CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kematian Tragis Pelakon Porno, Mayat Telanjang Diikat Di Pokok Dalam Hutan Terpencil

30-6-2022 11:13 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 6490| Komen: 30

Description: Pelakon porno Jepun Rina Arano ditemukan mati dalam keadaan bogel dan diikat pada sebatang pokok di hutan terpencil, menurut polis.
Pelakon porno Jepun Rina Arano ditemukan mati dalam keadaan bogel dan diikat pada sebatang pokok di hutan terpencil, menurut polis.

Mayat wanita itu dikesan di Wilayah Ibaraki, selepas dia hilang pada 5 Jun lalu.

Polis sedang menyiasat seorang suspek, Hiroyuki Sanpei yang dikatakan telah berhubung dengan mangsa sebelum dia hilang.

Foto: Daily Star

Sanpei, dari Minamiashigara, Wilayah Kanagawa, telah ditahan minggu lalu kerana disyaki menculik dan mengurung Arano.

Difahamkan, lelaki itu bertemu dengan Arano pada 5 Jun lalu di Stesen Mito di Ibaraki Prefecture selepas berbalas mesej menerusi Twitter.


Menurut polis, suspek menjemput Arano sebelum memandu ke vila miliknya di Hitachiota.

Sanpei menafikan dakwaan itu, menjelaskan bahawa dia membawa Arano ke vila tersebut dan kemudiannya menghantar wanita itu ke sebuah kedai berdekatan.

Sampei memberitahu polis dia tidak pasti ke mana Arano pergi, namun jawapan itu diragui kerana telefon bimbit mangsa ditemui di dalam rumahnya, menurut Japan Today.

Penyiasat percaya bahawa lelaki berusia 33 tahun itu membuang mayatnya di tempat yang tidak kelihatan, di cerun kira-kira enam meter di bawah jalan hutan berhampiran vila Sanpei.

Sebahagian daripada bahagian atas badan pelakon berusia 23 tahun itu telah reput, tetapi tiada kecederaan luaran yang ketara pada badan.

Arano, seorang penduduk Wad Bunkyo, Tokyo, dilaporkan hilang oleh keluarganya pada 8 Jun.

Dilahirkan pada 1999 dan berasal dari Tokyo, dia sebelum ini banyak terlibat dalam projek tertentu sebagai model dan turut berkecimpung dalam pembikinan filem dewasa.

Menurut kenyataan polis yang diterbitkan oleh The Sun: “Rina Arano diikat pada pokok tanpa pakaian dan sudah hampir dua minggu meninggal dunia.

“Kami masih berusaha untuk mengenal pasti punca kematian.

Laporan itu menambah bahawa bedah siasat yang dikeluarkan pada 21 Jun menunjukkan Arano mengalami patah tulang hyoid iaitu tulang di leher yang menyokong lidah. -CARI

Sumber: mStar/ Daily Star

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dodolgemok 30-6-2022 11:19 AM
Kalau nak tau, patah tulang hyoid adalah salah satu tanda seseorang tu kena cekik. Takziah sis
Quote ReginaGeorge 30-6-2022 12:03 PM
Entah la...
Quote Rockafella 30-6-2022 12:10 PM
dodolgemok replied at 30-6-2022 11:19 AM
Kalau nak tau, patah tulang hyoid adalah salah satu tanda seseorang tu kena cekik. Takziah sis

Ooo macam tu.
Quote kakikuDibibirmu 30-6-2022 12:25 PM
Sampei memberitahu polis tu yang tak menahan tu
Quote Suchi 30-6-2022 12:25 PM
Kejamnya dia dicekik  dulu ke atau dicekik masa tgh kena ikat tu?

Tak kisah la dia pelakon prono ke apa nyawa setiap orang bernilai
Quote epullipan 30-6-2022 12:33 PM
motif dia bunuh apesal?? tak dapat rogol ka
Quote cap_ayam 30-6-2022 12:38 PM
Kesian ..kena kurung.. mesti mendiang takut ..tapi tak boleh lari..
Quote Artemesiaa 30-6-2022 12:45 PM
Apalah yang dimarahkan sangat dek pelaku sampai sanggup bertindak macam tu.  Dah ler kat Jepun jarang ada kes2 macam tu.
Quote Mary_jane 30-6-2022 12:53 PM
Mental kot ni sampai gigih ikat kat pokok, dengan takde pakaian. Dan maybe dia tersinggung over something tu ditayang nya body mangsa sebegitu. Aku lagi dominant kekdahnya.
Quote KamikuP 30-6-2022 12:54 PM
Adakah BDSM gone wrong?
Quote dodolgemok 30-6-2022 12:57 PM
Boleh jadi juga kes seks ganas gone wrong lah atau medical termnya dipanggil sexual asphyxia di mana seseorang tu mendapat orgasm ketika hampir2 putus nafas, dan patut ada safe mechanism utk putuskan wayar/tali yg menjerut lehernya tu, tpi kalau safe mechanism tu gagal, maka matilah kena jerut. Ini spekulasi jahhh, moga baik2 lah hendaknya.
Quote pooh~key 30-6-2022 01:56 PM
Artemesiaa replied at 30-6-2022 12:45 PM
Apalah yang dimarahkan sangat dek pelaku sampai sanggup bertindak macam tu.  Dah ler kat Jepun jaran ...

Macam mana kau tau jarang2 berlaku sis?
Quote kemaruk 30-6-2022 01:57 PM
@sekngucing ni yang mana ni?
Quote SonicSiLandak 30-6-2022 02:02 PM
asdan kaki porno jepun...

Quote Artemesiaa 30-6-2022 02:04 PM
pooh~key replied at 30-6-2022 01:56 PM
Macam mana kau tau jarang2 berlaku sis?

Kat Jepun jarang berlakunya kes jenayah berat macam tu.  Kes kecik2 macam kes hilang beskal pun dah kecoh polis siasat sampai dapat liputan luas ini kan kes macam tu.
Quote ifanonline 30-6-2022 02:07 PM
walaupun negara jepun maju, tetapi masyarakat mereka tidak menghormati wanita...wanita dijadikan alat pemuas nafsu aje...
Quote naina 30-6-2022 02:11 PM
Bdsm kot. Sampai ikat2 kat pokok dalam keadaan bogel. Suspek kepuasan tengok mangsa mati dalam keadaan meronta2 tapi bogel
Quote takayama 30-6-2022 02:47 PM
kesiannya mangsa
moga ada keadilan buat dia
Quote Firenzza 30-6-2022 03:11 PM
dodolgemok replied at 30-6-2022 12:57 PM
Boleh jadi juga kes seks ganas gone wrong lah atau medical termnya dipanggil sexual asphyxia di mana ...

Tetiberr teringat kes norita sis........ last person still live happily ever after

Lihat semua komen(30)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 08:20 AM GMT+8 , Processed in 0.064831 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top