CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Jualan Sambal Nyet Cecah RM14 Juta, Khairul Amin Buka Kilang Kedua

3-8-2022 11:37 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 8816| Komen: 128

Description: Personaliti media sosial Khairulaming melangkah lebih jauh dalam dunia perniagaan apabila mengumumkan pembukaan kilang sambal keduanya pada Selasa.
Personaliti media sosial Khairulaming melangkah lebih jauh dalam dunia perniagaan apabila mengumumkan pembukaan kilang sambal keduanya pada Selasa.

Menurut pemilik nama sebenar Khairul Amin Kamarulzaman itu, perniagaan sambal yang diusahakannya sejak awal 2021 mencapai jualan mencecah RM14 juta.




“Selepas setahun setengah beroperasi, Alhamdulillah hari ini jualan Sambal Nyet Berapi telah mencecah sejuta botol sambal bersamaan jualan sebanyak RM14 juta.

“Sebelum ini kita masak dan jual lebih kurang 200 botol sehari, sekarang kita naik 5,000 botol sambal sehari. Team kita dah berkembang dari lapan naik ke 50 orang.


“Saya gembira nak umumkan yang kita akan tambah lagi satu kilang baharu (kilang kedua). Lagi besar daripada kilang sebelum ini. Jadi, selamat datang ke kilang kedua saya,” ujarnya.

Menurut Khairulaming, kilang baharu berkeluasan 22,000 kaki persegi yang terletak di di Kota Bharu, Kelantan itu akan memulakan operasinya tidak lama lagi.

Dia turut memberi bayangan bahawa kilang itu akan menjadi tempat persediaan untuk pengeluaran produk keduanya kelak.

“Ini satu milestone yang aku sendiri tak boleh terfikir masa mula-mula nak launch sambal ni dulu. It’s been a long journey and i’m happy boleh berkongsi rezeki dengan orang lain juga.

“Kilang ini akan menampung production tambahan untuk Sambal Nyet, dan juga menjadi tempat persediaan untuk pengeluaran produk kedua nanti.

“Thank you so much kepada semua yang menyokong dari awal launching dulu sampai ke hari ni. Thank you for being part of the journey. Will keep you guys updated on the upcoming progress,” ujarnya.

Dalam posting sama, Khairulaming sempat mengimbas semula perjalannya dalam perniagaan sambal yang bermula pada Januari tahun lalu.

“Awal Januari tahun lepas kita bermula dengan 10,000 botol semasa first launching. Time ni sangat huru-hara, nak packing 10,000 botol ni ambil masa 10 hari. kita cuma ada space kecil sebab sewa lot kedai sebelah kedai runcit.

“Tiga bulan kemudian kita reach jualan RM1 juta yang pertama. Sales yang kita dapat ni kita rolling untuk buka kilang pertama seluas 14,000 kaki persegi. Time ni pun kita masih blur sebab first time buka kilang. Salah beli mesin, salah set up flow, macam-macam silap kita buat.

“Bila kes Covid-19 meningkat tahun lepas, kita kurangkan production kilang sebanyak 75 peratus untuk menjaga keselamatan semua orang di kilang. Barang supplier juga banyak yang sangkut, jadi kita operate pada kadar paling minimum untuk beberapa bulan.

“Selepas kes Covid-19 dah mula pulih, kita teruskan proses renovation kilang dan bawa masuk mesin untuk memudahkan lagi proses penghasilan sambal. Dulu bermula dengan 200 botol sehari, sekarang dah boleh masak sehingga 5,000 botol sehari.

“Pada awal tahun ni, kita menyambut ulang tahun pertama Sambal Nyet. Alhamdulillah kilang pertama dah siap 90 peratus renovation dan kita dah boleh beroperasi dengan normal. Walaupun banyak cabaran sebab ini first time kami operate kilang, alhamdulillah hari ni kita reach jualan sebanyak sejuta botol,” ujarnya lagi.

Di Twitter, ramai netizen turut menzahirkan ucapan tahniah buat Khairulaming atas pencapaian itu.

