapik2 lagi la. waktu yg paling dasyat i rasa baby shima tu kena sgt teruk. dah la kat negara org, buat prangai depan2 org indon. memalukan sungguh i rasa waktu tu.
Quote fifie_olin 27-1-2023 07:03 AM
ensemnya...
i like
Quote bulalof 27-1-2023 07:07 AM
sgt 80an nak nasihat guna tengking2 ni.
Quote rbmy 27-1-2023 07:14 AM
kaka nyanyi sedap ke..
hahhahahahahahhaha membakar
Quote kuzaime 27-1-2023 07:34 AM
Masidayu ni aku rasa dia over confident yg dia nyanyi sedap seorang penyanyi yg betul2 bagus kau bagi ajelah apa2 genre lagu, semua dia boleh tapau, aku x rasa mas idayu ni boleh
Quote teen_angelJB 27-1-2023 07:42 AM
Sebenarnye Minah ni rasa bagus sgt lepas dia dapat up kan black je..pastu org dok puji dia garang sebb ngajar pkai rotan smpai black tu menang..since that dia mmg Asik nk memaki hamun je...
Kalau betul juri da berpuluh tahun kenapa Masa af tgh in dlu xpernah pun jadi juri atau tenaga pengajar..
Poyo je lebih dia ni..
Black pun da black out da..
Tgu la nanti black pulak mencabub
Quote hanna88 27-1-2023 07:55 AM
nak tergelak selambe benar laki ni..

Lihat semua komen(53)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 02:48 AM GMT+8 , Processed in 0.049208 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top