CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Bayar Tol Di "Highway" Tapi Masih Sesak

18-8-2015 06:31 PM| Diterbitkan: CARI-IIN| Dilihat: 13382| Komen: 46|Original author: CARI-IIN

Description: Sering kali kita mendengar rungutan pekerja yang datang lambat. "Maaf bos, jem la" "Adoi, terlepas flight! Jem punya pasal lah ni". Setiap hari, saban tahun ...
Oleh Izzah Abbasy

Sering kali kita mendengar rungutan pekerja yang datang lambat. "Maaf bos, jem la" "Adoi, terlepas flight! Jem punya pasal lah ni". Setiap hari, saban tahun mengapa ia masih berterusan? Jika nak kata pengguna tidak membayar cukai jalan, hari-hari pergi balik bayar di tol tu apa? Pasti menjadi persoalan apabila masalah kesesakan di lebuhraya tidak dapat diatasi sehingga hari ini.  



Laporan mendedahkan bahawa rakyat Malaysia menghabiskan masa selama dua jam setiap hari bagi mengalami kesesakan ini. Sudahlah hari-hari wajib membayar tol, tetapi masalah lalu lintas masih sama. Ia bermakna tidak relevan bagi pengguna lebuhraya membayar tol. Untuk apa sebenarnya tol dicipta? Tol digunakan bagi membiayai pembinaan dan penyelenggaraan jalan tersebut. Maka jelaslah pengguna membayar tol adalah untuk melalui jalan yang selesa dan cepat sampai ke destinasi. Tetapi ini sebaliknya, pengguna terpaksa menempuh ketidakselesaan ini sepanjang tahun.



Jika pertambahan penduduk di bandar dan peningkatan penggunaan pengangkutan sendiri menjadi punca kesesakan ini, ia bukanlah jawapan yang tepat. Setiap kali kesesakan berlaku, di mana pihak berkuasa? Sebagai contoh, pihak PLUS. Berapa lamakah pihak PLUS akan mengambil tindakan untuk menyelesaikan masalah kesesakan ini? Ya, banyak jalan alternatif telah dibina dan penyelenggaraan jalan telah menyebabkan kesesakan berlaku. Oleh itu, pihak PLUS seharusnya peka dan bijak atasi kesesakan ini.



Terdapat pelbagai faktor penyebab kesesakan ini berlaku selain penyelenggaraan jalan raya.

1) Peningkatan Jumlah Kenderaan

Malaysia merupakan antara negara yang mempunyai jumlah pendaftaran kenderaan yang tertinggi di dunia dengan kira-kira 700,000 kenderaan baharu setiap tahun. Pembinaan jalan raya di sini tidak dapat bersaing dengan pertumbuhan yang pesat ini.

2) Pemandu Tidak Berhemah

Memandu pada kelajuan yang tidak sesuai. Buktinya, rata-rata yang menjadi 'pendahulu' memandu perlahan seperti bersiar-siar. Sedangkan di hadapannya tiada kereta dan penyebab kereta-kereta di belakangnya turut perlahan. Yang disangkakan ada kemalangan di hadapan, rupanya memandu perlahan bukan pada tempatnya. Sekaligus ia diibaratkan, "tumpah nila setitik, rosak susu sebelanga". Pasti kesesakan berlaku jika perkara ini berulang.

3) Kemalangan

Sebut perihal kemalangan jalan raya, ia tidak perlu disangkalkan lagi. Rakyat Malaysia sangat prihatin apabila kemalangan berlaku. Buktinya, kesesakan yang teruk akan berlaku setiap kali kemalangan. Mana tidaknya, semua nak jadi wartawan segera dan melihat apa yang berlaku.

Walaupun terdapat pengangkutan awam, ia tidak dapat menampung mereka yang menggunakan perkhidmatan ini kerana berebut dengan warga asing yang turut sama menjadikan pengangkutan awam sebagai pengangkutan utama. Tidak semua rumah, tempat kerja atau pejabat berdekatan dengan stesen pengangkutan awam. Oleh itu, memilih untuk menggunakan perkhidmatan awam ini untuk mengelakkan kesesakan jalan raya sudah tidak relevan lagi.

Kajian terperinci harus dilaksanakan segera oleh pihak PLUS. Bertindak bijak untuk menyelesaikan kesesakan daripada berterusan. Sehingga bila pengguna nak hadap kesesakan ini?

Realitinya, lebuhraya atau jalan yang mempunyai tol adalah lebih sesak berbanding jalan-jalan percuma yang terdapat di Malaysia. Fikirkan. - CARI Infonet


18

Bagus
16

Marah
25

Terkejut
24

Sedih
25

Lawak
23

Bosan

Friends Rank (131 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote umie 18-8-2015 06:53 PM
Hiway2 yg ada kat Malaysia ni bukan sume PLUS yang punye..nape sume tala kat PLUS jer
Quote primemova 18-8-2015 06:56 PM
Highway yg paling juara bab jem teruk ialah LDP!

