CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Betul Ke Suara Awak Dik, Kalau Siti Dengar Ni Mahu Terkejut" Netizen Kagum! Tiktoker Ini Miliki Suara Iras Siti Nurhaliza

4-10-2022 07:30 AM| Diterbitkan: bubuk_bearbear| Dilihat: 6615| Komen: 61

Description: Jika sebelum ini kecoh di media sosial mengenai seorang TikToker yang dikatakan "kembar terpisah" Fazura kerana memiliki wajah dan gaya percakapan yang hampir sama dengan isteri Fattah Amin itu, kali ...



Jika sebelum ini kecoh di media sosial mengenai seorang TikToker yang dikatakan "kembar terpisah" Fazura kerana memiliki wajah dan gaya percakapan yang hampir sama dengan isteri Fattah Amin itu, kali ini seorang TikToker ini pula dikatakan memiliki suara yang seiras penyanyi nombor satu negara, Dato' Sri Siti Nurhaliza.

Gadis yang juga pemilik akaun TikTok dengan nama Layka Al Funsu ini telah merakam beberapa cover lagu termasuk lagu-lagu Dato' Sri Siti Nurhaliza yang mana telah mencuri tumpuan ramai apabila suaranya seakan Siti Nurhaliza atau mesra disapa Tokti.

Sebelum membaca komen reaksi netizen, jom kita sama-sama dengarkan beberapa video nyanyiannya.





Ini adalah komen-komen netizen yang rata-rata kagum malah menyifatkan suara gadis ini iras TokTi zaman muda. Tak kurang juga ada yang seakan tidak percaya suara sebenar gadis ini dan masih menganggap hanya "miming" dan juga "autotune".



Namun video perkongsian seorang TikToker lain memaparkan Layka Al Funsu sedang menyanyi secara "live" di pentas ketika pertandingan Megamall Idol 2022 mungkin menjawab segala tanda tanya mengenai suaranya.


Jadi memang suara dia lemak merdu lah kan! Boleh pergi jauh ni, rupa ada suara pun sedap. Semoga maju jaya di masa hadapan Layka Al Funsu. - CARI




Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dua_chzy 4-10-2022 04:29 AM
Dari tahun 90an lagik suara Siti tu dah berapa juta orang yang boleh buat la dek non.
Quote dua_chzy 4-10-2022 04:31 AM
Pondan pun boleh tiru suara Siti. Sapa ingat pondan yang nyanyi lagu di bawah:

Diciptakan seorang innnnnsaaaannn
Seluruh alllaaaaaaammm
Menyaksikan kesyahduaannnn
Quote dudaberhias 4-10-2022 05:22 AM
tak sama langsung... fefeeling je lebih macam peponen nak jadi siti... lelaki2 yang cuba nak bagi suara jadi macam siti sah2 bottom... macam si penyanyi ikan kekek tu..
Quote bedahmenjuyah 4-10-2022 06:06 AM
Tak sama pun. Tp comel lah budaknya berlesung pipit. Penampilam biasa sgt tak mcm bebudak tiktokers yg lain.
Quote orkid_amani 4-10-2022 06:42 AM
Aii ada kawan yg boleh tiru lenggok suara situ..muka lawa tapi dia kata susah nk menten suara situ sbb banyak pantang larang mKn..pedas xboleh..berminyak xboleh..makanan berangin xboleh..katanya bukan setakat kena jaga peti suara..perut pun kena jaga jugak. Latihan pernafasan xboleh tinggal. Tapi dia jadikan nyanyian tu as hobi ja sbb dah ada reja hakiki
Quote red_velvet 4-10-2022 06:51 AM
Suara siti tak exclusive pun.. dari zaman 90an penyanyi2 baru semua berebut2 buat suara siti termasuklah si kepompom tingtong pujaan ummah gegar berganza tu....suara senang diajuk, even jihan yang nyanyi hauk pun boleh tiru suara sheols ...tapi budak ni comel ...tapi kalau menyanyi copy suara siti tak payah la mana2 komposer sibuk nak angkat budak ni jadi retis.. muak dah telinga dengar suara yg sama sana sini dari dulu sampai sekarang.. nothing new ponnn
.... nak suara lainnnn!!!
Quote OyaTonggek 4-10-2022 07:05 AM
meols kalau video budak ni lalu lalang fyp meols skip...bosan gilerr! sing pakai soundcard autotune bagai mmg laa x nampak cacat...kt live budak ni sing x sama langsung..kalaun sama pun sorry, x minat suara gini
Quote ashilalat 4-10-2022 07:23 AM
Nanyi kat smule yutiup mmg la kedengaran bagus. Nyanyi atas pentas dgn band dgn okestra, tercirit terus sumbang mambang. Bebudak bbnu masa awal kemunculan pon ambik masa nak catch up dgn muzik live. Even smpai skrg ramai masih x sedap nyanyi live dgn band/okestra live.
Quote Redmyvi 4-10-2022 07:23 AM
Budak zaman skrg ni bnyak yg lawa2.. tapi muka semua jenis comey yg sama jaa.. haha tiber je kn..
Quote makton 4-10-2022 07:26 AM
tak sama pun dgn suara siti. tp suara mcm ni aku tak minat sgt. mcm suara dr hidung.
btw yg dia nyanyi live tu menang ke idokk?
Quote ashilalat 4-10-2022 07:27 AM
red_velvet replied at 4-10-2022 06:51 AM
Suara siti tak exclusive pun.. dari zaman 90an penyanyi2 baru semua berebut2 buat suara siti termasu ...

Cakap pasal.kak kepom teringat lagu ni...annoying sangat dgr vokal kak kepom dalam lagu ni dgn ad lib bertarabur di sana sini ditambah dgn kejap suara falseto sekejap suara biasa dengan sengau nya

Sama tak dgn suara siti?

[youtube]JjK_t549LMs[/youtube]
Quote ketambangkang 4-10-2022 08:14 AM
suara yg sama dgn artis ni setakat buat cover lagu ok la...tp klu buat lagu sendiri takkan ke mana, hilang terus eksklusif kau dik

antara retis yg pernah disamakan suara mcm tokti : lina pompom, intan sarafina, syura, syella kamaruddin
Quote lee_sakura 4-10-2022 08:15 AM
mmg sedap suara budak ni
Quote naina 4-10-2022 08:20 AM
bedahmenjuyah: Tak sama pun. Tp comel lah bud ...


Aku suka la penampilan simple dia
Seluar dia pakai tu jenis apa
Quote casper2022 4-10-2022 08:21 AM
btul zaman siti famous dlu dh ramai artis muncul yg suara akan2 CT. tp totap xleh lawan. last2 semua elok ja bwk stail masing2.
Quote kaoru44 4-10-2022 08:36 AM
Bdk2 skrg ni ramai lah lawa2..makeup or filter xtau la tu..tp mmg ramai cantik2[em:17:]
Quote September14 4-10-2022 08:36 AM
dua_chzy replied at 4-10-2022 04:31 AM
Pondan pun boleh tiru suara Siti. Sapa ingat pondan yang nyanyi lagu di bawah:

Diciptakan seorang i ...

Feri karisma yg gundu tu ke
Quote Siput_Sawah 4-10-2022 08:41 AM
DIK kalau suara kau seperti DCT, baik kau sambung belajar dan cari kerjaya sebab dah berapa ramai penyanyi yg bersuara ala DCT sendu sesendu sendu nye. Harap maklum!!
Quote Idego 4-10-2022 08:44 AM
Lain laa...tak sama pun mcm sore tokti..asalkan boleh je diorg ni.

Lihat semua komen(61)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 11:03 PM GMT+8 , Processed in 0.068337 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top