CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Fizi Ali Tukar Stesen Bukan Sebab Duit, Mengaku Salah Tinggalkan Suria FM Secara Mengejut

2-8-2022 05:01 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4449| Komen: 33

Description: Enggan mengeruhkan lagi keadaan, penyampai radio Fizi Ali mengambil keputusan untuk tidak mengulas lanjut mengenai tindakannya meninggalkan Suria FM pada saat-saat akhir.
Enggan mengeruhkan lagi keadaan, penyampai radio Fizi Ali mengambil keputusan untuk tidak mengulas lanjut mengenai tindakannya meninggalkan Suria FM pada saat-saat akhir.


Fizi atau nama sebenarnya Mohd Hafizudin Alimudin, 33, berkata dia sudah membuat permohonan maaf kepada semua rakan penyampai di Suria sebelum memulakan tugas di Hot FM pada Selasa.

Foto: IG

"Saya tidak mahu komen apa-apa tentang perkara itu. Cuma saya mahu berterima kasih kepada majikan lama. Saya sayang mereka. Suria FM yang memperkenalkan nama saya kepada pendengar.

"Saya tidak pasti jika pihak sana masih lagi terkilan. Apa yang pasti, saya sudah pun meminta maaf pada semua. Sepatutnya tidak perlu ada apa-apa isu," katanya.


Sebelum itu, Pengurus Besar Suria FM iaitu DJ Lin meluahkan rasa kecewa dengan keputusan yang diambil oleh Fizi dan tindakannya itu menyebabkan kerugian kepada stesen radio di bawah seliaannya.



Ini kerana mereka sudah merangka pelbagai program promosi yang menyebabkan syarikat kerugian puluhan ribu ringgit.

Dalam pada itu, Fizi turut mengakui kesilapan diri apabila meninggalkan Suria FM secara mengejut dan berharap isu ini diselesaikan sebaik mungkin.


"Saya akui tinggalkan Suria secara mengejut adalah satu kesilapan. Sebelum berpindah saya dah minta maaf kepada semua dan mohon restu untuk mulakan tugas di tempat baharu.

"Saya tidak pergi begitu sahaja. Syukur masing-masing merestui penghijrahan saya dan anggap isu tersebut telah selesai," jelasnya.

Sementara itu bercakap tentang keputusannya untuk berpindah ke Hot FM, kata Fizi ia bukan semata-mata kerana wang namun mahu mengembangkan potensi kerjaya sebagai seorang pengacara.



"Kalau kata saya seorang yang tidak setia, saya tidak akan kekal selama enam tahun di sana (Suria FM).

"Saya berhijrah bukan disebabkan bayaran semata-mata, tetapi kerana banyak peluang yang ditawarkan untuk serlahkan lagi nama Fizi Ali. Perkara itu yang membuatkan saya tekad untuk berpindah kerja," jelasnya. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote laksmanabentan 2-8-2022 05:14 PM
best sgt ker mamat nih?

mmg kat Suria FM takde kontrak ker camna tu?
boleh bila2 resign dan bla ker camna?
Quote Lavender_Violet 2-8-2022 05:16 PM
Kata tak mo ulas tapi tetap lah mcm2 dikomennya
Tapi betul jugak...Suria FM tak associate dgn mana2 stesen TV
Unlike HotFM under Media Prima
So mmg peluang mengembangkan sayap sbg pengacara lebih besar kat HotFM
All the best Fizi
Quote fadz84 2-8-2022 05:34 PM
laksmanabentan replied at 2-8-2022 05:14 PM
best sgt ker mamat nih?

mmg kat Suria FM takde kontrak ker camna tu?

biasa2 je.. antara tiga penyampai segmen pagi tu dia ni yg plg ntahapa2.. kadang ckp merapu.. ok la suraya & ajak je yg tinggal..
Quote sayangselasih 2-8-2022 05:41 PM
meols kalo bab heols dgn ex bini heols, meols mmg sapot ex bini heols hundred percent. tapi suara dia sebenarnya mesra pendengar dekat radio. belum cukup bingit. masih bole hadap. meols looking forward nak dengar heols dekat hot fm
Quote jatiarjuna 2-8-2022 05:48 PM
ni keje main2 ke cmne xde bg notis ape2 ke
Quote Tembikaigoreng 2-8-2022 07:00 PM
Skrg nie memang xde talent baru ke sampai kena ambik penyampai radio lain?? Pusing² itu jugak
Quote mrsamz 2-8-2022 07:06 PM
Skang ni yg jadi dj semua talent dari program reality n pelawak2 je..tak real talented la sbnrnya pun kan
Quote timah03 2-8-2022 07:12 PM
laksmanabentan replied at 2-8-2022 05:14 PM
best sgt ker mamat nih?

mmg kat Suria FM takde kontrak ker camna tu?

