CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Bak Kut Teh - Sup Herba Bukan Sup Berdaging Khinzir

20-8-2015 04:32 PM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 32317| Komen: 40

Description: Sebenarnya Bak Kut Teh merupakan sejenis hidangan sup berserta daging rusuk yang dimasak dalam herba tradisi Cina. Herba dan ginseng dicampur bukan sahaja sebagai perasa tetapi juga menambah khasiat.


Oleh : TS LOO


Setiap kali sebut pasal Bak Kut Teh, rata-rata orang Melayu mesti mengaitkan hidangan berkhasiat ini dengan binatang larangan dalam hukum Islam iaitu khinzir. 

Ini kerana selama ini maklumat yang diterima oleh orang Melayu adalah Bak Kut Teh merupakan hidangan berdaging khinzir yang menjadi kegemaran masyarakat Tionghua.

Perkataan Cina 'Bak' yang bermaksud daging, sebenarnya adalah sebutan dalam loghat Min-nan atau Hokkien dan loghat Teochew bagi orang Cina yang berketurunan di sekitar selatan China.


Sebenarnya Bak Kut Teh merupakan sejenis hidangan sup berserta daging rusuk yang dimasak dalam herba tradisi Cina. Herba dan ginseng dicampur bukan sahaja sebagai perasa tetapi juga menambah khasiat. 


Pelbagai jenis cendawan sering kali ditambah kepada hidangan dan biasanya dihidangkan dalam mangkuk tembikar Cina. 

Pada masa kini terdapat karung Teh Bak Kut, yang mengandungi semua ramuan yang diperlukan dan boleh didapati di kebanykan pasaraya.  


Ini memudahkan penyediaan Bak Kut Teh. Bak Kut Teh seringkali dijadikan hidangan sarapan, atau makan tengahari.

Bak Kut Teh biasanya menggunakan daging babi sebagai bahan asasnya, namun ada yang menggunakan daging Lembu dan Ayam. 


Bak Kut Teh berasal dari Kluang, Johor dan ia kini ia popular disajikan di sekitar rantau Asia tenggara seperti Singapura, Thailand dan Kepulauan Riau.

Bak-kut-teh telah diperkenalkan kepada Malaysia pada kurun ke-19 oleh perkerja dan buruh kasar berbangsa cina yang berketurunan Hokkien.

Hidangan ini dilaporkan sebagai diet tambahan tidak seberapa kepada kuli pelabuhan dan sebagai tonik untuk meningkatkan kesihatan mereka. 

Orang Teochew datang kemudiannya dan perbezaan utama antara Bak Kut Teh hokkien dan Bak Kut Teh Teochew adalah yang Hokkien mengunakan kicap pekat yang menyebabkan permukaan sup menjadi lebih gelap. 
 
Walau bagaimanapun, 'Bak' di dalam Bak Kut Teh masih mengekalkan sebutan lama "Bak" yang digunakan di selatan wilayah Fujian dan di timur wilayah Guangdong sebelum kurun ke-19.


Jadi, wahai kawan-kawan Melayu sekalian, Bak Kut Teh hanya adalah hidangan sup herba tradisional yang berkhasiat dan sihat.

Apa bahan makanan yang nak diletak semuanya bergantung pada orang yang nak menikmati hidangan tersebut. 

Tidak semestinya kena letak daging, ada juga yang hanya bubuh sayuran dan cendawan khususnya bagi mereka yang mengamalkan pemakanan sayuran atau vegetarian. 




Selain itu, kebelakangan ini terdapat juga hidangan Bak Kut Teh yang halal di sekitar Lembah Klang dengan nama Chi Kut Teh yang menggunakan daging ayam dan Bak Kut Teh berdaging lembu. - CARI Infonet


18

Bagus
15

Marah
10

Terkejut
8

Sedih
19

Lawak
9

Bosan

Friends Rank (79 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Skuau 20-8-2015 05:46 PM
Sodap bebenor bak kut teh ni.....
Quote Themilo 20-8-2015 06:32 PM
Erk. No thanks.
Quote shamsadis 21-8-2015 12:44 AM
sup vavi...ko ubah la bentuk sekalipun tetap sup vavi
Quote lorelai 21-8-2015 08:13 AM
Bak-kut-teh (also spelt bah-kut-teh; Chinese: 肉骨茶; Peh-ōe-jī: bah-kut-tê) is a Chinese soup popularly served in Malaysia and Singapore, where there is a predominant Hoklo and Teochew community, and also in neighbouring areas like the Sumatra, Indonesia and Southern Thailand.

