CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Cameraman Dari Masa Depan Ke Ni?" Video Kelibat Jep & Mamat Di Konsert 2005 Tular Buat Ramai Pelik

4-10-2022 07:10 AM| Diterbitkan: bubuk_bearbear| Dilihat: 4132| Komen: 12

Description: Walaupun kini masing-masing sudah membawa haluan sendiri namun kisah permulaan kumpulan Sepah yang terdiri dari pelawak terkenal Jep, Mamat dan Shuib sentiasa diingati peminat dunia hiburan lawak.



Walaupun kini masing-masing sudah membawa haluan sendiri namun kisah permulaan kumpulan Sepah yang terdiri dari pelawak terkenal Jep, Mamat dan Shuib sentiasa diingati peminat dunia hiburan lawak.

Baru-baru ini satu video ketika konsert kumpulan Search pada tahun 2005 telah tular di TikTok selepas satu rakaman memaparkan penonton ketika itu persis kelibat Jep dan Mamat.


Lebih menimbulkan rasa pelik di kalangan netizen apabila cameraman ketika itu seakan fokus kepada kedua-dua pelawak ini walaupun sebelum itu Jep dan Mamat belum lagi masuk ke industri hiburan. Jadi, ramai yang ingin tahu siapakah cameraman yang merakam video ini.


Netizen turut mendakwa ternampak kelibat Shuib dibelakang Jep ketika itu walaupun kurang jelas.




Melihat keakraban mereka sebelum ini, netizen mendoakan semoga Mamat dan juga Shuib kembali bersama Sepahtu Reunion suatu masa nanti. 


Namun hasil tinjauan di video yang dikongsikan mStar Online, Shuib seperti sudah nekad tidak ingin lagi kembali bergabung dalam Sepahtu Reunion namun enggan mengulas lanjut punca sebenar.

" Bila bab Sepahtu Reunion ni saya tak nak komen lebih-lebih, mungkin Top Management  Astro boleh terangkan pada semua orang kenapa saya tidak bersama Sepahtu Reunion, itu je jawapan saya." katanya. - CARI
 

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dudaberhias 4-10-2022 02:23 AM
Sape pernah pergi konsert ni sah kertu. Sekian.

Btw kepamnya peminat2 rock. Hmmm. Ada yang minat rock sangat sampai ke tua pun nampak kepam dengan rambut panjang.
Quote casper2022 4-10-2022 08:23 AM
ape bende la........... biasa la cameraman nk zoom penonton.  
Quote September14 4-10-2022 08:24 AM
X faham apa yg masa depannya?
Quote KamikuP 4-10-2022 09:42 AM
Knp Soeb berpatah arang berkerat rotan ngan Sepahtu ekkk?
Quote Prickford 4-10-2022 11:15 AM
KamikuP replied at 4-10-2022 01:42 AM
Knp Soeb berpatah arang berkerat rotan ngan Sepahtu ekkk?

Soeb dengan Sepahtu takde masalah. Heolls ada masalah dgn team crew Sepahtu. Tu yg tanak dah join.

Quote KamikuP 4-10-2022 11:17 AM
Prickford replied at 4-10-2022 03:15 AM
Soeb dengan Sepahtu takde masalah. Heolls ada masalah dgn team crew Sepahtu. Tu yg tanak dah join. ...

Apakes? Crew sepahtu tu tak bayar hutang Soeb kah? Cerkabo
Quote Prickford 4-10-2022 11:24 AM
KamikuP replied at 4-10-2022 03:17 AM
Apakes? Crew sepahtu tu tak bayar hutang Soeb kah? Cerkabo

Dari sumber2 yg terdekat cakap mostly sebab idea & asik kena jadi bahan je.

Quote mizruncing 4-10-2022 11:31 AM
kahkah kelako muka
Quote watatakut 4-10-2022 11:38 AM
casper2022 replied at 4-10-2022 08:23 AM
ape bende la........... biasa la cameraman nk zoom penonton.



ya tapi masalahnya dia zoom fokus dorang ni..lepas mamat jep
Quote watatakut 4-10-2022 11:38 AM
shuib tu kenapa..merajuk pasal scene apa
Quote jijilaaa 4-10-2022 01:52 PM
tp masa soeb nak quit tu kan kontroversi pasal lawak doube meaning dia jugak kan..2minggu berturut2 dia wat double meaning tu..kemuncak sekali isu dia mesin kelapa acam gaya cap cap cap tu
Quote bluecrystal 4-10-2022 02:35 PM
video ni keluar kat reels banyak kali aku ulang tetap tergelak tengok mamat..jep udah iras2 ropi masa ni

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 12:40 PM GMT+8 , Processed in 0.259032 second(s), 57 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top