CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

“Apa Sumbangan Dan Kelayakan Dia?” – Ramai Pertikai Muka Iman Troye Terpampang Di Billboard New York Times Square

23-5-2022 03:09 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4621| Komen: 40

Description: Di Twitter, trending nama Iman Troye mengenai wajahnya yang dipamerkan di Billboard New York Times Square.
Di Twitter, trending nama Iman Troye mengenai wajahnya yang dipamerkan di Billboard New York Times Square. 

Seorang pengguna twitter bernama Ratu Balqis memuat naik senarai selebriti yang pernah wajahnya dipamerkan di Billboard tersebut.



Foto: IG

Meninjau diruangan komen, ada sesetengah pihak yang tidak berpuas hati dan mempersoalkan kembali kelayakan wajah Iman di pamerkan di Billboard tersebut.


Malah ada yang menyatakan bahawa ada selebriti lain yang lebih layak dari Iman Troye untuk dipamerkan.



Di sebalik kecaman yang telah dilontarkan oleh netizen, namun masih ada netizen yang tidak bersetuju dengan kecaman yang diberikan kepada Iman Troye.

Ramai juga yang berbangga dengan kejayaan Iman Troye dan menyatakan Iman Troye memang layak wajahnya dipamerkan di situ. -CARI

Sumber: Murai.my

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote uori 23-5-2022 03:24 PM
toye memang nama dia ke apa? dan dia sapeje
Quote lifeline 23-5-2022 03:36 PM
bnyak sumbngan dia
salah satu nya lagu raya
ya hari ya hari raya ya hari ya hari raya
Quote Pak.dolla 23-5-2022 03:39 PM
Habis tu korang nak muka siapa dipamerkan? Muka lembaga?
Quote akuchenta 23-5-2022 03:41 PM
Yuna, Layla Sania, Iman Troye, Dolla, Vanessa Reynauld, Aina Abdul, Siti Nurhaliza

Iman tu kenal la jugak. Ada lagu raya, iklan shopee

Layla Sania lagu apa yg femes?

Quote zarulnazmi 23-5-2022 03:41 PM
Iman Troye

Siti Nur Alyssa Sahabudin atau lebih dikenali sebagai Iman Troye (lahir 25 Disember 2002) merupakan seorang penyanyi dan personaliti media Malaysia. Beliau mula meraih pengiktirafan meluas menerusi single sulungnya, "Teman" mempunyai jumlah tontonan di YouTube sebanyak 20 juta melalui muzik videonya dan lagunya telah distrim sebanyak 1.5 juta melalui Spotify. Beliau juga merupakan peserta daripada rancangan nyanyian yang disiarkan oleh TV3, iaitu I Can See Your Voice Malaysia musim kedua pada 2019

Kerjaya

Iman Troye memulakan kerjaya awal sebagai model sambilan untuk jenama pakaian Muslimah tempatan, Leeyanarahman.  Selain itu, beliau juga memuat naik nyanyian lagu sadurannya di media sosial. Bakat nyanyian yang dimilikinya membolehkan beliau mendapat jolokan sebagai 'Nabila Razali 2.0' kerana vokalnya yang hampir serupa dengan Nabila. Beliau juga ialah salah seorang daripada para peserta I Can See Your Voice Malaysia musim kedua di TV3.

Beliau melancarkan single sulungnya, "Teman" pada 25 September 2020. Lagunya berjaya mengetepikan lagu "Cute" nyanyian Harith Zazman bersama MFMF dan Loca B, "Penat" oleh Andi Bernadee dan lagu duet "Terlanjur Cinta" oleh Hael Husaini dan penyanyi Indonesia, Cakra Khan sebagai antara lagu paling banyak distrim sepanjang awal Oktober 2020.

Iman bersama-sama 15 artis berbilang kaum termasuk Layla Sania, Ariff Bahran, Priscilla Abby dan Henley Hii menyumbangkan suara untuk lagu patriotik sempena Hari Kemerdekaan negara ke-64 bertajuk "We Are One" hasil karya Teng Bee terbitan Multimedia Entertainment. Lagu ini diterbitkan bagi membangkitkan semangat rakyat Malaysia memerangi penularan pandemik COVID-19.