LDP ni patut tak payah tol mcm MRR2
Quote syafarah_2k 19-8-2015 12:45 AM
Depa kira apa..janji ari2 dpt kutip duit tol...lantaklah rakyat jam berejam2 pun kt highway nuh
Quote alien3d 19-8-2015 02:14 AM
primemova replied at 18-8-2015 06:56 PM
Highway yg paling juara bab jem teruk ialah LDP!

LDP ni patut tak payah tol mcm MRR2

ldp 2 lebuhraya ke ? rasa tak patut.. .. sebab kalau jalan nak pintas ada jauh..  pernah lalu kinrara tiba tiba keluar ke menara..gara2 waze.
Quote tepisket.. 19-8-2015 02:19 AM
Ha! Sokong sgt, LDP tu bukan sejenis tol ye. Apa bende la buat tol celah rumah org eh? Lpas tu kalo jalan dia cantik x pe jugak. Xde pulak nak tar tebal sikit ke kasi sedap jalan. Tapi hari2 cekik duit org.
Quote myjieja 19-8-2015 02:45 AM
primemova replied at 18-8-2015 06:56 PM
Highway yg paling juara bab jem teruk ialah LDP!

LDP ni patut tak payah tol mcm MRR2

yup btol tu...ldp juara jem...nasibla bkn jln aku pegi keje..sekali sekala jek lalu...sblm tol x bgerak..lps tol pun same..siap leh sembang ngan pekeje tol tuh...aku tanye la ade accident ke kt depan...pekeje tu jwb..x de  accident..mmg hari2 jem mcm ni..huhu...pitammm...kalo laluan aku gi kje tiap hari......
Quote Orix 19-8-2015 03:04 AM
tol kek soromban plg takleh hadam klau jammed.. jalan punya lebar, waktu pjabat n time cuti umum, jammed mcm ape.. kadg2 jammed sebab apa pn xtau... lg 1, org malaysia ni pelik iols, sanggup guna lorong tunai instead of touch n go or smart tag.. kereta punye la mewah, drive mcm org gila, last2 end up beratur kt lorong tunai.. nak cepat sgat len kali beli touch n go laaa.. kt IC pn skang dh ad TnG kalo sengkek sgat... kadg2 org yg beratur kt lorong tunai tu yg buat jammed...
Quote gaara_X 19-8-2015 07:30 AM
renung²kan........dan selamat beramal...
Quote delcol87 19-8-2015 10:46 AM
syabbas bettey muahabat karegaa.
Quote lkick2113 19-8-2015 10:50 AM
sebenornya kereta dah banyak kat jalan, dan rakyat pun dah bertambah.....diburukkan lagi oleh ketidakcekapan public transport.... tu la yg sebab jem....kalau tambah 50 highway sekali pun kalau rakyat makin bertambah public transport lemah tak guna jugak.....
Quote BlueRose99 19-8-2015 10:52 AM
Tiap2 pagi Tol Batu 3 jam.. dr arah Shah Alam ke Kuala Lumpur kt Federal Highway tu mmg jam gilak! Kesian kt kawan2 yg keja KL. Nasib baik Hakak dok KL keja Shah Alam.. kira menentang arus!
Quote dino 19-8-2015 10:53 AM
Orix replied at 19-8-2015 03:04 AM
tol kek soromban plg takleh hadam klau jammed.. jalan punya lebar, waktu pjabat n time cuti umum, ja ...

ntahnya gigih gak kat lorong tunai....
ni mcm zaman naik lrt dulu.... dah tahu beli tiket hari2 gigih gak p kaunter
Quote biozipstar 20-8-2015 08:48 AM
BlueRose99:   Tiap2 pagi Tol Batu 3 jam.. dr arah Shah Alam ke Kuala Lumpur kt Federal Highway tu mmg jam gilak! Kesian kt kawan2 yg keja KL. Nasib baik Hakak dok  ...


hahaa.. betul tu kak! saya kalau ade meeting gi kl.. paling rasa nak nangis sebab jem ya hampunnn ke federal tu !! duduk shah alam.. rugi je bayar tol... !!
Quote idadzira 20-8-2015 10:44 AM
mana x jem jalan 3 lorong masuk area tol jadi 10 lorong....lepas keluar tol jadi 3 lorong balik.....lepas tol je berebut2 kereta nak masuk lorong balik.....

Quote fuzzyfuzzy 20-8-2015 10:49 AM
kat smart tunnel pon sama je pepagi time nak gi keje...
bayar RM2...jem melekat dalam tu...
streeeesss jer...
Quote Hessa 20-8-2015 11:06 AM
lkick2113 replied at 19-8-2015 10:50 AM
sebenornya kereta dah banyak kat jalan, dan rakyat pun dah bertambah.....diburukkan lagi oleh ketida ...

yer..betul..itu punca utamanya..


Quote tightcherry 20-8-2015 11:13 AM
Mg rugi byr tol.. Tp hadap jem..tlg mansuh tol
Quote myoujin 20-8-2015 11:15 AM
Banyak punca jalan jem sebab exit tah hape2.. Contoh kat ampang..
Quote nuralisa 20-8-2015 11:54 AM
selalu dekat tol sbb bottleneck traffic...  masing2 x mo mengalah bg laluan..

Lihat semua komen(46)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 09:43 AM GMT+8 , Processed in 0.056830 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top