"Bapak saya meninggal semalam, faham tak." Semakin kacau jiwa Azza Elite yang baru kehilangan bapa apabila terpaksa 'menghadap' sumpahan pengacara Azwan Ali yang berang tempahan sejadahnya lewat disiapkan. Difahamkan, menerusi tangkap layar dakwaan Azwan atau lebih dikenali sebagai Diva AA itu, dia menempah sejadah daripada Azza sejak seminggu lalu. "Kau sibuk menjahit sejadah ke? Inilah masalah orang Melayu.
"Duit aku berkepuk-kepuklah, sah-sah aku mampu bayar! Tak hadap percuma pun!" marahnya yang menuduh Azza berjanji macam-macam. Menerusi perkongsiannya itu, Azza meminta Diva AA memahami kemelut sedang dihadapinya untuk menguruskan pelbagai perkara ekoran kematian bapa tercinta. "Sampai hati dia tulis macam ni! Jangan sesuka hati maki! "Niat tu baik nak beli sejadah, aku bersyukur. Tapi, dalam masa sama fikir juga keadaan orang lain. "Jangan lupa, kematian tu dekat sangat dengan kita. Ingat Allah SWT. bang sebelum nak cakap apa-apa," ujarnya terkilan. Mungkin fikiran terlalu berkecamuk, Azza nekad melawan Diva AA yang baginya terlalu melampau dalam berkata-kata. - CARI
|
reporter_kalut replied at 2-8-2022 02:12 PM
Diva AA ni mcm aku jugak le. Lepas ckp ikut sedap.
Mary_jane replied at 2-8-2022 09:44 PM
So, cover tak cerita ni?
cikbudu replied at 2-8-2022 11:14 PM
Gaduh btol2 ke marketing je ni?
Nham22: Anak yatim??????????????? What the heckkkkk...eeuwwww
eyansss replied at 3-8-2022 01:28 AM
baru nak tepek euww aku sekali ko dah tepek… azza ni memang la ko anak yatim tapi anak yatim yan ...
lyshafull replied at 3-8-2022 01:31 AM
Maaf kalo iols salah bukan ke term anak yatim diguna pakai untk umur bawah 18 means dala jagaan la ...
lyshafull replied at 3-8-2022 01:31 AM
Maaf kalo iols salah bukan ke term anak yatim diguna pakai untk umur bawah 18 means dala jagaan la ...
ADVERTISEMENT
Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet
18-4-2024 08:59 AM GMT+8 , Processed in 0.059425 second(s), 47 queries .
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.