CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Jadi Duta Produk, Selebriti Perlu Ada Pengetahuan,"-Pak Nil

23-5-2022 03:34 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 2409| Komen: 16|Original author: Tatod

Description: Pengacara popular tanah air, Datuk Aznil Nawawi menegaskan agar setiap selebriti yang dilantik menjadi duta apa-apa produk terutamanya berbentuk suplemen agar mempunyai pengetahuan mengenai produk yan ...

Pengacara popular tanah air, Datuk Aznil Nawawi menegaskan agar setiap selebriti yang dilantik menjadi duta apa-apa produk terutamanya berbentuk suplemen agar mempunyai pengetahuan mengenai produk yang dipromosikan.

Figura yang mesra disapa sebagai Pak Nil ini menasihatkan golongan selebriti agar jangan terlalu 'overclaimed' bahawa produk yang mereka wakili itu mampu menyembuhkan sesuatu penyakit.

Memetik laporan Harian Metro, Pak Nil mengagumi sikap prihatin Doktor Rafidah yang sentiasa peka dengan situasi semasa serta memantau aktiviti promosi membabitkan artis dan produk kesihatan.


"Bagaimanapun, jangan hina artis kerana mereka juga memerlukan sumber pendapatan. Bagaimanapun, individu yang menjadi duta itu juga haruslah mempunyai pengetahuan mengenai produk serta kesannya.


"Mana-mana artis yang jadi duta ataupun yang mengeluarkan produk khususnya suplemen kesihatan tidak boleh mengatakan produk mereka boleh sembuhkan penyakit bimbang nanti akan menyebabkan pesakit tak nak berjumpa doktor lagi.

"Saya yang menjadi duta suplemen pun selalu ingatkan orang ramai jangan tinggalkan ubat doktor serta janji temu kesihatan di mana-mana pusat perubatan," katanya.

Tambahnya lagi, setiap individu sama ada yang diangkat sebagai duta mahupun menghasilkan produk sendiri tidak boleh mengambil ringan perkara seperti itu. Katanya, peranan ubat dan suplemen adalah berbeza namun kedua-dua mempunyai kesan baik terhadap penyembuhan sesuat penyakit.


Pak Nil turut mengakui dia adalah pengguna tegar makanan tambahan dan suplemen kerana menyedari gaya hidup serta pola pemakanannya menyebabkan tubuh badannya tidak mendapat nutrisi yang mencukupi.

"Kalau saya bukan pengguna dan tak percaya dengan produk, saya tak jadi duta Eskayvie. Tambahan pula produk ini diformulasikan oleh Doktor Perubatan, Dr Syid Ayob yang aris dengan dos bahan aktif dan kesan nutrisi disarankan," katanya. -CARI


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Burong_Hantuk 23-5-2022 03:45 PM
serious aku jijik tengok aznil ponen nih....
Quote mamajawie 23-5-2022 04:00 PM
x tau la aku makan skv ni rse cam makan serbuk glucolin prisa blackcurrent..x sedap bagi aku last2 x habis pun
Quote cmf_premierleag 23-5-2022 04:02 PM
Abih yg aku dgr iklan kt radio bitamin pak nil tu dia punya bitamin ke nih?
Quote Normabaru 23-5-2022 06:45 PM
mamajawie: x tau la aku makan skv ni rse  ...


Produk ni utk apa sbnrnya..klu utk cegah COVID .dh tu nape xde pengiktirafan who ke apa2 jadah?

Kaka tgk ada tokey kete sewa beriya promote suruh join jual ni..mcm MLM je style depa ni..

Ank buah jijan jugak kan?
Quote ezacbee 23-5-2022 06:47 PM
menasihatkan golongan selebriti agar jangan terlalu 'overclaimed' bahawa produk yang mereka wakili itu mampu menyembuhkan sesuatu penyakit.


bukan produk daripada ko gak ke? siap cakap boleh sembuh covid. hilang ingatan ke paknil
Quote cikmah78 23-5-2022 06:56 PM
lepas makan badan jadi panas dalam,terus stop dh la semput
Quote heythere123 25-5-2022 01:17 PM
yg part “boleh mengelakkan kejatuhan IQ” tu tak kira overclaim ke paknil?

that’s why i memang anti dengan seleb yg sibuk promote supplement ni. Ko tuduh org overclaim, tang ko overclaim takpe pulak
Quote AshkieLa 25-5-2022 02:55 PM
hari tu beria memasing yg dah penah kena covid dok promote
kat org lain yg baru kena covid suruh makan vitamin dia ni..
betul ke bagus? takut punca trigger sakit lain.
Quote Nenasketum 25-5-2022 02:58 PM
Kira kalau beranak2 memang lembam, boleh tuko jadik intelligent ke camne?
Quote BellaThePrinces 25-5-2022 04:00 PM
gaya macam tak kena dah pak nil ni..

lagi satu bila buat iklan dia punya tonasi suara mmg kena gitu ke...beria benar..terpengaruh dgn professor klon?...bingit
Quote pembacagosip 25-5-2022 04:06 PM
mcm2 ayat marketing zaman now. so pengguna kena bijak menilai supaya x mudah kena chong ngn peniaga2
Quote DianaSaksen 25-5-2022 05:50 PM
Apa citer produk kecantikan pak nil tu
Anell ?
Quote sleepandream 25-5-2022 07:41 PM
iyola paknil...
btw, adakah paknil org yg dimaksudkan sarimah ibrahim ini?

Pernah dimaki, Sarimah pesan pengacara jangan syok sendiri

Quote slyfynx 25-5-2022 08:51 PM
Alhamdulillah semalam terlancar lah Sudah produk terbaharu dari @eskayviemalaysia_
IQids diformulakan oleh @drsyid untuk mengatasi masalah kejatuhan tahap IQ anak2 kesan dari terperap dirumah semasa Covid19 dan pembelajaran dari rumah.
Jom guys bantu anak2 kita untuk mengaktifkan semula sel2 otak mereka agar berhubungan


SO pembelajaran dari rumah ni menyebabkan semua jatuh IQ? Jadi sekarang dah balik skolah, IQ semua dah naik la kan?
Ko igt IQ, EQ ni semua leh naik pakai ubat ke hape?
Ke IQ korang yang dah jatuh menjunam sebenarnye?
Quote LembingDayanti 26-5-2022 12:35 AM
sudah la toknil zaman u dah berlalu. tak relevan. elok la u fokus kat akhirat
Quote samshik 29-5-2022 08:31 AM
Awat kwn I olls ckp bitamin he olls xdo kelulusan pung???

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 02:49 PM GMT+8 , Processed in 0.090043 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top