CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Polis Pengiring Potong 'Double Line' - "Mati Pun Takpe Janji Kayangan Selamat Sampai"

3-8-2022 10:13 PM| Diterbitkan: Lilrose| Dilihat: 3083| Komen: 10|Original author: LilRose

Description: Tular video di Twitter beberapa hari lalu menunjukkan kenderaan polis pengiring memotong garisan berkembar dalam kejadian di Jalan Gua Musang-Kota Bharu.
Tular video di Twitter beberapa hari lalu menunjukkan kenderaan polis pengiring memotong garisan berkembar dalam kejadian di Jalan Gua Musang-Kota Bharu.


Kredit foto: Twitter

Rakaman kamera papan pemuka (dashcam) itu mencetuskan kemarahan netizen yang tidak berpuas hati dengan tindakan kenderaan terbabit yang dilihat membahayakan pengguna jalan raya.


Kredit foto: Twitter


Bagaimanapun, respons dan alasan diberikan pihak polis mengeruhkan lagi keadaan apabila mendakwa kenderaan pengiring, dua trak tunda dan pikap berkenaan sudah mengikut peraturan ditetapkan.

"Kenderaan berkenaan juga sudah memberi amaran dan peringatan dengan membunyikan siren dan lampu kecemasan kepada pengguna jalan raya.

"Pengguna jalan raya perlu memberi kerjasama dengan memberi laluan atau berhenti bagi mengelakkan keadaan tidak diingini.

"Sebenarnya, berlaku kekeliruan dalam kalangan orang ramai. Kenderaan pengiring ada peraturan dan mereka tidak boleh berhenti sewenang-wenangnya kerana sudah memberi siren dan amaran kepada pengguna jalan raya,” kata Pemangku Ketua Polis Kelantan, DCP Datuk Muhamad Zaki Haji Harun ketika sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan di sini pada Rabu minggu lepas.


Kredit foto: FB

Ekoran kenyataan itu, warganet mempertikaikan tindakan pihak polis yang seolah-olah menegakkan benang yang basah.



Kredit foto: Twitter

"PDRM cakap mereka dah ikut peraturan, kalau mati pun tak apa. Janji kayangan selamat sampai," antara komen netizen. - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote MissVixen 3-8-2022 10:57 PM
Ok la situ ada bahu jalan. Kalau kau dapat jalan yang bahu jalan pun tinggi dan berlubang, lagi nak paksa orang ketepi???? Vip2 ni walaupun  ada pengiring, majlis penting tetap sampai lambat.
Sial betul perangai.

Haritu ada acara berbasikal apa entah, ikut jalan kampung yang sempit, yang bawak basikal gemuk, tua bangka pakai baju ketat. Bawak basikal perlahan gila.... Panjang gila lori, kereta yang ikut belakang basikal2 tu. Polis siap iring depan, belakang, tepi. Yang bawak basikal tu polis pencen pangkat besar ke?? menyusahkan orang.
Quote sharlenetexas 3-8-2022 11:03 PM
Siapa yg di escort ni?


Quote Mini.Me 4-8-2022 07:14 AM
Dah bunyi siren n lampu amaran ingat org dari depan dengar ke...lg plak siang hari mane nak nmpak lampu tu...dengan tgh laju nye lagi dua² hala...lain laa kat traffic light or simpang tgh berhenti...b**oh
Quote Mini.Me 4-8-2022 07:15 AM
sharlenetexas replied at 3-8-2022 11:03 PM
Siapa yg di escort ni?

Escort towing 2biji angkut kereta mewah tah sape punye
Quote bulalof 4-8-2022 07:45 AM
kata nak hentikan khidmat escort vip ni?
Quote syamzana 4-8-2022 08:01 AM
Mini.Me replied at 4-8-2022 07:15 AM
Escort towing 2biji angkut kereta mewah tah sape punye

lorrr towing pun nak escort ke? ada org ke dlm kete atas towing truck tu?
bingai
Quote Mini.Me 4-8-2022 08:09 AM
syamzana replied at 4-8-2022 08:01 AM
lorrr towing pun nak escort ke? ada org ke dlm kete atas towing truck tu?
bingai

Tah la nyah...meols taktau...nah video

https://fb.watch/eGNPDa7vuG/

Tapi ada baca komen katanya kereta payung kuning negeri teh tarik
Quote kakigebang 4-8-2022 09:36 AM
polis pengiring dan kayangan yg diiring kalau korang nak mati bunuh diri je jgn nak bubuh org lain yg tak bersalah betul...pundek
Quote nipskacang 4-8-2022 09:46 AM
Jalan ni jugak la kiteorg kene, jalan aku kena tu belah bwh tu dh gaung okay, polis escort babi ni duk hon2, kau bole saba jap tak tgu jalan besar sikit kau nk lawan arus pon aku xkesah. Babi sgt, tgk2 kat depan sikit polis escort ni accident. Sorry not sorry, aku gelak je.
Quote Firenzza 4-8-2022 05:00 PM
Yg vip nih pun 1 klau dh tahu ada event knp x kuar subuh2 buta lg. Agaknya klau diorg naik flight, pilot katebang pun kena delay jg ke?

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 03:04 PM GMT+8 , Processed in 0.354119 second(s), 38 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top