CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tanggal Stoking Sebelum Lunjur Kaki Dalam Komuter, Boleh Bayang Bau Dia Tak?

21-11-2022 11:36 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1269| Komen: 4

Description: Seorang penumpang komuter lelaki dikritik kerana dia menanggalkan kasut dan stoking serta melunjurkan kakinya di atas bangku yang terletak di Sydney baru-baru ini.Video rakaman perbuatan lelaki itu di ...
Seorang penumpang komuter lelaki dikritik kerana dia menanggalkan kasut dan stoking serta melunjurkan kakinya di atas bangku yang terletak di Sydney baru-baru ini. 

Video rakaman perbuatan lelaki itu dirakamkan menerusi video dan dimuat naik di media sosial, TikTok pada Ahad lalu. 

Meletakkan kaki di tempat duduk di kereta api di wilayah New South Wales adalah satu kesalahan yang boleh dikenakan hukuman. 


Seorang penumpang melunjurkan kakinya di atas sebuah bangku di dalam komuter di Sydney baru-baru ini. - Foto TikTok

Pesalah yang melakukan kejadian itu boleh dikenakan denda jika pelakunya ditangkap. 

Seorang wanita menulis dan menyatakan perasaan terkejut dengan tindakan tersebut di TikTok. 

Video perbuatan lelaki itu telah ditonton lebih 40,000 tontonan. 

Berjuta-juta penduduk Sydney menggunakan pengangkutan awam pada setiap hari dan seorang penduduk yang bosan telah mempersoalkan ke mana perginya ‘etika’ mereka yang menggunakan perkhidmatan kereta api dan bas. 

Berpuluh-puluh yang lain bersuara mendedahkan keluhan terbesar mereka termasuk mereka yang mendengar muzik dengan kuat dan sampah yang ditinggalkan dalan pengangkutan awan. 

“Apa yang berlaku dengan etika pengangkutan awam Sydney” soal seorang pengguna Reddit. 


Sumber: Kosmo






Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote venom1 22-11-2022 07:54 AM
Jom datang Malaysia. Macam2 perkara lagi pelik ada kat pengangkutan awam Malaysia
Quote shernazz 22-11-2022 08:25 AM
Kalauntak bau pung...tapi bayangkan la zizik kot.kaki letak kat situ
Quote kasibiman 22-11-2022 09:21 AM
Stokin mamat Tu kalu baling kat dinding melekat tak?  
Quote pekanwoohoo 22-11-2022 09:26 AM
Ni mesti golongan pendatang. Pendatang je berani buat benda macam tu. Orang Peribumi Sydney takkan buat benda macam ni.

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 02:29 PM GMT+8 , Processed in 0.066707 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top