CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Naik Motor, Keluar Simpang Tiba-Tiba- Pelajar Tingkatan 1 Mati Dirempuh Dan Diseret Hilux

30-6-2022 11:03 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2644| Komen: 26

Description: DUNGUN – Pelajar tingkatan satu Sekolah Menengah Kebangsaan Pulau Serai maut selepas dirempuh sebuah kenderaan pacuan empat roda di Kilometer 1, Jalan Tok Kah-Jerangau berhampiran Kampung Alur Mak Ba ...
DUNGUN – Pelajar tingkatan satu Sekolah Menengah Kebangsaan Pulau Serai maut selepas dirempuh sebuah kenderaan pacuan empat roda di Kilometer 1, Jalan Tok Kah-Jerangau berhampiran Kampung Alur Mak Bah di sini.


Dalam kejadian pada 6.50 petang itu, mangsa, Nurul Zahirah Aqrima Mohamad Yasin, 13, meninggal dunia akibat cedera parah di bahagian kepala dan beberapa anggota badan.

Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Baharudin Abdullah berkata, sewaktu kejadian, remaja perempuan itu dikatakan dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Kampung Mahsuri Tok Kah dari Kampung Alur Mak Bah.

Foto: Kosmo

“Mangsa yang menunggang motosikal jenis Honda EX5, dipercayai keluar simpang secara tiba-tiba menyebabkan kenderaan


Toyota Hilux dipandu seorang pembantu kedai makan berusia 41 tahun dari arah Kampung Mak Bah gagal mengelak.

“Impak rempuhan berkenaan menyebabkan mangsa terseret sejauh beberapa meter,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Baharudin berkata, lelaki yang memandu kenderaan Toyota Hilux berkenaan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Tambah beliau, mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Dungun di sini untuk tindakan lanjut. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kelip2_07 30-6-2022 11:10 AM
ermmm umur 13 naik moto jln kampung mmg biasa..lalu jln kampung lg menakutkn sbb bdk2 bebas naik moto sana cni..bnda mcm nie lah org tkt
Quote dua_chzy 30-6-2022 11:11 AM
Kesian pemandu Hilux tu. Mesti trauma.
Quote shernazz 30-6-2022 11:14 AM
Alahai...
Kenrana.budak.ni.lalai...
Dah.hilux kena.pegi balai..
Leceh tau.bila.eksiden gini....
Quote Atata 30-6-2022 11:18 AM
Kenapa ya budak2 bawak motor suka keluar simpang tak tgk. Kluar simpang menonong je kluar like seryesly. Rasanya dorang guna pancaindera telinga utk agak jauh mana kereta tu, just dgr bunyi kereta tu dorang boleh agak kereta tu masih jauh atau dah dkt.
Quote bottombikini 30-6-2022 11:22 AM
buat la camne pun mesti kenderaan besar yg akan disalahkan
padahal selalu motor2 ni keluar simpang tak menengok kiri kanan
melulu je masuk jalan besar yakin2 org belakang yg jaga nyawa dorang
Quote bottombikini 30-6-2022 11:22 AM
double post
Quote mejaputih 30-6-2022 11:23 AM
Atata replied at 30-6-2022 11:18 AM
Kenapa ya budak2 bawak motor suka keluar simpang tak tgk. Kluar simpang menonong je kluar like serye ...

maybe sbb tu budak2 tak eligible to own a vehicle licence. otak dorg belum boleh process segala risks atas jalan raya especially keluar dari simpang. ni my assumption je la...
Quote cheezel 30-6-2022 11:25 AM
Kesian hilux. Dasar rempit bawak moto
Quote Samerosie 30-6-2022 11:27 AM
mejaputih replied at 30-6-2022 11:23 AM
maybe sbb tu budak2 tak eligible to own a vehicle licence. otak dorg belum boleh process segala ri ...

Tak boleh cakap macam tu, haritu kes budak lelaki meninggal langgar pembahagi jalan tu pun tak de lesen, ada forumers kata apa kena mengena lesen (dan insurance) dgn kemalangan.  Kalau nak jadi kemalangan jadi juga kata mereka...so maksudnya macam hal ni salah hilux la langgar budak tu sampai mati
Quote mejaputih 30-6-2022 11:29 AM
Samerosie replied at 30-6-2022 11:27 AM
Tak boleh cakap macam tu, haritu kes budak lelaki meninggal langgar pembahagi jalan tu pun tak de  ...

hadoiiii.....kenapa netizen sedemikian...
Quote bunnyj3lly 30-6-2022 11:31 AM
Mati katak jela kau ni dik. Aduhaii.. tak memasal je driver Hilux kena hadap masalah. Harap settle cepat la. Sabar banyak-banyak Driver Hilux....
Quote nuril86 30-6-2022 11:46 AM
lalu jalan kampung ni satu jela.. kena hati2, pastu xpayahla bawa laju2 mcm kt highway.. sbb yang bawa moto ni.. ya hampun... ikut suka dia je.. ade tu pesen bersaing2...
Quote Thunderclouds 30-6-2022 02:47 PM
Atata replied at 30-6-2022 11:18 AM
Kenapa ya budak2 bawak motor suka keluar simpang tak tgk. Kluar simpang menonong je kluar like serye ...

Sbb kanak2 besaq ni cuma reti pulas throttle & bergerak dr point A to point B. Dia xdak masuk kursus pemanduan, tak blajaq cara pemanduan selamat hatta undang2 jlnraya. Victim kt sini driver hilux. Budak tu mmg tggu masa nk kna ja. MakAyah pn xpenah amik iktibar ngn kes2 lepas,biaq gtu ja la. Nk senang kn,dh boleh ke mana2 sendri. Salam takziah utk family.
Quote Artemesiaa 30-6-2022 02:51 PM
bottombikini replied at 30-6-2022 11:22 AM
buat la camne pun mesti kenderaan besar yg akan disalahkan
padahal selalu motor2 ni keluar simpang t ...

Betul tu mana2 tempat ramai je species macam tu
Quote CikDaNdeLi0n 30-6-2022 03:32 PM
Ader spesis makpak yg mmg ajar anak bwk motor..senang nnt nk suruh p kedai, p antaq ambik adik tadika etc
Quote Nenasketum 30-6-2022 03:34 PM
High mungkin arwah tu, sebab getting high hobi kesukaan ummah belah tu
Quote _blackbird 30-6-2022 03:47 PM
Atata replied at 30-6-2022 03:18 AM
Kenapa ya budak2 bawak motor suka keluar simpang tak tgk. Kluar simpang menonong je kluar like serye ...

kerna diorg rasa diorg ada 9 nyawa. utk kes ni dah lost count lettew
Quote bottombikini 30-6-2022 03:53 PM
Artemesiaa replied at 30-6-2022 02:51 PM
Betul tu mana2 tempat ramai je species macam tu

grab & panda pun selalu buat peel begini
kite pula yg kena urut dada brek

dah la kona makan jalan orang
kalo jadi apa2 jam tu maleh nak kesian


Quote Belibis 30-6-2022 03:55 PM
dua_chzy replied at 30-6-2022 11:11 AM
Kesian pemandu Hilux tu. Mesti trauma.

Sementara hiluk satu lagi nun,menyebabkan orang lain trauma.

Lihat semua komen(26)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 08:13 PM GMT+8 , Processed in 0.062686 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top