CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Group Whatsapp Keluarga? Pengerat Atau Pemusnah Ikatan?

20-8-2015 11:34 AM| Diterbitkan: CARI-SFG| Dilihat: 54091| Komen: 226

Description: Jangan jadikan ia budaya yang memakan jati diri melayu...
Oleh Fyruz Hanna


Kewujudan aplikasi Whatsapp sudah menjadi antara aplikasi terpenting dan diterima semua sebagai medium perhubungan. Sebut sahaja mengenai whatsapp akan membuatkan kita pening memikirkannya. Bagi yang popular, semua group kawan-kawan akan 'invite', sehingga bateri telefon habis dibuatnya.


Senaraikan sahaja group yang kamu ada, pastinya ada group:

-Untuk Ex rakan kerja
-Group kerja
-Group Buddies
-Group housemate
-Group 'kita-kita aje'
-Group Family
-Group Ipar duai
-Group Whatsapp sekolah
-Group Bekas sekolah

Memang tak dinafikan, whatsapp group ini kadang-kadang membuatkan kita senyum sepanjang hari. Ada sahaja gambar-gambar lawak untuk dijadikan bahan ketawa. Namun, tak kurang juga ia medium terpantas dalam menyebarkan sebarang berita (walaupun belum tentu kebenaran berita tersebut). Semudah copy dan paste ke group lain.


Dengan penambahbaikkan dalam teknologi ini, kita dapat nikmati last seen, blue ticks, siapa yang menaip (who's typing) dan sebagainya untuk menjadikan kita lebih peka kepada persekitaran whatsapp.


Namun terfikir kah anda?...

Kewujudan whatsapp group untuk keluarga adakah menjadikan kita lebih erat? 

Saya ambil satu kisah yang berlaku pada seseorang yang meluahkan rasa tidak puas hati dengan kewujudan group khas untuk keluarga yang juga disertai oleh keluarga besar...

Dalam group tersebut ada:

-Ayah, Mak, Adik, Kak Long, Kak Chik, Pak Teh, Pak Lang,
-Ipar duai, anak saudara, menantu
-Cucu, cucu sedara dan anak buah.


Sekali dengar, pastinya kita merasai keakraban keluarga ini dengan segala kaum turunan habis di'invite'nya. Namun dalam kemanisan ini, ada juga kisah tak sedap berkumandang. Oleh kerana whatsapp mengehadkan jumlah orang dalam 100 orang ini menjadikan ianya suatu masalah.

Jadi apa masalahnya?

Masalah kerana lebih 10 orang didalam group sahaja sudah pening, ini pula jika satu group tersebut lebih 50 orang. Dengan berbeza latar belakang, ditambah dengan perbezaan pemikiran, masing-masing berlumba-lumba menjadikan tempat tersebut sebagai tapak meninggi diri. 


Ada yang suka cerita mengenai anak, kejayaan anak. Ada yang suka kongsi kisah percutian mereka disana-sini. Ada pula menjadikan ia medium menyebarkan dakyah politik, mengutuk dan mengeji kerajaan. 

Jika sejam anda tidak membuka whatsapp, notifikasi mungkin boleh mencecah 2000 notis. Begitu aktifnya kumpulan terbabit. Bagi mereka yang baru menyertai keluarga seperti contoh menantu, ipar ataupun ibu tiri. Pastinya kehadiran mereka didalam group tersebut tak lebih seperti 'dayang-dayang' dan 'dalang-dalang' yang hanya patuh dan menjadi 'silent reader'.

Keadaan pasti akan jadi lebih buruk jika perang dalam whatsapp berlaku hanya kerana bergeresan pendapat sebagai contoh hal pusaka. Bayangkan jika bertemu muka tidak pula se-gah bicara seperti dalam whatsapp.


Sudahnya ada yang tarik muka, ada yang benci sehingga tekan butang 'mute' setahun. Ada pula yang tubuhkan group baharu untuk mengutuk kembali. Yang paling drastik, ada yang 'left' group.

