CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Mana Ada Lepas Tangan, Finas Hantar Surat Teguran Kepada Penerbit Filem Pulau

26-1-2023 09:15 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1038| Komen: 11

Description: Lembaga Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) telah surat menghantar teguran terhadap penerbit filem Pulau selepas treler yang ditayangkan sebelum ini menjadi kontroversi kerana mengandungi adegan ...
Lembaga Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) telah surat menghantar teguran terhadap penerbit filem Pulau selepas treler yang ditayangkan sebelum ini menjadi kontroversi kerana mengandungi adegan panas keterlaluan.


Ketua Pegawai Eksekutif Finas, Profesor Dr. Md Nasir Ibrahim, berkata, tayangan treler tersebut perlu disunting semula kerana ia bukan paparan sebenar jalan cerita filem berkenaan.


"Teguran dibuat menerusi Unit Komunikasi Korporat Finas kepada produser filem tersebut. Itu tindakan yang diambil oleh Finas berhubung kontroversi sebelum ini.  

"Bagi saya treler itu perlu dipinda semula kerana ia tidak menggambarkan cerita sebenar. Dalam klip tersebut ia mengetengahkan adegan sensasi untuk menarik minat orang ramai.

"Saya rasa ia perlu diubah untuk menjaga sensitiviti masyarakat negara kita yang berbilang bangsa," katanya kepada mStar.

Nasir juga tidak menolak kemungkinan klip adegan panas tersebut sengaja disebarkan sebagai gimik sebelum filem tersebut ditayangkan pada 9 Mac nanti.


Dalam masa sama baginya kontroversi ebegini juga boleh dijadikan panduan buat mana-mana penerbit supaya tidak mengulangi kesilapan sama di masa akan datang.

"Kontroversi tersebut juga telah menjadi gimik dan ia sebagai satu publisiti percuma sebelum filem tersebut ditayangkan.

"Dalam hal begini saya melihat kita boleh jadikan satu garis panduan yang lebih terperinci tetapi tidak menghalang kreativiti. Kalau terlampau ketat (garis panduan) akan ada isu juga, jadi semuanya perlu jelas," ujarnya.

Sementara itu, Nasir juga menghormati tanggungjawab Lembaga Penapisan Filem (LPF) dalam menjalankan tanggungjawab terhadap suntingan babak sensitif filem tersebut dan percaya kerjaya antara badan-badan terlibat perlu diperkukuhkan ketika berdepan dengan isu sebegini.

Justeru pihak Finas sendiri tidak mahu lepas tangan dan sedia memanggil mana-mana pihak terlibat bagi mengadakan perbincangan lanjut.

"LPF telah menjalankan tanggungjawab mereka dan kami saling menyokong antara satu sama lain. Penapisan telah dibuat mengikut garis panduan LPF namun saya percaya mereka juga ada kekangan kerana kita hidup dalam masyarakat berbilang bangsa.

"Apabila berlaku isu sebegini pastinya Finas tidak akan ambil mudah dan telah memanggil persatuan terlibat untuk berbincang apa sahaja isu berbangkit," jelasnya.

Sebelum ini trailer filem Pulau menerima kecaman banyak pihak kerana memperlihatkan beberapa adegan yang tidak sesuai untuk tontonan umum.

Filem ini menampilkan pelakon-pelakon seperti termasuk Alif Satar, Amelia Henderson, Ikmal Amry, Sanjna Suri, Joey Leong, Harris Annuar, Jazmy Juma, Mark O’Dea dan Sabronzo. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Mulotkoyak 26-1-2023 11:11 PM
Ak xpernah rase nk tgk citer melayu. Especially kat cinema. Termasuklah citer si Syamsol tuh Mat Kilau.
Quote Perawankota 27-1-2023 12:07 AM
Lenkali buat citer duyung kalau nak tunjuk keindahan pulau2 kt Malaysia..
Quote Adrif 27-1-2023 05:11 AM
Perawankota replied at 27-1-2023 12:07 AM
Lenkali buat citer duyung kalau nak tunjuk keindahan pulau2 kt Malaysia..

yang Maya Karin tu ke?  
Quote Perawankota 27-1-2023 05:16 AM
Adrif replied at 27-1-2023 05:11 AM
yang Maya Karin tu ke?

Hehehehe.. Iyerlah..
Quote dudaberhias 27-1-2023 05:17 AM
tak berapa minat nak tengok sebab tak berapa herlokkk... takat sorang si kemal tu pun lubsjubs berkarat macam pelabuhan klang... terus rasa baik kaka beli tiket tengok filem pasal binatang... lagi berair tengok binatang gittewww...
Quote charlieangless 27-1-2023 08:15 AM
good morning.. tumpang lalu
Quote rosedemon 27-1-2023 08:53 AM
oo ekeee okayyyyyy
Quote sangbara2020 27-1-2023 09:16 AM
bosannn
entah apa la nk buat citer cmnih
Quote prince_marhaen 27-1-2023 09:43 AM
dudaberhias replied at 27-1-2023 05:17 AM
tak berapa minat nak tengok sebab tak berapa herlokkk... takat sorang si kemal tu pun lubsjubs berka ...

Kannnnnnnnn... lepas tu feeling merajuk dengan kata tak suka jangan tengok.... siapa yang hadap sangat nak tengok cerita romen2 raja azmi kau tu.. jzuburz dah lah berkerak tak padan muka.. nak acah pornstar konon.. yihhh!
Quote mizruncing 27-1-2023 10:10 AM
sape je laa yg nak tgk filem ni?? baik laa layan netflix tu
Quote KamikuP 27-1-2023 03:15 PM
Edited by KamikuP at 27-1-2023 07:17 AM
Mulotkoyak: Ak xpernah rase nk tgk citer melayu. Especially kat cinema. Termasuklah citer si Syamsol tuh Mat Kilau.

Sama le meollss.. filem Mr OS dan Senario je meolls tengok kat rumah jahh.. ekekek

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 09:58 AM GMT+8 , Processed in 0.094871 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top