CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Kenapa Jadi Baik Buat Diri Saya Terluka?"-Amelia Handerson

2-8-2022 05:21 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4708| Komen: 15

Description: Aktres dan model jelita, Amelia Henderson seolah-olah memberi bayangan tentang status hubungan cintanya dengan Aedy Ashraf yang dikatakan sudah berakhir.
Aktres dan model jelita, Amelia Henderson seolah-olah memberi bayangan tentang status hubungan cintanya dengan Aedy Ashraf yang dikatakan sudah berakhir.

Amelia atau nama sebenarnya, Amelia Thripura Henderson memberitahu dia telah mencuba melakukan yang terbaik namun akhirnya dilukai.

“Why is it that trying to be nice and do the right thing only ever gets me hurt? (Mengapa mencuba untuk menjadi baik dan buat benda yang betul hanya membuatkan diri saya terluka?),” ciap Amelia menerusi Twitter.

"Kenapa Jadi Baik Buat Diri Saya Terluka?"-Amelia Handerson
Foto: IG


Dalam pada itu, pelakon yang cukup dikenali menerusi drama rantaian, Kisah Cinta Kita itu mendedahkan, dia sudah letih untuk terus berpura-pura.

“Sick of pretending (penat nak berpura-pura),” ciap Amelia, 27.



Biarpun tidak menujukan ciapan tersebut kepada mana-mana pihak secara spesifik. Status tersebut turut menuai perhatian ramai sehingga ada yang mengirimkan kata-kata semangat agar segala urusan Amelia dipermudahkan.

Pelakon yang cukup dikenali menerusi drama rantaian, Kisah Cinta Kita itu bagaimanapun masih memilih pendekatan mengunci mulut tentang spekulasi putus cinta yang sedang diperkatakan. 



Terdahulu, Kosmo! melaporkan hubungan percintaan pasangan hero heroin drama bersiri Kisah Cinta Kita itu seperti dilanda masalah berikutan luahan berbaur patah hati Aedy menerusi Twitter.

“Mungkin betul kata mereka, sesetengah orang hanya ditakdirkan untuk berada dalam hidup sebagai kenangan”, tulis Aedy dalam akaun Twitternya.


Lebih menguatkan spekulasi perpisahan mereka apabila ada pengikut yang mempersoalkan tindakan masing-masing yang sudah saling tidak mengikuti satu sama lain dalam Instagram.

Dalam hantaran lain, Aedy atau nama lengkapnya Mohammad Addy Ashraf Rosmadi turut memuat naik emoji bunga layu, seperti menggambarkan ‘Renjana’ (panggilan Aedy kepada Amelia) yang kini dipercayai menjauhkan diri.



Ciapan tersebut dibanjiri dengan pelbagai reaksi netizen yang rata-rata kecewa seandainya hubungan mereka benar-benar sudah berakhir.

Sebelum ini pada 27 Mac lalu, kecoh dalam media sosial apabila tular video memaparkan Aedy melutut melamar Amelia sebagai kekasih hatinya di sebuah acara festival makanan di Bukit Jalil.


Sekitar tahun 2018, Amelia mengesahkan sudah bercerai dengan bekas suami iaitu Tunku Harunnarasheed Putra. Dia bagaimanapun tidak berkongsi lanjut tarikh dan punca perceraiannya. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote lattehazelnut 2-8-2022 05:30 PM
Sekali keluar drama baru amy dgn si rempit tu..
Quote jatiarjuna 2-8-2022 05:37 PM
dorang ni boleh la kalau nk berlakon sama2..tp kalau nk bercouple in real life mcm tak kena..tahh la..nk2 mcm langit dgn bumi..just my doplohsen jahhh
Quote Lavender_Violet 2-8-2022 05:44 PM
Cinlok jek depa ni...
Quote rantaikendoq 2-8-2022 05:58 PM
samaje selera melayu kerabat kaya ni,
benda2 mcmni la buatkan mualaf atau org luar pandang Islam tak cantik
awat suami2 tak reti mendidik isteri elok2 ke
melayu vvip ni tahu cari apam lengang sajake....
Quote Hoshhi 2-8-2022 06:12 PM
KCK2 dh x jd. Sbb amelia bakalan disaman. Jd blh dh stop gimik or marketing yg dorg ni couple
Quote Hoshhi 2-8-2022 06:12 PM
Double posttt
Quote reporter_kalut 2-8-2022 06:15 PM
Cheap sale gimmick
Quote mesmerize 2-8-2022 06:30 PM
Hoshhi replied at 2-8-2022 06:12 PM
KCK2 dh x jd. Sbb amelia bakalan disaman. Jd blh dh stop gimik or marketing yg dorg ni couple

siapa saman sheols? A Aida ke? ooo patut la dan2 je putus.. tak jadi rupanya Kisah Cinta Kita 2
Quote I.K.A888990 2-8-2022 06:44 PM
kawen je la ko ngn aedy tu
letih tgk
Quote akuHavocczz 2-8-2022 06:55 PM
Dua dua kaki merempan ke ghupenye?
Quote anilanil 3-8-2022 12:34 AM
Edited by anilanil at 3-8-2022 12:57 AM

Takpe, dy...kemut ada. Anyways, amende yg pretending? Selama ni mana ada amy keluar statement/PDA dgn aedy pon. I like amy but the only thing yg i nampak mcm pretending is to be a muslim. Convert da lama tapi hidup masih lalai, cuai & sia2. Berapa lama nak buat kuku? Byk mana lagi nak bertatoo? Jgn terpedaya dgn usia muda. Berhati baik, berhati mulia tidak bermakna tanpa amal ibadah. (Stazah mode)
Quote reporter_kalut 3-8-2022 01:30 AM
Jangan lupa tayangan kisah acik2 kepam forum di KLMEDIA portal dan YouTube nanti. Kita tengok acik kepam mana nak jln dulu.. Misi kami selak org yg suka menyelak..
Quote Cpkay 3-8-2022 11:52 AM
27 dah ya ?ingat around 22-23 camtu umur dia ni .  
Quote vee_zara 3-8-2022 12:59 PM
Kadang kesian betul dengan Amelia ni. Muka cantik body pun elok tp masih tak bertuah dlm perhubungan. Sometimes kena reflect diri tu balik kot
Quote hallids 11-1-2024 11:22 AM
Awesome, would you consider using my music for free? Keep up the good work!  You'll slam into spikes, get chomped by pixelated monstrosities, and plummet into oblivion with the grace of a drunken penguin in geometry dash lite

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 07:41 PM GMT+8 , Processed in 0.140832 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top