CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

'Mak Wan Bukan Artis Popular Dan Tak Berharta, Kenapa Nak Jatuhkan Dia' - Didie Alias

2-8-2022 08:37 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2256| Komen: 7

Description: Pelakon Didie Alias berkongsi perkembangan terkini pelakon senior, Halimatussa’diah Mohd. Daud, 61, atau lebih dikenali dengan panggilan Mak Wan Latah setelah mengaku tidak bersalah ketika dihadapkan ...
Pelakon Didie Alias berkongsi perkembangan terkini pelakon senior, Halimatussa’diah Mohd. Daud, 61, atau lebih dikenali dengan panggilan Mak Wan Latah setelah mengaku tidak bersalah ketika dihadapkan ke Mahkamah Majistret Taiping, Perak pada 28 Julai atas tuduhan meludah pembanti peribadinya, bulan lalu.


Menurut Didie, Mak Wan berbuat demikian kerana dia percaya pelakon senior itu mahu menjaga maruah diri dan reputasi sebagai seorang pelakon.


IG Didie

“Saya ada hubungi Mak Wan selepas dia ke mahkamah tempoh hari. Menerusi panggilan itu juga dia masih tidak mengaku bersalah untuk menjaga maruah dan reputasinya. Saya faham kenapa dia berbuat demikian.


“Memang ada sembilan saksi daripada pihak sana, tetapi adakah mereka sediakan bukti yang mengatakan Mak Wan meludah pembantu peribadinya itu?” katanya kepada Gempak.

Menurut Didie, dia sendiri tidak faham mengapakah pihak sebelah sana masih mahu meneruskan tindakan undang-undang kepada Mak Wan, walaupun isu berkenaan bukanlah satu isu yang besar.

“Besar sangat ke isu ini untuk dipanjangkan? Sedangkan menghina Islam pun dijamin RM40,000 dan lepas tau. Jadi, adakah benda ni isu besar? Tak tahulah pihak sebelah sana tak puas hati ke sebab saya tak pergi berjumpa dengannya? Itu saya tak pasti.

“Saya pun tak faham kenapa dia nak jatuhkan Mak Wan. Mak Wan tu bukan level artis popular yang kau nak jatuhkan. Hentikanlah benda mengarut ni. Bukan saya nak raih simpati sebab saya hanya jadi pendengar dan penasihat sahaja.

“Apa yang dia akan dapat kalau lawan kes ni? Mak Wan tu takda duit, takda harta. Dia hanya ada kasih sayang untuk anak-anak dia sahaja. Tak payahlah buat orang tua tu sampai terduduk ke tanah,” katanya lagi.


IG Didie

Terdahulu, mengikut kertas pertuduhan, Mak Wan didakwa sengaja meludah Nurul Amalina Mohamad Kamal, 28, dengan tujuan membangkitkan kemarahan untuk mengganggu keamanan di Lorong Haji Wahab, Kampung Titi Kasai Batu Kurau pada pukul 7 petang, 24 Jun lalu.

Pelakon veteran itu didakwa mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955 yang membawa hukuman denda maksimum RM100, jika sabit kesalahan.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM1,000 dengan seorang penjamin dan kes disebut semula pada 5 September 2022 untuk serahan dokumen dan lantikan peguam. Tertuduh membayar wang jaminan berkenaan.


Sumber: Gempak


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote reporter_kalut 2-8-2022 10:01 PM
Edited by reporter_kalut at 2-8-2022 10:02 PM

Ludahkan saja kalau dah sempundal..

Denda maksimum 100 je pon..
Quote cikatilia 3-8-2022 09:36 AM
beria lahai kucup2 peluk gitu dah kenapa
Quote bulalof 3-8-2022 10:29 AM
wahhh...peluang buat content ye???
Quote ezacbee 3-8-2022 11:32 AM
Mak wan ni ada anak ke? Nampak cam hidup sendiri je..
Quote ashilalat 3-8-2022 11:35 AM
Tapi kalo betol la main mak esah, mmg akan backup juga ke? Atau.sesama retis ada persatuan langganan mak esah yg menbackup sesama sendiri?
Quote KamikuP 3-8-2022 11:41 AM
Lepas kejadian syahdu ini mak wan dah takde mood nak melatah lagi - kataku speku
Quote Kak_Beyonce 3-8-2022 01:25 PM
ashilalat replied at 3-8-2022 11:35 AM
Tapi kalo betol la main mak esah, mmg akan backup juga ke? Atau.sesama retis ada persatuan langganan ...

kuenssss

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 04:25 AM GMT+8 , Processed in 0.046310 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top