CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Bayaran Johan Di Hot FM Cecah RM500 Ribu?

2-8-2022 02:00 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 14758| Komen: 181

Description: "Soal bayaran saya 'no comment'". Itu respons ringkas pelawak terkenal Johan ketika ditanya penghijrahannya ke stesen radio Hot FM dibayar dengan jumlah tinggi yang didakwa mencecah RM500,000. ...
"Soal bayaran saya 'no comment'". Itu respons ringkas pelawak terkenal Johan ketika ditanya penghijrahannya ke stesen radio Hot FM dibayar dengan jumlah tinggi yang didakwa mencecah RM500,000. 


Bagaimanapun, Johan, 38, yang mengendalikan segmen pagi, Bekpes Hot, HaHaHa-Ngat bersama AG dan Fara Fauzana mengakui dia bekerja untuk duit. 

Foto: Harian Metro

"Saya bekerja untuk duit, untuk anak bini saya. Sebelum ini bekerja sendiri, apabila mati saya tak tinggalkan apa-apa, cuma tinggalkan tanah perkuburan saja. Jadi, saya memang bekerja untuk duit. Saya memang akan pastikan orang bila dah bayar saya, berbaloi dengan hasil kerja saya. Sebab itu saya tak peduli, saya datang dengan 'barang' (pengalaman dan pengetahuan) saya, kita buat ini, buat itu. Minta maaf cakap, saya agak tegas dengan AG dan Fafau (Fara Fauzana).  


"Saya pelawak, saya faham macam mana perbualan itu nak bagi menarik. Di mana nak 'punch line', siapa nak bawa 'story' itu, perkara ini saya bentangkan kepada mereka. Mereka adalah penyampai radio, saya satukan sebagai pelawak dengan penyampai radio supaya ia tak bertindih dan ia berjalan lancar," katanya. 

Menurut Johan yang sebelum ini berkhidmat selama 11 tahun menerusi segmen JoHaRa di stesen radio Era, antara faktor utama dia menerima tawaran diberikan adalah ingin menjadikan Hot FM stesen nombor satu. 



"Saya tamat kontrak dengan stesen radio lama pada 30 Jun lalu. Ketika itu saya merancang untuk berehat dahulu dan fokus pada perniagaan dan menguruskan anak-anak. Namun, selepas menerima tawaran daripada Hot FM selain mengenangkan hubungan baik yang terjalin antara saya dengan 'boss' (Ketua Pegawai Eksekutif Media Prima Audio, Nazri Noran yang mana pernah menjadi majikan saya dulu serta beberapa peluang lain, itu saya terima. 

"Bila saya buat satu benda dah selesa, apa kata ambil cabaran di luar kotak dan kebiasaan, di luar kelaziman apa yang sudah buat. Bila saya datang ke sini bukan nak kekalkan, saya ambil cabaran ini sejujurnya bukannya stesen nombor satu, tapi ambil cabaran ini untuk membantu menaikkan 'rating' stesen radio ini.  

"Memang tanggungjawab besar. Dalam perkara ini, dua saja kalau berjaya mampu, kalau tak 'mampus'. Sebab satu, saya akan gunakan segala pengalaman yang ada tak semua orang berani tanggung dan jawab, tapi saya ambil tanggungjawab dan cabaran dan saya datang sini supaya dapat naik taraf stesen radio ini, kalau nak kekalkan tak perlu panggil saya.



Saya gunakan segala pengalaman dan pengetahuan berkenaan radio, walaupun tak tahu mengenai segala mesin yang ada di konti, tapi saya cuba membawakan satu perbualan yang supaya mereka yang dalam kereta dan keadaan kesesakan jalan raya boleh relaks dan 'join' perbualan itu," katanya. 

Dalam masa sama, Johan berkata pembabitannya sebagai ahli keluarga baharu Hot FM dapat memberikan perubahan kepada stesen radio itu. 


"Sejujurnya, sebelum ini saya tak ambil Hot FM sebagai pesaing, tapi Sinar FM sebab paling dekat. Saya tak tahu sangat berkenaan Hot FM. Apabila masuk sini, saya cuba bawa perubahan. Itu yang saya bentangkan kepada mereka apa yang saya nak bawa dan apa yang ada.  

"Kadang orang nak dengar perbualan, dalam perbualan ada komedi, maklumat, sedih dan macam-macam ada. Dengan adanya segmen yang kita buat, juga membantu untuk orang lepaskan tekanan yang dalam kesesakan jalan raya," katanya. 


Segmen Bekpes Hot, HaHaHa-Ngat, bersiaran setiap Isnin hingga Jumaat, bermula jam 6 hingga 10 pagi. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote cmf_PariS 2-8-2022 02:17 PM
pesal baca mcm angkuh plak statement...
Quote kaseh80 2-8-2022 02:23 PM
Mcm terpaling la pulak!!!!
Quote hanahani 2-8-2022 02:23 PM
cmf_PariS replied at 2-8-2022 02:17 PM
pesal baca mcm angkuh plak statement...

