CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pengurusan Kes Rayuan Cukai Tertunggak Najib Dan Anak Pada 17 Jan

21-11-2022 11:32 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 609| Komen: 3

Description: Pengurusan kes rayuan Datuk Seri Najib Tun Razak dan anaknya Datuk Mohd Nazifuddin terhadap penghakiman terus diperoleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) terhadap mereka dalam kes cukai tertunggak dit ...
Pengurusan kes rayuan Datuk Seri Najib Tun Razak dan anaknya Datuk Mohd Nazifuddin terhadap penghakiman terus diperoleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) terhadap mereka dalam kes cukai tertunggak ditetapkan pada 17 Jan tahun depan.


Peguam Wee Yeong Kang, antara peguam yang mewakili Najib dan Nazifuddin memberitahu Bernama, pengurusan kes selanjutnya itu ditetapkan selepas pengurusan kes di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Persekutuan Suhaila Haron hari ini.


Kosmo

“Pengurusan kes seterusnya pada 17 Jan tahun depan adalah untuk mengemas kini status alasan rayuan dan menetapkan tarikh pendengaran,” kata peguam itu.

Bekas Perdana Menteri dan anaknya merayu terhadap penghakiman terus diperoleh LHDN untuk mendapatkan cukai tertunggak berjumlah lebih RM1.7 bilion daripada mereka.


Dua Mahkamah Tinggi di sini, telah membenarkan permohonan LHDN untuk mendapatkan penghakiman terus bagi memperoleh semula tunggakan cukai sebanyak RM1.69 bilion daripada Najib dan RM37.6 juta daripada Mohd Nazifuddin, bagi tempoh antara 2011 dan 2017.

Penghakiman terus adalah apabila mahkamah memutuskan kes tertentu melalui hujahan tanpa mendengar keterangan saksi dalam perbicaraan.

Najib dan Mohd Nazifuddin gagal dalam rayuan mereka di Mahkamah Rayuan pada 9 Sept 2021 untuk mengetepikan penghakiman terus itu, namun membenarkan permohonan mereka untuk menangguhkan perintah penghakiman terus berkenaan sementara menunggu pendengaran permohonan kebenaran merayu di Mahkamah Persekutuan.

Pada 10 Mei lepas, Mahkamah Persekutuan memberikan kebenaran merayu kepada Najib dan Mohd Nazifuddin berhubung penghakiman terus diperoleh LHDN dalam kes tunggakan cukai tersebut.


Sumber: BERNAMA 






Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Adrif 22-11-2022 05:52 AM
kenapa mata jadi lagu tu?
Quote cikatilia 22-11-2022 09:30 AM
mata dia pon pakai lipstik ke apa merah2
Quote margo20 22-11-2022 11:28 AM
Anak beranak bibir pink apa rahsia

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

7-5-2024 07:09 AM GMT+8 , Processed in 0.045328 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top