Sudahnya, adakah ini yang dinamakan pengerat hubungan?  

Pada penulis, selagi namanya keluarga, selagi kita mengamalkan tatacara Melayu yang kaya dengan budi bahasa, apa jua kemajuan tidak sesekali kita meninggalkan amalan dan amalan hormat-menghormati. 

Walaupun didalam group whatsapp, janganlah kita cepat melatah... hormat-menghomati antara satu sama lain. Jangan jadikan ia budaya yang memakan jati diri melayu...

Semoga ikatan kekeluargaan lebih utuh dengan medium Whatsapp...




*Ini adalah pendapat peribadi penulis sendiri dan tidak semestinya mewakili pandangan CARI Infonet.





21

Bagus
24

Marah
31

Terkejut
15

Sedih
19

Lawak
17

Bosan

Friends Rank (127 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote harkktuih 20-8-2015 11:37 AM
bla bla bla..bosannya topik reputs cari ni..
Quote shamsadis 20-8-2015 11:39 AM
group   mute semua, hujung minggu delete all
Quote batmana 20-8-2015 11:41 AM
masalahnya, org lain tarak ada isu pun,
penulis je keluarga pprt gamaknye,
dpt whatsapp terus keluarga mcm nk berantakan.

bodoh benor..
Quote lindarafee 20-8-2015 11:43 AM
saya dah left grup. menyampah. dlm wasap pos pasal sayang mak lah apalah. tapi semua mengelak nak jaga nenek. drpd sakit hati baik aku left. ko nak kutukpun aku x pedulik. aku x tahu. lantak ko lah
Quote makton 20-8-2015 11:45 AM
sama la grup clan aku.. jenis yg tetibe sepupu sepapat add aku dlm grup besar gini.. tok nenek makcik pakcik anak buah segala semua ada dlm tu. sedangkan grup family sndri yg kecil dah ada dah.. tiap2 ari aku tgk post benda yg sama je.. sembang ntah apa2..

sudahnya aku mute setahun, off notification. agak2 seminggu sekali aku clear conservation. setel.

nak remove grup, takut sedara2 kecik ati. so mereput la aku jd penunggu gua je la kat situ.
Quote AbukRokok 20-8-2015 11:48 AM
byk group masuk.... satu grup beratus notis beribu.... hang hp tak terbaca... memori full dgn gambar whatsap

so left trus semua hati tenang... boleh save movie dan lagu dlm hp
Quote mayaBB 20-8-2015 11:50 AM
kena invite group untuk family besar.. memang tak best.. nk left tak bole sb jaga hati mama je...

eeeeeeeeeeeeee semak ase... borak merapu.. xde life.
Quote mayaBB 20-8-2015 11:52 AM
makton replied at 20-8-2015 11:45 AM
sama la grup clan aku.. jenis yg tetibe sepupu sepapat add aku dlm grup besar gini.. tok nenek makci ...

faham sangat perasaan tu... tak de care ke nak buat eh...
nanti kalau da kawin... kelarga belah hubby pulak...
tolongg la....
Quote missDollie 20-8-2015 11:53 AM
eh wartawan cari..sendu la ko ni..topik ni forumer dah buka thread pun kat FD nun..

http://mforum.cari.com.my/forum. ... &extra=page%3D2
Quote dragger 20-8-2015 12:08 PM
STONER replied at 20-8-2015 12:02 PM
abg pun nyampah banyak gerup.. kadang2 datang pening, selalu salah send gambar maria ozawa tengah ma ...

kemas betul rambut stoner


Quote milo_888 20-8-2015 12:10 PM
missDollie replied at 20-8-2015 11:53 AM
eh wartawan cari..sendu la ko ni..topik ni forumer dah buka thread pun kat FD nun..

http://mforum ...

Akak tak masuk FD... hik hik..

Akak dah lama x masuk whatsapp group... semua akak leave group kecuali satu atau dua..  banyak sembang kosong, merapu, menceceh... gaduh2 takde la... taktau la lepas akak leave dorg gaduh..

