CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Patutlah Ayam Habis, Seorang Je Dah Sapu Sampai 40 Ekor! Pihak Pasar Raya Langsung Tak Halang

30-6-2022 11:38 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3021| Komen: 30

Description: Isu kenaikan harga ayam dan beberapa barangan keperluan lain di Malaysia terus menjadi kebimbangan masyarakat.
Isu kenaikan harga ayam dan beberapa barangan keperluan lain di Malaysia terus menjadi kebimbangan masyarakat.

Malah harga ayam segar dijangka mampu naik mencapai RM15 sekilogram (kg) mulai Julai, selepas skim harga maksimum runcit bahan mentah itu tamat akhir bulan ini.


Namun tindakan segelintir pihak memborong ayam dalam jumlah yang banyak di pasar raya menambah derita pengguna lain mendapatkan bahan mentah itu.




Menerusi Twitter, tular satu video memaparkan seorang wanita meluahkan rasa kecewa apabila mendakwa menyaksikan sendiri seorang pelanggan memborong sehingga lebih 40 ekor ayam.


"Bagus kak, pertahankan hak B40. At least dia dah complaint tapi management pasar raya tak layan lepas tu baru dia viralkan," tulis pengendali akaun tersebut.

Menerusi rakaman berkenaan, wanita tersebut berkata dia kesal apabila kunjungannya pada awal pagi di pasar raya berkenaan untuk membeli ayam hampa kerana semua habis diborong tanpa kawalan.




"Pukul 8.30 pagi saya pergi nak beli ayam tapi waktu tu tak dapat seekor ayam pun.

"Semua ayam 'disapu' oleh seorang saja customer. Dalam troli ada lebih 40 ekor ayam," katanya dalam video tersebut.

Malah menerusi video berdurasi 1 minit 18 saat, wanita ini turut berkongsi rakaman menunjukkan pelanggan yang tidak bertimbang rasa itu memenuhkan troli dengan ayam.

Dakwanya lagi, kemungkinan bahawa pelanggan lelaki ini memiliki restoran atau kedai runcit sendiri untuk menjual semula ayam dengan harga lebih mahal.

Enggan terus membiarkan perkara sama terus berlaku tanpa kawalan, wanita terbabit membuat aduan kepada pihak pengurusan pasar raya.

"Kenapa buat macam ni (tidak kawal jumlah pembelian)? Nanti orang lain datang nak beli ayam macam mana?" soalnya kepada kakitangan pasar raya berkenaan.

Kedengaran salah seorang kakitangan tersebut menjawab: "Nanti mereka tahan di kaunter".

Jawapan itu ternyata terus mengundang kemarahan wanita tersebut.

"Dekat kaunter pun mereka tak tahan! Dia dah bayar pun, lepas tu dia dah pergi," katanya dengan penuh rasa marah dan kecewa.

Perkongsian tersebut turut mengundang reaksi kurang senang netizen kerana menganggap pelanggan itu bersikap pentingkan diri.

Meninjau di ruangan komen, pelayar Twitter bersetuju dengan tindakan wanita berkenaan kerana membuat aduan kepada pihak pengurusan walaupun hampa dengan jawapan diberikan.

"Harap supermarket jangan biar orang kurang ajar dan pentingkan diri macam ni beli suka-suka. Lebih sesuai seorang boleh beli maksimum dua atau tiga ekor ayam saja.

"Yang ni betul! Selalu sangat orang beli ayam penuh troli. Lepas tu sampai dekat kami terkulat-kulat ayam dah tak ada. Kalau boleh hadkan beli minyak, kenapa ayam pun tak limitkan?

"Ayam dekat sini murah berbanding dekat pasar. B40 memang selalu beli di pasar raya sebab lagi murah.

"Betul akak ni... pihak pengurusan tolong hadkan satu orang limit dua atau tiga ekor. Orang lain nak juga rasa ayam murah. Kesian pada pelanggan lain yang balik kerja singgah nak cari barang basah nak masak untuk famili.

"Jangan fikir untung saja. Yang tauke restoran minta tolonglah cari ladang kalau nak borong. Kasihan orang lain," demikian antara komen beberapa netizen.

