CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Benarkah Tidak Pasang Bendera, Belum Cukup Patriotik?

19-8-2015 03:46 PM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 7077| Komen: 24

Description: Adakah benar memasang bendera melambangkan sifat dan semangat patriotik?
Oleh Adib Za

Kurang dari dua minggu lagi Malaysia bakal meraikan Hari Kebangsaan ke-58, dengan tema "Sehati Sejiwa".

Satu soalan untuk anda, sudahkah anda memasang dan mengibarkan bendera Malaysia, di rumah, pejabat mahu pun kenderaan anda?


Jika jawapannya ya, syabas untuk anda. Terbukti anda seorang yang sayangkan dan menghargai negara anda. Namun, bagi mereka yang belum, masih belum terlambat untuk melakukan.

Pernahkah anda mendengar dialog seperti di bawah,

"Anda tidak memasang bendera, maksudnya anda belum cukup patriotik!"


Adakah benar memasang bendera melambangkan sifat dan semangat patriotik? Ini ditujukan lebih-lebih lagi kepada golongan muda yang dikatakan semakin luntur rasa sayang terhadap negara.


Memetik laporan akhbar Kosmo yang menemubual Pengalisis Politik di Jabatan Antropologi dan Sosiologi Universiti Malaya, Dr. Noor Sulastry Yurni Ahmad berkata, sebenarnya kaedah atau cara menonjolkan semangat patriotik adalah subjektif.

Nah, nampaknya ini sekaligus menangkis pendapat mereka yang tidak memasang bendera itu tidak patriotik terhadap negara. 

(Sumber foto: aliexpress)


Dalam pada itu, seorang pengamal media, Wan Erni, 35 berkata banyak cara untuk memupuk dan mengekspresikan semangat patriotik.

"Bagi saya, memperingati jasa-jasa mereka yang banyak berkorban untuk negara dan mengetahui kisah-kisah pejuang lama merupakan salah satu cara terbaik untuk mengekspresikan rasa cinta pada negara," ujarnya kepada Cari Infonet.  

Bagi generasi muda pula, ternyata cara mereka lebih berbeza. Terlalu banyak cara kreatif untuk meluahkan rasa sayang pada negara. Teknologi misalnya, semestinya memainkan peranan yang amat besar dalam membentuk jati diri remaja dan generasi muda.

Anda boleh memanfaatkan kelebihan teknologi melalui laman sosial, seperti menyebarkan mesej-mesej berbentuk patriotik, keamanan dan perpaduan dalam negara.

Akhir sekali, jangan lupa viralkan mesej positif yang membawa kepada keharmonian negara. Dan paling penting, biar semua orang tahu anda berbangga menjadi anak Malaysia! - CARI Infonet

12

Bagus
11

Marah
19

Terkejut
17

Sedih
30

Lawak
26

Bosan

Friends Rank (115 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Skuau 19-8-2015 04:07 PM
Taklah....membawa warga asing yg 'menyumbang' kpd masalah jenayah,sosial dan penyakit,rasuah;salah guna kuasa,tidak amanah,penyelewengan bukan sahaja sgt tidak patriotik mereka juga perosak negara.
Quote ladybird_ 19-8-2015 04:13 PM
Salam sehati sejiwa

Tak terbeli lagi bendera.. sibuk nau.. selalu dah pasang dah kat bumbung kete..
letak depan umah..
Quote jay_07 19-8-2015 04:28 PM
salah satu cara tunjukkan rasa sayang pada negara DEMO! mintak pentadbiran baru yang lebih sayangkan malaysia
Quote Skuau 19-8-2015 04:38 PM
Aku bukan tak nak beli 'Jalur Gemilang'ni.Masalahnye...mereka kenakn GST,kos meningkat,ringgit plak semakin menyusut....koyak aku.....Bkn tak patriotik tau......
Quote epis 19-8-2015 04:46 PM
Tapi bagi saya pula logo sambutan kemerdekaan thn ni tak menarik langsung... huhu....
Quote me_xy82 19-8-2015 04:48 PM
So kalo patriot dpt ape?
Quote SultanSingapore 19-8-2015 05:01 PM
me_xy82 replied at 19-8-2015 04:48 PM
So kalo patriot dpt ape?

dpt kiss dari kak mah la ...
Quote icheseuss 19-8-2015 05:22 PM
Skuau replied at 19-8-2015 04:38 PM
Aku bukan tak nak beli 'Jalur Gemilang'ni.Masalahnye...mereka kenakn GST,kos meningkat,ringgit plak  ...

hahahahaha betul betul betul
Quote Vympel77 19-8-2015 09:10 PM
avatar dah patriotik
Quote CariCari621 19-8-2015 10:05 PM
Tu laaaa .... baru terperasan sesuatu .... hari ni dh 19hb. Ogos, biasenye waktu2 cenggini tiang2 lampu, tiang2 umh dh bkibar Jalur Gemilang, but this time....or maybe sbb xde sape2 nk derma kibar bendera kut.....haha....
Quote batmana 19-8-2015 10:16 PM
menteri sndiri tak patriotik pada negara,
dh mcm2 dikenekan pda rakyat.
pstu sibuk nk suh org patriotik.

gile ke apa?
Quote Mary_jane 19-8-2015 11:11 PM
Aku sampai tak terfikir nak beli & kibar jalur gemilang. Oh dah penghujung bulan kemerdekaan rupanya. Dah makin pudar semangat patriotik segala. :zz
Quote tungkai 19-8-2015 11:24 PM
Semalam ada satu group bagi bendera free kat laluan dari Mida tower ke KL Sentral. Semua yg lalu buat tak tau aje...Aku syak ramai ummah dah fedup dgn situasi sekarang kot..?? Sampai dah takde semangat nak sambung hari merdeka?
Quote seramado 20-8-2015 09:23 AM
tungkai: Semalam ada satu group bagi bendera free kat laluan dari Mida tower ke KL Sentral. Semua yg lalu buat tak tau aje...Aku syak ramai ummah dah fedup dgn ...


yeke...iols br beli bendera smlm...kat mydin
Quote haryatie 20-8-2015 09:29 AM

xde makna nya x pasang@kibarkan bendera di rumah,
pejabat @ kenderaan maksudnya belum cukup patriotik
setakat kibar/pasang..tp perangai & tindakan hazab ... buat apa..
Quote xpdckelate 20-8-2015 09:37 AM
nak bangga tapi ada orang tu memalukan negara,adoyai
Quote biosfree 20-8-2015 09:47 AM
Pasang bendera...utk memeriahkn je....

Nk tau patriotsm...kna tgk lifestyle dia....
Quote lurve82 20-8-2015 09:52 AM
kat area rumah hakak biasa ada yg dh pasg..thn ni suram sgt hakak rasa...adakah mereka dh xpatriotik?
Quote kudajantan77 20-8-2015 09:55 AM
Kalau tak dpt kumpul derma berbiliyun tkyah sibuk nk mengaku patriotik.

Lihat semua komen(24)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 04:59 PM GMT+8 , Processed in 0.080190 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top