Khenzzzz igt dia kelakar boleh buat hotfm jd no 1? Angkuh maattt
Quote ENWHY 2-8-2022 02:23 PM
Edited by ENWHY at 2-8-2022 02:29 PM
cmf_PariS replied at 2-8-2022 02:17 PM
pesal baca mcm angkuh plak statement...


Kannn... Saya ingat saya sorang je rasa mcm tu... Berlagak sungguh bunyinya..
Quote nurul_akmar 2-8-2022 02:24 PM
cmf_PariS replied at 2-8-2022 02:17 PM
pesal baca mcm angkuh plak statement...

bukan angkuh. konfiden.

mcm retis oversea kuar statement la, bila baca, terasa prinsip diri mereka yg tinggi. tegas. padu.. tp tu la.. susah nk implement kat retis msia. org kata angkuh.
Quote pembacagosip 2-8-2022 02:24 PM
jap gaji 500k sebulan ke? mohon pencerahan
Quote SisLena 2-8-2022 02:28 PM
Hahah aku mmg xbukakla era masa ngko dgn johara. So bye2 la hotfm. Hotfm plg best masa fizi,shuk dan ajak. Lpas tu dh kureng dh. Skrg iols dgn suria ajela. Era hrp2 bwk masuk blk linda onn dan halim othman. Xperlu lawak2 pn DJ ni..cukup ada topik menarik. Si johan ni bg aku kosong la..ilmu xde, lawak pn xde. Ntahla knp hotfm nk invest.
Quote md_nana 2-8-2022 02:28 PM
X minat dah dgr celoteh2 ni.
Quote mawarkhayalan99 2-8-2022 02:30 PM
dekat era pun ratus riban jugak gaji dia dengarnyaaaa
Quote lasagna 2-8-2022 02:42 PM
setengah juta ek gaji dj radio? tp dgr gelak dia plak aku rengsa, pastu memekak, lama tak dgr radio hot ke, era ke, pasang spotify dgn joox jer skrg, less talking.
Quote dudaberhias 2-8-2022 02:42 PM
Edited by dudaberhias at 2-8-2022 02:43 PM

sebulan ke setahun?
tapi tetap la banyak kalau sebulan pun 41K+...
kira berbaloi la sebab siap ada kontrak semua ye, memang strict jaga radio ni...
walaupun orang kata ala2 jijang semang je jual air liur basi...
Quote ina_na 2-8-2022 02:45 PM
X kisah pun gaji dia banyak mn sbb x dgr radio pun skrg ni..banyak iklan la,banyak lagu cover dr Indonesia la..boring..dah lama x dgr radio..cuma nye ms masyuk ni pandai2 la menyimpan ye.. dah banyak kes..
Quote KBW2 2-8-2022 02:57 PM
Untunglah setakat celoteh bodoh sesama kawan ditambah dengan lawak bodo-bodo pun dibayo puluh-puluh ribu sebulan. Inilah namanya rezeki
Quote chandrahusin 2-8-2022 03:03 PM
Tak pnh dgr pun Era sjk ada Johan
Bingit
Lps Kiran & Khairil
Pak Nil & Din Beramboi
Takde lgsg dgr Era
Quote Mary_jane 2-8-2022 03:04 PM
dudaberhias replied at 2-8-2022 07:42 AM
sebulan ke setahun?
tapi tetap la banyak kalau sebulan pun 41K+...
kira berbaloi la sebab siap ada k ...

Jadi betullah kot era bayar dia 30k+ per month sebelum ni.
Tambah 11 years experience tu jadi lah 41k.
Quote meteorspeed 2-8-2022 03:06 PM
Aku paling tak suka amek pelawak sebagai dj.. Amek la yg berintekeltual tinggi.. Jgn pepagi buat lawak bodo
Quote Mary_jane 2-8-2022 03:07 PM
All the best johan. Biasalah hidup ni bukan semua orang akan suka. Hot FM dah berubah, sinar fm bila lagi. Kenapa dah makin lemau sinar?
Quote black_handbag 2-8-2022 03:10 PM
wow br aku tau. mahal gaji penyampai radio.. patut ada yg nangis2 bila tak disambung kontrak ye
Quote LadyCarefree 2-8-2022 03:12 PM
pembacagosip replied at 2-8-2022 01:24 PM
jap gaji 500k sebulan ke? mohon pencerahan

Biasanya kalau gini itu bayaran contract setahun all in xde la medical ke apa ke lain. Mcm ay si dgn an nil masa ikat exclusive contract dgn asteruk katanya 1mil each tp tu je lah bayarannya walau asteruk suruh buat program itu ini.

Lihat semua komen(181)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 06:55 PM GMT+8 , Processed in 0.065302 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top