CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Semasa Lihat artikel

Ngeri, Ibu Terkejut Tengok Tangan Anak Terkulai Bengkok Ditolak Kawan

21-11-2022 11:53 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1148| Komen: 5

Description: Luluh hati seorang ibu apabila mendapat perkhabaran mengenai kemalangan menimpa anaknya di sekolah.Berita buruk anaknya mengalami kecederaan yang serius ini dimaklumkan seorang guru melalui panggilan ...
Luluh hati seorang ibu apabila mendapat perkhabaran mengenai kemalangan menimpa anaknya di sekolah.

Berita buruk anaknya mengalami kecederaan yang serius ini dimaklumkan seorang guru melalui panggilan telefon.


Menurut ibu kepada mangsa, Nirwana, dia bergegas ke sekolah sebaik mengetahui kemalangan menimpa anak lelakinya itu yang dikatakan terjatuh.


TikTok

Apabila tiba di sekolah, Nirwana mendapati tangan kiri anaknya bengkok dan nampak seperti sudah patah.

Video tersebut meraih perhatian warga maya yang rata-ratanya bimbang melihat keadaan mengerikan tangan kanak-kanak itu yang terkulai.

Bercerita lanjut mengenai detik kejadian, Nirwana berkata anaknya sedang menunggu suaminya untuk dijemput pulang dari sekolah.

Bagaimanapun, terdapat seorang budak menolak anaknya dari arah belakang sehingga mengakibatkan kecederaan tersebut terjadi.

Pihak sekolah menghubungi ambulans bagi mendapatkan rawatan segera setelah berlakunya kemalangan itu.


TikTok

Dalam video kedua yang dimuat naik, kelihatan seorang pegawai perubatan membawa kit pertolongan cemas bagi memberikan rawatan awal kepada kanak-kanak itu yang sedang menangis di sisi bapanya.

Dalam pada itu, netizen juga berharap ibu bapa di luar sana agar menasihati anak masing-masing supaya menjaga tingkah laku di sekolah atau di mana sahaja mereka berada.




Bagaimanapun, tiada sebarang maklumat lanjut dikongsikan oleh ibunya berhubung lokasi mahupun masa kejadian.

Hantaran terakhir wanita ini di TikTok menunjukkan anaknya menangis teresak-esak setelah tangannya dibalut kain anduh di sebuah hospital.



Sumber: mStar






Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Adrif 22-11-2022 04:11 AM
patah macam tu tak rasa kena tolak dan jatuh

I suspek.. kena pijak.. mungkin
Quote sangbara2020 22-11-2022 08:01 AM
ngerinya tengok...
semoga dipermudahkan urusan..makan bertahun nak elok kalau patah ni
Quote ninnakarinna 22-11-2022 08:03 AM
Accident happened. Kadang bdk2 ni bergurau dan tgh main je. Tp kasar.
Quote acikku 22-11-2022 09:48 AM
alahai anak, sedih acik tengok.kalau anak acik kena macam ni, mau sasau jugaklah acik ni..semoga cepat sembuh ya
Quote margo20 22-11-2022 11:04 AM
Budak budak ni g sekolah nk belajar ke nak bertinju?

Lihat semua komen(5)

Kategori Berkaitan


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

3-12-2022 11:37 PM GMT+8 , Processed in 0.081768 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top