CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Prinsip Buat Nasha Aziz Bertahan, "Pergi Cari Gambar Saya Berbikini, Ada Tak?"

3-10-2022 09:00 PM| Diterbitkan: Lilrose| Dilihat: 6224| Komen: 46|Original author: LilRose

Description: "Ketika itu umur saya baru 19 tahun dan saya dijemput untuk menghadiri satu sesi uji bakat jenama antarabangsa yang popular."
"Ketika itu umur saya baru 19 tahun dan saya dijemput untuk menghadiri satu sesi uji bakat jenama antarabangsa yang popular."

Nasha Aziz mendedahkan pernah melarikan diri dari uji bakat sebagai pelakon sebuah iklan jenama antarabangsa kerana dia perlu memakai bikini.

Pelakon dan model itu tegas dengan prinsipnya sebagai model membuat keputusan untuk 'lari' kerana tidak sanggup tampil berbikini.


Kredit foto: YOY

"Saya lihat semua model di situ memakai bikini kerana konsep diberikan adalah tepi pantai. Saya pun berlari keluar dari bilik uji bakat dan memberitahu tidak mahu menjadi model," katanya kepada mStar.


Nasha atau Noraishah Abdul Aziz, 51, berkata, atas pegangan kuatnya itulah dia tetap diberi peluang untuk beraksi dengan berpakaian lebih sopan untuk menjalani sesi uji bakat berkenaan.

"Ketika itu saya bernaung di bawah agensi milik Puan Seri Tiara Jacquelina dan dia memberitahu, klien sudah melihat profil dan berminat untuk saya menyertai mereka.

"Mereka membenarkan saya memakai kemaja-T dan seluar serta memberi bola dan gelung untuk beraksi.


Kredit foto: YOY

"Saya buat uji bakat itu dengan bersahaja dan Alhamdulillah seminggu selepas itu, saya mendapat panggilan diterima membintangi iklan komersial tersebut," imbaunya ketika menghadiri pertunjukan fesyen Muslimah tempatan, Munawwareen yang berlangsung di Hotel Shangri-La, Kuala Lumpur pada Khamis.

Sejak itu, Nasha tekad tidak akan melanggar prinsipnya sendiri kerana percaya dengan bakat dikurniakan kepada dirinya.

"Sama juga jika saya dijemput oleh Zhang Toi dan Jimmy Choo di New York atau London, saya meletakkan syarat untuk pakaian yang akan diperagakan.

"Bagi saya, kerana bakat yang ada, mereka percaya dengan kebolehan saya dan mahu saya memperagakan koleksi mereka, jadi mereka setuju dengan segala permintaan saya.



"Pergi cari gambar saya berbikini, ada tak? Itu yang membuatkan saya masih bertahan dalam dunia model sehingga ke hari ini," jelasnya.

Macam tak tua-tua Nasha ni walau usia dah lanjut! - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote zamzam 3-10-2022 09:04 PM
Aku suka nasha...cantik dan lembut.
Quote September14 3-10-2022 09:13 PM
Dulu lawa ler masa original.. mmg plg lawa antara smua retis malaysia.

Quote ReginaGeorge 4-10-2022 05:32 AM
Suka tgk muka nasha zaman tak alter. Nampak sangat manis. Skrg ni nampak ke arah bini ex pm.
Quote dudaberhias 4-10-2022 05:41 AM
sheols masih lawa di mata iols untuk artis yang berumur macam sheols... kalau di bandingkan dengan permaisuri kokdiang... dia lagi cantik walaupun hidung terpleot... filler ke apa yach sampai teruk gitu jadinya... kenapa la tak buat rhinoplasty je terus...
Quote stingergrumpy 4-10-2022 05:43 AM
zamzam replied at 3-10-2022 09:04 PM
Aku suka nasha...cantik dan lembut.

Macam aku, minus the do up nose....
Quote Perawankota 4-10-2022 05:55 AM
Bagusnyaaaa.. Ratu dulu pon ada gambar berbikini time pi beauty pageant..
Quote sayurmayur88 4-10-2022 07:38 AM
bagus nasha ni, takde lah gosip2 kontroversi psl dia.
profesional modeling.
suke tgk dia blakon laila isabela
Quote casper2022 4-10-2022 08:28 AM
bagus kak... Semoga lps ni pkai tudung..amin
Quote ..maksu 4-10-2022 08:31 AM
teringat video dulu dulu cari bra cari spender dalam bilik sepah mengerikan.
Quote Cpkay 4-10-2022 08:47 AM
..maksu replied at 4-10-2022 08:31 AM
teringat video dulu dulu cari bra cari spender dalam bilik sepah mengerikan.

hahhaha.. tuan rumah pasang hidden cctv kan ? ingat ingat lupa cite ni
Quote immaryjane 4-10-2022 08:52 AM
dudaberhias replied at 4-10-2022 05:41 AM
sheols masih lawa di mata iols untuk artis yang berumur macam sheols... kalau di bandingkan dengan p ...

Since dh byk job sne sini, dia tk ley repair dh ke hidung dia? Buat plastic surgery ke
Quote TomyamPuteh 4-10-2022 08:54 AM
Tapi ada la jugak dia modelling nampak pusat.
Quote Sazreena 4-10-2022 09:02 AM
Takde gambar bikini tapi ada bideo sapkok sambil mencari barang yg hilang..gituh.
Quote heythere123 4-10-2022 09:15 AM
dudaberhias replied at 4-10-2022 05:41 AM
sheols masih lawa di mata iols untuk artis yang berumur macam sheols... kalau di bandingkan dengan p ...

tapi i rasa hidung dia dah elok sikit dah banding dengan haritu
Quote elzy 4-10-2022 09:41 AM
Suka tengok muka original tanpa filler.. Aku perasan muka cucuk filler ni seakan sama dah tak nampak original..
Quote babelina 4-10-2022 09:46 AM
ada sorg nie.. unur baya2 NA juga kot.. tp aku lupa nama dia.. skrg dia blakon..  dia yg paling byk pkai bikini n kuar majalah remaja.. cover majalah pn dia.. masa tu majalah remaja paling in la.. tnjuk fesyen2 tkini.. alaaaaaaa.. sapa nama dia nie..
Quote Nnasda53 4-10-2022 09:48 AM
Suka tengok nasha ni sejak dulu.
Quote ..maksu 4-10-2022 11:41 AM
Cpkay replied at 4-10-2022 08:47 AM
hahhaha.. tuan rumah pasang hidden cctv kan ? ingat ingat lupa cite ni

masa zaman tu banyak kes hidden cctv.... salah sorang mangsa si nasha ni la.
Quote Naftalena 4-10-2022 12:39 PM
babelina replied at 4-10-2022 09:46 AM
ada sorg nie.. unur baya2 NA juga kot.. tp aku lupa nama dia.. skrg dia blakon..  dia yg paling byk  ...

Aleeza Kassim ke?

Lihat semua komen(46)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

23-4-2024 08:33 PM GMT+8 , Processed in 0.125116 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top