Video asal dikongsikan oleh pemilik akaun tersebut di TikTok bagaimanapun telah dipadam namun dikongsikan semula di platform Twitter. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote venom1 30-6-2022 11:42 AM
rasa nak seligi je org yang borong barang banyak2 ni. nak beli banyak beli la kat pemborong. supermarket ni utk org beli barang runcit sikit2 je
Quote cheezel 30-6-2022 11:49 AM
Sakai org cmni
Quote kakikuDibibirmu 30-6-2022 11:55 AM
AyamPH tersenyum sinis
Quote afie_m 30-6-2022 11:55 AM
memang tak patutlah kalau semua dia angkut...pihak pasaraya pun buat bodoh asal ayam habis...teruk betul
Quote kakikuDibibirmu 30-6-2022 12:03 PM
Lotus'sssssss tersenyum sinis dengan Tesco
Quote mizruncing 30-6-2022 12:08 PM
mende ntah.. minyak tu boleh plak kau limitkan. ayam ni pn ptt kena letak la limit jugak
Quote supernaturalee 30-6-2022 12:21 PM
kakikuDibibirmu replied at 30-6-2022 11:55 AM
AyamPH tersenyum sinis {:mlwa ...

ayamPN buat ape plak
senyum sumbing?

Quote mabelesrossa 30-6-2022 12:33 PM
Ke pembeli 2 peniaga untuk kedai makan?
Quote ina_na 30-6-2022 12:39 PM
Last week p Lotus pagi..mmg ayam di borong oleh peniaga pg2.. aku p tgk ayam tu .x jd beli sebab lebam2..x tau la sbb sembelih x abis keluar darah atau lebam terhimpit ke..
Quote Mary_jane 30-6-2022 12:49 PM
Tunggu ada insiden rebut ayam ke baru lotus nak buat sistem catu.
Quote akusukaq 30-6-2022 01:00 PM
Ini mesti apek jual ayam pasar pagi tmn perumahan..tamak laoba kome
Quote Artemesiaa 30-6-2022 01:22 PM
Ramai je perangai macam tu sekarang.  Mereka ni mungkin peniaga kedai makan atau pengusaha katering.  Mereka akan gi borong kat mana yang murah.
Quote matseh 30-6-2022 03:01 PM
Benda2 mcm ni aku sll jumpa kat kedai aceh, terutama time br dapt gaji.
Ada sekali mamat tu beli sampai 2 karton rokok J.Blend. Habis. Terpaksa hisap Cxnyxn.
Aku pun sound la budak kedai tu. Jgn la jual semua. Org lain pun nak hisap rokok juga.
Quote tripleid 30-6-2022 04:49 PM
Edited by tripleid at 30-6-2022 07:18 PM

IMG_20220630_191806_1.jpg

Quote eyansss 30-6-2022 04:53 PM
Artemesiaa replied at 30-6-2022 01:22 PM
Ramai je perangai macam tu sekarang.  Mereka ni mungkin peniaga kedai makan atau pengusaha katering. ...

bukan ke kalau beli kat pemborong lagi murah?  ni soalan jujur ni...
Quote Artemesiaa 30-6-2022 06:08 PM
eyansss replied at 30-6-2022 04:53 PM
bukan ke kalau beli kat pemborong lagi murah?  ni soalan jujur ni...

Kadang bila ke pemborong stock tak ada jadi tak hairan kalau mereka ni akan ke supermarket pula
Quote eyansss 30-6-2022 07:00 PM
Artemesiaa replied at 30-6-2022 06:08 PM
Kadang bila ke pemborong stock tak ada jadi tak hairan kalau mereka ni akan ke supermarket pula

kalau gak beli, takleh niaga pulak kan...  tapi its time la gomen buat rules takleh borong banyak2 ni...  nak borong kena pegi kat pemborong gak...  supermarket n kedai2 ni khususkan untuk pembeli keperluan keluarga...
Quote Samerosie 30-6-2022 07:19 PM
Definitely bukan Lotus sebab max sorang 3 ekor je dia bg in a single receipt.
Quote pooh~key 30-6-2022 07:22 PM
matseh replied at 30-6-2022 03:01 PM
Benda2 mcm ni aku sll jumpa kat kedai aceh, terutama time br dapt gaji.
Ada sekali mamat tu beli sam ...

Budak kedai tu tokey kedai ke sis?

Lihat semua komen(30)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 02:06 PM GMT+8 , Processed in 0.059180 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top