Netizen turut menitipkan doa agar perniagaan yang diusahakannya terus maju dan berkembang pesat sehingga ke peringkat global. -CARI

Sumber: Mstar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Orix 3-8-2022 11:40 AM
beza org educated when things go viral vs ummah low IQ bila famous sbb kebodohan dan berguru dgan jijang semang
Quote lattehazelnut 3-8-2022 11:41 AM
Tahniah…
Quote n3ar 3-8-2022 11:45 AM
seronok geng2 hamPAS dgn justifikasi "hoo ni ado pelue pekerjae di serombi mekah, bakpo ore oyak takdop pelue"

sambil tersengih masuk mercedes
Quote miss_perfect 3-8-2022 11:47 AM
Bagus KA. Tahniah.
Quote Suchi 3-8-2022 11:48 AM
Khairul aming bina nama dan jenama dulu baru jual produk sbb tu bleh berjaya.
Ummah sskp kalau hat bijok terpelajar ni elok je berjaya tanpa marketing murahan.
Quote green~tea 3-8-2022 11:49 AM
Semoga terus maju jaya dam kembangkan bisnes wujudkan peluang kerja
Quote jiwasemangat 3-8-2022 11:51 AM
Selagi tak tunjuk resit LHDN ..selagi itu la aku prefer.reserve my comment...Jaman now is jaman documented.. setakat sembang jota² without doc.. geng² AO dah apply lama dahh..
Quote Artemesiaa 3-8-2022 11:55 AM
Untung ler cipta peluang kerja untuk orang juga
Quote nini_azmi 3-8-2022 11:55 AM
Bagus dia update status. Org akan rase lebih dihargai, makin ramai yg support.

Lifestyle pun simple, merendah diri. Cakap tersusun dan tidak sombong.
Contoh anak muda yg bagus akhlak dan berwawasan
Quote KBW2 3-8-2022 11:56 AM
Jus bodo serap dan tya dah lama jual 14 jota di dalam Malaysia, campo luar Malaysia lagi jota-jota. Hebat, kilang sundri pun tadok.
Quote pekanwoohoo 3-8-2022 11:56 AM
Sangat-sangat impressive! Company dia sangat laju berkembang walau jual cuma 1 jenis produk sahaja. Semoga Khairulaming dan tenaga kerja sentiasa mencabar diri dan tidak terlalu selesa. Saya doakan Khairulaming sentiasa maju jaya.

#demokenalbare
Quote mawarkhayalan99 3-8-2022 11:58 AM
congrats KA. tapi iols masih tak dapat rasa lagi sambal heols
Quote kaz2y5 3-8-2022 11:59 AM
Edited by kaz2y5 at 3-8-2022 12:00 PM

tahniah .. hope x berubah sebab $$$, and hope xder controversy pelik2

So far ok la dengan sambalnyer, kena dengan tekak. few times repeat . cuma tak sure kenapa kadang2 rasa pedas gila, kadang rasa ok (botol yang sama). maybe kena mix properly dulu kot sebelum makan baru best   
Quote mayakaren 3-8-2022 12:02 PM
Nak tgk financial statement please
Quote ninja boy 3-8-2022 12:03 PM
Untung Juta2 tetapi pekerja hanya 50 jah berapa total gaji pekerja, kos operasi, brg mentah, mesin
Quote maitang 3-8-2022 12:04 PM
tengok kt shopee tu punya angka sales dh nmpk
Quote hyie 3-8-2022 12:04 PM
mawarkhayalan99 replied at 3-8-2022 11:58 AM
congrats KA. tapi iols masih tak dapat rasa lagi sambal heols

pedas namati hokeh sambal heols. Iols beli pun tak habis2 lagi. Beli je kat shopee, sekarang dah tak payah nak berebut sangat sebab dah banyak slot.
Quote pooh~key 3-8-2022 12:06 PM
Akak syak heols gayes sis.
Quote jazaa100 3-8-2022 12:07 PM
Aku teringin nk tgok, sapa lah pompuan yg bertuah yg akn jd wife dia nati......

Lihat semua komen(128)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 11:58 PM GMT+8 , Processed in 0.077842 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top