CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Sissy Iman Dituduh Sakan Bercuti Di London Sebab Tak Ada Job, Ayah Pun Dihina

2-8-2022 01:53 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5093| Komen: 33

Description: Gara-gara seronok bercuti di Kota London, ada pula yang menuduh penyanyi Sissy Imann berada di sana kerana tiada tawaran kerja.
Gara-gara seronok bercuti di Kota London, ada pula yang menuduh penyanyi Sissy Imann berada di sana kerana tiada tawaran kerja.

Menjawab mengenai perkara itu, Sissy atau nama sebenarnya Sissy Imannn Mohammad Kamil, 27, memberitahu perancangan ke negara Eropah itu sudah lama dirancang dan ia tertangguh disebabkan komitmen kerja sebelum ini.


Foto: IG

Kata Sissy lagi, dia masih menerima beberapa tawaran kerja namun terpaksa ditolak kerana mahu berehat buat sementara waktu.


"Berada di London merupakan percutian saya yang sudah lama tertangguh. Saya perlukan waktu ini untuk mengembalikan tenaga. Apa-apa tawaran yang dalam dalam tempoh di London semua tolak secara baik.

"Saya masih kongsi content media sosial yang diminta klient semasa di London. Saya suka melakukan kerja yang saya suka," katanya.



Sissy menjelaskan mengenai perkara itu menerusi laman Instagram miliknya pada Isnin.

Ia selepas ada pihak membangkitkan mengenai isu berkenaan kepada ayahnya yang juga merupakan pengurus peribadi Sissy.


"Selalunya saya abaikan perkara begini, tetapi agak-agaklah bercakap dengan ayah saya begitu.

"Kalau artis tiada job antara salah satu penyebab boleh jadi salah pengurusan sebab tak buat kerja. Ayah adalah pengurus saya, sampai hati cakap begitu tentang dia.

"Dia tu dah la bertongkat, teman kerja sana-sini. Baik diam kalau tiada benda baik nak cakap," ujarnya.



Berkongsi mengenai tujuannya ke London, Sissy yang berangkat pada 17 Julai lalu sempat merakamkan enam buah lagu di The Abbey Road Studios, United Kingdom.

"Saya juga merakamkan album. Itu bukan kerja ke? Saya penuhkan masa dengan melakukan persiapan enam buah lagu sebulan lalu. Bayangkan ia sepatutnya percutian, tapi kena kerja juga.



"Jaga mulut. Ini pertama kali saya ke London! Rezeki sekarang untuk saya menikmati penat lelah menyanyi, mengacara dan semuanya yang saya kumpul sepanjang sembilan tahun dalam industri," jelasnya. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote buragazz 2-8-2022 02:41 PM
Apo lah yang bitter sangat klu dia takde job pun bukan dia kikis akaun NURi kau pun. aku bukan karatz si Sisy Spacek ni yer cuma korang cakap korang stress la letih la itu la.. pastu komen benda2 bodoh gini..
Quote lasagna 2-8-2022 02:49 PM
buragazz replied at 2-8-2022 02:41 PM
Apo lah yang bitter sangat klu dia takde job pun bukan dia kikis akaun NURi kau pun. aku bukan karat ...

hahhaha sissy spacek laa puleks.. pelakon american tu yaa.. eh tiberrr.
Quote makadek 2-8-2022 02:52 PM
Baju dam tu serupa tikar getah jiran 2 3 blh umah aku,kalau pakai kat pavi pn org mandang errr krik2
Baju kaler hijau lawaaaa
Quote Mary_jane 2-8-2022 03:13 PM
Macam selalu betul netizen mengata Sissy ni. Padahal dia buat hal sendiri je pun.
Quote black_handbag 2-8-2022 03:16 PM
cantik juga style dia skrg, berbanding dulu. mungkin skrg dah berduit kot. baju2 dan hbag pon nampak berjenis sikit
Quote Potpouri 2-8-2022 03:22 PM
Siapa  ni? Aku je ke yang tak kenal
Quote LadyCarefree 2-8-2022 03:30 PM
Punyalah dengki dia nak pi london ka mana ka biarlah. Tadok job ka apa ka so what? Life dia.

Bab konon oeg asyik puji dia tu...ya laaaa tuuuuuu kita iya kan saja.
Quote lattehazelnut 2-8-2022 03:34 PM
Mmm yeah right..
Tgk insta dia xde mane yg outstanding pun..
Kalau nak buat citer hasanah jual produk pun cakap la oh i love your outfit. I love your top / skirt / dress etc.. boleh la believable..
Quote rainbowrainz 2-8-2022 03:37 PM
Setakat outfit aje drg puji iols tengah pikir nak cerca ke nak apa ni
Quote fadz84 2-8-2022 04:03 PM
Ahad lps episod terakhir dia mengacara Muzik Muzik. diam2 dah setahun dia ngn MM.
Quote electricopop 2-8-2022 04:03 PM
Klass dia record album kt Abbey Road Studios gichiewww....
Quote buragazz 2-8-2022 04:04 PM
lasagna replied at 2-8-2022 02:49 PM
hahhaha sissy spacek laa puleks.. pelakon american tu yaa.. eh tiberrr.

Tetiber teringat kat dia sebab Sissy tu...
Quote jalfa 2-8-2022 04:04 PM
Huntungla dek..tak de job pon bole coti coti kota london
Quote buragazz 2-8-2022 04:04 PM
lasagna replied at 2-8-2022 02:49 PM
hahhaha sissy spacek laa puleks.. pelakon american tu yaa.. eh tiberrr.

Tetiber teringat kat dia sebab Sissy tu...
Quote mawarkhayalan99 2-8-2022 04:56 PM
kalau takde job cane dia dapat duit pergi london chuolsss. nerakazen ni ada je nak kecam
Quote Lavender_Violet 2-8-2022 05:03 PM
Ishhhh....bior le dia nak ke mana pun
Apesal yg butt hurt sangat eh?
I is tak paham......
Quote I.K.A888990 2-8-2022 06:47 PM
laaa pakai duit netizen ke mslhnyer haha
Quote ashilalat 2-8-2022 07:29 PM
Mcm cantik juga outfitnya...dia xde keje ke, xde duit, lantak pi lah. X kene mengena dgn aku
Quote gideoncross 2-8-2022 07:32 PM
Lavender_Violet replied at 2-8-2022 05:03 PM
Ishhhh....bior le dia nak ke mana pun
Apesal yg butt hurt sangat eh?
I is tak paham......

Netz Mulayu Melesia mmg smua x puas hti, ada je, yg dorg cuma puas hti klau psl jdi Uber ataupn FoodPanda haha.

Lihat semua komen(33)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 12:59 AM GMT+8 , Processed in 0.050857 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top