The name literally translates as "meat bone tea", and at its simplest, consists of meaty pork ribs simmered in a complex broth of herbs and spices (including star anise, cinnamon, cloves, dang gui, fennel seeds and garlic) for hours.[1] Despite its name, there is in fact no tea in the dish itself; the name refers to a strong oolong Chinese tea which is usually served alongside the soup in the belief that it dilutes or dissolves the copious amount of fat consumed in this pork-laden dish.

However, additional ingredients may include offal, varieties of mushroom, choy sum, and pieces of dried tofu or fried tofu puffs. Additional Chinese herbs may include yu zhu (玉竹, rhizome of Solomon's Seal) and ju zhi (buckthorn fruit), which give the soup a sweeter, slightly stronger flavor. Light and dark soy sauce are also added to the soup during cooking, with varying amounts depending on the variant - the Teochews version is lighter than the Hokkiens'. The dish can be garnished with chopped coriander or green onions and a sprinkling of fried shallots.
Quote lorelai 21-8-2015 08:14 AM
The Chinese word bak (肉), which means meat (or more specifically pork), is the vernacular pronunciation in Hokkien and Teochew.
Quote lorelai 21-8-2015 08:17 AM
Kt melaka banyak beef bak kut teh.. ttp la geli..  
Quote dondangdendang 21-8-2015 09:17 AM
sedap bak kut teh ni....sup herba yang baik. kalau minum sup ni nescaya badan rasa ringan sikit.... makanan kegemaran husband iols ni.
Quote kejoraria 21-8-2015 10:57 AM
wpun maksudnya bkn daging oink oink...tp aku ttp membayangkan oink oink gak
so xdptlah aku menikmati hidangan bak kut teh ni for whole of my life
Quote Artemesiaa 21-8-2015 11:06 AM
Menarik penjelasannya
Quote rina0602 21-8-2015 11:18 AM
Rupanya..baru tau.
Quote lalanoi 21-8-2015 11:20 AM
Haha still kembang ank tekak ak
Quote @inardni 21-8-2015 12:25 PM
owh...br tau.kalau byk herba memang bagus untuk kesihatan
tp rasa was-was lak
Quote belilies 23-8-2015 07:44 PM
Memang pun tu nama herba. Ntah ummah sesat mana menonong je kata tu bab..

Utk yg muslim, korg cuba beli peket bak kut teh segera ni, daging kambing.. Yg rusuk lah br sedap. Dgn bau dia.. Umphhh pasti tingtong makan!
Quote kambeng_masam 24-8-2015 08:25 AM
alaa....kalau teringin pun buat jelah sendiri..bukan susah nak cari ingredients yg herba2 nya pun kalau kat mesia tu. Buh rusuk lembu.
Quote silampumeja 24-8-2015 10:53 AM
Amik yg elok. Buang yg tak elok.kan senang. Lagipun resipi chinese food slalu sedap dan berkhasiat. Pandai2 lah adjust
Quote olafhul 24-8-2015 11:40 AM
aku bygkan ini sup yang pedas pahit. atau camne rasanya ?
Quote alphawolf 24-8-2015 12:06 PM
Bak kut teh mmg la 'daging' tapi secara umumnya daging babi la...... cikgu aku sendiri cakap zaman sekolah dulu
Quote uniq61 24-8-2015 12:42 PM
SIAPA TUKANG MASAKNYA DAN BEKAS BEKAS MASAKAN TU?WALAUPUN TAK LETAK VAVI PUN AKU TETAP TAK NAK..STOK VAVI LE TU... ADA BANYAK LAGI MAKANAN LAIN SELAIN MAKANAN NI.
Quote aduh2sayang 24-8-2015 01:21 PM
sedap ke..  

Lihat semua komen(40)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 03:46 PM GMT+8 , Processed in 0.068588 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top