CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 970|Reply: 4

Tanggal Stoking Sebelum Lunjur Kaki Dalam Komuter, Boleh Bayang Bau Dia Tak?

[Copy link]
Post time 21-11-2022 11:36 PM | Show all posts |Read mode
Seorang penumpang komuter lelaki dikritik kerana dia menanggalkan kasut dan stoking serta melunjurkan kakinya di atas bangku yang terletak di Sydney baru-baru ini.


Video rakaman perbuatan lelaki itu dirakamkan menerusi video dan dimuat naik di media sosial, TikTok pada Ahad lalu.


Meletakkan kaki di tempat duduk di kereta api di wilayah New South Wales adalah satu kesalahan yang boleh dikenakan hukuman.




Seorang penumpang melunjurkan kakinya di atas sebuah bangku di dalam komuter di Sydney baru-baru ini. - Foto TikTok





Pesalah yang melakukan kejadian itu boleh dikenakan denda jika pelakunya ditangkap.


Seorang wanita menulis dan menyatakan perasaan terkejut dengan tindakan tersebut di TikTok.


Video perbuatan lelaki itu telah ditonton lebih 40,000 tontonan.


Berjuta-juta penduduk Sydney menggunakan pengangkutan awam pada setiap hari dan seorang penduduk yang bosan telah mempersoalkan ke mana perginya ‘etika’ mereka yang menggunakan perkhidmatan kereta api dan bas.


Berpuluh-puluh yang lain bersuara mendedahkan keluhan terbesar mereka termasuk mereka yang mendengar muzik dengan kuat dan sampah yang ditinggalkan dalan pengangkutan awan.


“Apa yang berlaku dengan etika pengangkutan awam Sydney” soal seorang pengguna Reddit.




Sumber: Kosmo










Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-11-2022 07:54 AM | Show all posts
Jom datang Malaysia. Macam2 perkara lagi pelik ada kat pengangkutan awam Malaysia
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2022 08:25 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalauntak bau pung...tapi bayangkan la zizik kot.kaki letak kat situ
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2022 09:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Stokin mamat Tu kalu baling kat dinding melekat tak?  
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2022 09:26 AM | Show all posts
Ni mesti golongan pendatang. Pendatang je berani buat benda macam tu. Orang Peribumi Sydney takkan buat benda macam ni.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

7-5-2024 03:39 AM GMT+8 , Processed in 0.051562 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list