Terdahulu, Fasha ditemani suami, Aidil Aziz hadir pada acara Malam Penghargaan Nona Superwoman Awards 2024 di sebuah hotel di Damansara Utama, di sini, malam tadi.
Fasha turut meraih anugerah Nona Fashion & Beauty yang disampaikan Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin.
Sementara itu, Aidil berkata, dia bersyukur dan gembira dengan perubahan imej bertudung isterinya dan terus menyokong apa saja perkara baik dilakukan Fasha.
'Saya akan terus mendoakan yang terbaik buat Fasha di atas apa saja perkara yang dilakukannya.Kita semua juga doakan yang terbaik untuk dia.
"Sebagai suami, sudah tentu saya memang mahukan yang baik-baik untuknya (Fasha). Jadi, saya akan sentiasa mendoakan untuk dia," katanya.
Baru-baru ini, Fasha menjadi perhatian wargamaya di media sosial apabila membuat perkongsian foto dirinya bertudung dan rata-rata netizen mendoakan agar dia terus istiqamah dengan imej baharu itu.
Sumber : Harian Metro