Aman hidup akan tanpa news feed tak rasmi yang membuang masa... juga tanpa images yang memenuhkan memory..

Bukan hanya setakat group, individual pun akak block je kalau suka share nonsense n forward msg tak berfaedah..

You must have full control over your life including who's in it...
Quote makton 20-8-2015 12:27 PM
mayaBB replied at 20-8-2015 03:52 AM
faham sangat perasaan tu... tak de care ke nak buat eh...
nanti kalau da kawin... kelarga belah  ...

so hidup la ko sebagai penunggu gua utk smua grup tu. bertabah la nok!


Quote melia_star 20-8-2015 12:31 PM
aku bahagia je grup adek badek aku 6 org + mak aku....walau kdg2 terlepas pndang xdelah nk putus silturrahim pun....
Quote wanitajelita 20-8-2015 12:33 PM
aku LEFT whatsapp group family since mak aku hencap aku bila bgtahu aku ada boifren non Muslim. punyalah berceramah mcm lah Melayu ni syumul sangat. yg anak lelaki goyang telor je tak reti2 nak nasihat mak sendiri
sebelum insiden tu lg dah bengang dok asyik paste psl menutup aurat.. tak lain tak bukan tujukan kat aku lah kan... same goes to WS yg kawan aku invite dgn budak2 bujang. tak leh blahh bila diorang cakap gempa bumi kat sabah disebabkan ada mat salleh bogel.. sial kan? aku mencelah ar, "klu mcm tu tak payah ada jabatan geologi kementerian alam sekitar mahupun saintis yg buat kajian.. pasni kalau ada bencana alam terus je cakap ada maksiat?? so KL ni takde bencana alam pun tapi sarang maksiat berlambak apa citer??"

"KL tu musibah dia lain" dijawabnya... so bodoh... tetiba kan?

since left semua WS ni hidup aku lebih tenang... memori hp pun tak berat



Quote musangcomel 20-8-2015 12:34 PM
STONER replied at 20-8-2015 12:02 PM
abg pun nyampah banyak gerup.. kadang2 datang pening, selalu salah send gambar maria ozawa tengah ma ...

kena plak klu salah post kat group family yg ada pakcik makcik, nenek, atuk, ipar duai segala kan bang
biru muka kat situ

Quote hzln 20-8-2015 12:35 PM
grup famili saya aman2 adja
masing2 pun dah besar panjang, tau bila nak berbunyi, tau bila nak diam
kita tau jaga perasaan orang, orang tau lah jaga perasaan kita
cth dlm hal politik
walo macam2 fahaman politik
kalu tegar bn menceceh, tegar pr diam
bila tegar pr menceceh, tegar bn diam
yg berbunyi dan menyahut dlm kedua2 situasi..puak lalang
Quote kelip2_07 20-8-2015 12:35 PM
dlm family wasap aku..sume adik bradik aku jer..dan kak ipar sorang..ipar2 laki xde..aman ckit..dan itu satu2nye group wasap yg aku ade..mls nk byk2..wat semak jer
Quote mayaBB 20-8-2015 12:45 PM
STONER replied at 20-8-2015 12:02 PM
abg pun nyampah banyak gerup.. kadang2 datang pening, selalu salah send gambar maria ozawa tengah ma ...

penah jugak dapat gmbr mengarut a.k.a lucah dari pakteh.. bila semua orang tanya... pakteh cakap.. anak die main phone..

huhu mushkil jeee... itula.. banyak sangat dan x off notti memang la mcm tu

Quote mayaBB 20-8-2015 12:47 PM
wanitajelita replied at 20-8-2015 12:33 PM
aku LEFT whatsapp group family since mak aku hencap aku bila bgtahu aku ada boifren non Muslim. puny ...

kan... selalu juga dapat dari makcik2.. mentang2 dorang btudung lutip.. anak semua elok... eeeeeee geram, tak payah angkat sangat anak tu.. kite tak tau dunia ni bulat.. huhu

Lihat semua komen(226)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 01:20 PM GMT+8 , Processed in 0.057673 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top