CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Mustahil Buat Dalam Masa 3 Minggu Lagi, Noraniza Tangguh Konsert Sebab Belum Bersedia

3-10-2022 11:49 PM| Diterbitkan: Lilrose| Dilihat: 4998| Komen: 52|Original author: LilRose

Description: https://www.instagram.com/p/CcJMBrxhjUc/?hl=en
Kredit foto: IG


Noraniza Idris tampil menjelaskan mengenai jualan tiket yang didakwa sendu hingga Konsert Malai Solo terpaksa ditangguh.

Katanya ketika diwawancara program Melodi TV3, penangguhan itu dibuat memandangkan dia sebenarnya belum membuat persediaan penuh untuk konsert berkenaan, bukan kerana tiket tidak laku.

“Selepas saya buat sidang media, pihak saya terpaksa membuat promosi maksimum sebab melihat kepada faktor persediaan saya dan tarikh sebab ia sangat suntuk dan agak sukar bagi kami untuk merealisasikannya.

“Bila melihat kepada komitmen saya, saya tidak dapat memberi komitmen untuk mempromosikan konsert Malai Solo, jadi ia sedikit sebanyak menjejaskan promosi penjualan tiket.


“Terjual pun hanya 15 peratus tetapi saya bersyukur kerana masih ada masa untuk membuat pembayaran balik sebelum kami mengumumkan tarikh yang baharu,” katanya yang dipetik XTRA.


Kredit foto: IG

Dalam pada itu, dia turut mengakui kesilapannya gagal menyusun jadual dengan baik. Mustahil untuk mengadakan konsert dalam masa tiga minggu lagi, katanya.

“Jadual saya terlampau padat dengan aktiviti dan undangan persembahan yang sudah ditempah terlalu awal.

“Saya tak mahu menipu peminat, biarlah peminat melihat saya betul-betul bersedia ketika membuat persembahan jadi eloklah saya buat penangguhan untuk saya membuat persediaan,” jelasnya.

Katanya, Konsert Malai Solo akan dilaksanakan pada tahun ini juga.



Dia juga sempat meminta maaf dan berterima kasih kepada peminat yang telah membeli tiket konsertnya itu. 

Konsert Malai Solo dijadulkan pada 21 hingga 23 Oktober ini terpaksa ditangguhkan atas beberapa faktor seperti kesihatan dan kemungkinan Pilihan Raya Umum ke-15 diadakan pada bulan ini.  - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Carcosa 4-10-2022 12:17 AM
Eh tua. Duduk rumah diam2 lah tua. Takde sapa nak tgk ko nyanyi lagi, wahai si tua.
Quote September14 4-10-2022 12:34 AM
Apooo ngaku jelah tiket x laku

Mmg xkn ada dh konsert nekani ni bpijaklah di bumi yg nyata nek…mmg dh xde harapan
Quote sharlenetexas 4-10-2022 12:35 AM
Kesian kak ani.


Quote pencintaABC 4-10-2022 01:03 AM
"Tiket konsert tak laku" mengaku je la nek ani ooi tua2 nak menipu nak buat apa?
Quote ReginaGeorge 4-10-2022 05:11 AM
Eh, twist lagi. Hari tu kata pertembungan tarikh ngan menteri. Kata jadual sendiri padat. Kata tak sihat. Mana satu yg betul? Nenek kebayan sorang ni kuat betul twist.
Quote Perawankota 4-10-2022 05:51 AM
Ego nya dia ni...
Quote bedahmenjuyah 4-10-2022 06:00 AM
Minggu depan keluar lagi alasan. Cukup kan 99 ye nek
Quote sayurmayur88 4-10-2022 07:33 AM
1. Rkyt mesia nowadays, trutama mud2 ni tak minat sgt lagu rentak irama tradisional.
2. lain lah klu konsert artis2 hollywood, kpop ke, konpom letaklah harga tiket ribu pon , habis je terjual.
3. ekonomi pon dh nazak skarang ni, org nk tgk konsert pon fikir beribu kali , better simpan duit
Quote simmes 4-10-2022 07:51 AM
Memang gelak je la dengar alasan dia. Dah umum nak buat 3 hari tapi kata cancel sebab komitmen lain & jadual clash? Cmon la
Quote Olumis 4-10-2022 07:53 AM
Ahhh... Ini semua alasan. Dah tau nak buat konsert, confirmla dah buat latihan lebih awal. Tipu jer cakap masa terlalu suntuk, x ckup buat psediaan. Astaga... Budak nak SPM pun dah buat preparation 2 bulan sebelum exam.
Quote 3chanceno 4-10-2022 08:00 AM
Spin selagik boleh ya nek....dua tiga hari ada benang pasal batal konsert nek ani ke camna?
Quote cikperiukkera 4-10-2022 08:03 AM
Olumis replied at 4-10-2022 07:53 AM
Ahhh... Ini semua alasan. Dah tau nak buat konsert, confirmla dah buat latihan lebih awal. Tipu jer  ...

Tu la psl…makin byk bunyi makin npk sheols menipu nk cover tiket x laku…jadual padat konon. Dh tau nk buat konsert kena la block date sekian2 tu awl2 xkn sehari nk konsert masih sebat show sana sini? Kata dh lama menyanyi tapi hmmmm
Quote casper2022 4-10-2022 08:24 AM
dah plan nak buat konsert...tarikh dh ada...tetiba cakap xready..... mampu gelak ja... HAHHAHAAHA
Quote lee_sakura 4-10-2022 08:26 AM
mmg tiket tak laku kan
Quote kaseh80 4-10-2022 08:30 AM
Dah tak betul ke
Sekejap konar tang ni hari konar tang ni
Mereng agaknya
Quote red_velvet 4-10-2022 08:33 AM
Dengar dia nyanyi 1 lagu kat GV pun dah seksa nak runggu habis, lago kan nak nyanyi non stop kat konsert .. confirm paramedik bertunggu tangga siap pasang kemah n bawak tilam babtal standby kat tepi stage
Quote laksmanabentan 4-10-2022 08:36 AM
kelasssss.... ambikkk ko....

jadwal terlalu padat hokkayyy....
kak ani ini penyanyi paling popular, paling meletop dan paling laku kat mesia nih...
Quote BellaThePrinces 4-10-2022 08:38 AM
sendirik plan konsert pertama dan terakhir katanya...sendirik tak ready...apooooo
Quote esbok 4-10-2022 08:52 AM
kalau ada orang tepi advise, dengar lah.

Lihat semua komen(52)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 04:17 AM GMT+8 , Processed in 0.231857 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top