Ada contract... Tapi fizi punya contract dah nak tamat... So, dia tak sambung... Join hot fm...
Yg si dj lin tu pula wat tour... Pasang banner segala libat kan gambar si fizi ni..
Yg contract dia tak renew pun...lepas tu meroyan kena rombak balikkkk...
So, conclusion nye salah management laaaaaa....
Gitewww...
Quote sleepandream 2-8-2022 07:27 PM
timah03 replied at 2-8-2022 07:12 PM
Ada contract... Tapi fizi punya contract dah nak tamat... So, dia tak sambung... Join hot fm...
Yg ...

khenn... bukannya heols blah masa dalam kontrak lagi...
yg plan pegi buat tour tarikh lepas kontrak heols tamat sape suruh tak panggil heols renew dolu....
bukannya heols keje by project
Quote apikwaeh 2-8-2022 09:05 PM
Dah semakin panas nmpknya.. Shahrol shiro mcm jadi batu api nak lagakan DJ lin dan Fizi Ali dgn kes heols yg kena buang sebab masalah disiplin

Datang Ajak komen kat ig shahrol. Tapi iols x smpt ss
Quote apikwaeh 2-8-2022 09:16 PM
sleepandream replied at 2-8-2022 07:27 PM
khenn... bukannya heols blah masa dalam kontrak lagi...
yg plan pegi buat tour tarikh lepas kontra ...

Apa yg iols faham beberapa hari nak report kat hotfm baru DJ lin tau.
Program jelajah suria memang dah set awal2. Untuk iklan, panggil MUA, wardrobe, stylist, poster tampal kat bus, flyers dah set since jun.

Ini kenyataan Dj lin..
"Kami ada duduk berbincang dengan dia untuk dia stay. Tapi dia beritahu tidak dapat berbuat demikian kerana akan mula bertugas di stesen baharu bermula esok. Tetapi dia beritahu tidak dapat berbuat demikian kerana akan mula bertugas di stesen baharu bermula esok.

"Jujur saya langsung tiada niat nak sekat atau halang dia untuk pergi mana-mana. Kontrak dia bersama kami pun sudah tamat dan kami sudah menawarkan kontrak baharu kepadanya.

"Dia nak pergi mana pun tak mengapa. Cuma, isunya di sini kenapa tidak beritahu sejak dari awal lagi. Kenapa lagi beberapa hari nak habis kontrak baru beritahu dapat kerja di steten lain sedangkan kerja-kerja promosi untuk Jelajah 90 Suria sudah hampir 100 peratus siap,," katanya.

Bila Fizi blah gitu mestilah kena reshoot. Kalau dah ada hati nk pindah tmpt lain kan senang bagitau awal2 so mngmt boleh exclude heols dari buat iklan semua tu
Quote makciktijah 2-8-2022 09:28 PM
tadi bukak kejap hotfm dgr fizi ngan fad tu boleh tahan la. tak bingit. dulu masa fad kat era ngan dina, rasa nak penampo je si fad.

apapun makcik tetap rindu Jawa Rangers petang-petang balik keje dulu.
Quote Mary_jane 2-8-2022 09:54 PM
Tak lama lagi dia keluar lah kat Muzik2 tu. Atau Melodi. Kalau bijak sikit ada lah kat WHI.

Oh Haziq pun dah keluar HotFM rupanya. Tapi dia memang boring pun.
Quote HuoJingJue 2-8-2022 10:16 PM
timah03 replied at 2-8-2022 07:12 PM
Ada contract... Tapi fizi punya contract dah nak tamat... So, dia tak sambung... Join hot fm...
Yg ...

yg tour gi kontan tu la yek...misscomunication la neh
Quote kembarsiti 2-8-2022 10:27 PM
Kalu die nak kembangkan lagi kerjaya dia mmg seharusnya die ke hotfm la... Rela lagi ngadap muka fizi ali dari haziq sengih kalau masuk tv jadi host mane2 pgram. Sorry terjujur
Quote kembarsiti 2-8-2022 10:32 PM
Management la yg salah. Dah tahu prgram jelajah bagai tu kene shoot semua, make sure dj time tu semua dah renew kontrak, dj baru dah confirm kontrak yada yada barulah proceed utk advertising. Bende xde hitam putih DJ kalau nak blah, die blah je x risau nak kene saman ke ape...
Quote rayray28 2-8-2022 10:35 PM
apikwaeh replied at 2-8-2022 09:16 PM
Apa yg iols faham beberapa hari nak report kat hotfm baru DJ lin tau.
Program jelajah suria meman ...

Why jugak kontrak x ready kan siap2? Tinggal bape haru nk hbis..so nk tgu dh hbis baru nk renew ke acaner
Quote imthegirl 2-8-2022 10:41 PM
apikwaeh replied at 2-8-2022 09:16 PM
Apa yg iols faham beberapa hari nak report kat hotfm baru DJ lin tau.
Program jelajah suria meman ...

Dah tu takkan masa dh tgl 1-2 hari nak habis kontrak baru offer kontrak baru? Kalau dah lama offer kontrak dan si fizi ni tak sign, apa si lin tu expect? Tak kisah le esok nak masuk stesen baru, arini bgitau pon dah memang clear dia tak sign kontrak baru pon kan.
Quote apikwaeh 2-8-2022 10:43 PM
rayray28 replied at 2-8-2022 10:35 PM
Why jugak kontrak x ready kan siap2? Tinggal bape haru nk hbis..so nk tgu dh hbis baru nk renew ke ...

Itulah salah management kot sebab tak remind bos pasal kontrak dj awal2

Lihat semua komen(33)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

18-4-2024 09:17 PM GMT+8 , Processed in 0.112046 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top