Single ketiganya, "Nang" dikeluarkan pada Oktober 2021. Pada November, wajahnya dipilih menghiasi papan iklan digital gergasi di Times Square, New York, Amerika Syarikat. Ini menjadikan Iman sebagai penyanyi bertudung Malaysia ketiga dan artis wanita tempatan keempat yang terpilih menjayakan kempen Equal yang dikendalikan platform muzik digital, Spotify untuk memupuk ekuiti dan mengetengahkan artis wanita dari seluruh dunia.

Namanya semakin melonjak naik setelah menyertai pertandingan The Masked Singer musim kedua dengan bawaan lagu Kamelia. Pada tahun 2022, beliau muncul dengan single ketiga, "Harum Sundal Malam".


Kehidupan peribadi

Iman Troye merupakan bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Tasik Puteri, Rawang, Selangor. Beliau mula dikenali dengan nama panggilannya 'Iman' sejak beliau berusia 14 tahun tanpa mempunyai perkataan 'Troye' di belakangnya. Beliau mempunyai jumlah pengikut di Instagram seramai 985,000 pengikut. Iman mendedahkan dalam satu temuramah bersama Astro Gempak bahawa beliau pernah ditinggalkan kekasih dan bernekad untuk berkahwin apabila usia menginjak 30 tahun.


Kontroversi

Beliau pernah mencetuskan kontroversi pada Mei 2020 kerana tindakannya berbaring atas pokok di sekitar kawasan River of Life milik Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) semasa menjayakan penggambaran jenama fesyen muslimah milik Leeyanarahman. Tindakan beliau mengundang kecaman warganet yang menyifatkannya merosakkan harta benda awam, Iman dilaporkan memohon maaf atas tindakannya itu.

Pada 25 Mei 2021, Iman Troye turut dikecam gara-gara tulisan ciapannya di Twitter yang bertulis “Happy 6.9K everyone. Congratulations." ("Selamat 6,900 semua. Tahniah. Harap esok dapat 7,000 [merujuk kepada jumlah kes harian pandemik COVID-19 di Malaysia ketika itu],”) tulisnya sambil menyindir kerajaan. Beliau dikecam teruk sehingga bertindak menyahaktif akaun Twitternya. Walau bagaimanapun, Iman enggan mengulas lanjut mengenai status hantaran Twitter tersebut. Seketika lalu, dia digosipkan bercinta dengan Naim Daniel apabila beberapa kali memuatnaik foto bersama di Instagram. Dia menafikannya dan mengatakan kononnya dia dan Naim Daniel seperti abang adik sahaja. LOL

SUMBER: https://ms.wikipedia.org/wiki/Iman_Troye
Quote tasha 23-5-2022 03:42 PM
Awat ttiba panas? Tersakiti ke sebab penyanyi kesayangan setaraf iman troye je...malah iman troye mendahului
Quote tasha 23-5-2022 03:44 PM
Pak.dolla replied at 23-5-2022 03:39 PM
Habis tu korang nak muka siapa dipamerkan? Muka lembaga?

Klu boleh depa nk setiap sudut kt New York tu tepek gambar ctcaras ...baru kembang kempis hidung depa....
Quote Acikgomen 23-5-2022 03:44 PM
Bodo betoi sapa yg dok pertikai kelayakan retis nak kuar kat NY times square billboard
Sukati Spotify la deyols nak letak retis mana ponnnn
Iklan tuh Spotify yg beli ko skolah ke tak
Quote Pak.dolla 23-5-2022 03:52 PM
tasha replied at 23-5-2022 07:44 AM
Klu boleh depa nk setiap sudut kt New York tu tepek gambar ctcaras ...baru kembang kempis hidung d ...

Aku tgk muka ct dgn iman troy tu mcm seiras je hahahaha...
Quote SherryZass 23-5-2022 03:56 PM
Acikgomen replied at 23-5-2022 07:44 AM
Bodo betoi sapa yg dok pertikai kelayakan retis nak kuar kat NY times square billboard
Sukati Spotif ...

Entahnya chuolls, dah terang lagi bersuluh tu iklan under Spotify. Bukan nya pemenang anugerah industri muzik ke, grammy awards ke. adoi
Quote MatDeghem 23-5-2022 03:59 PM
Edited by MatDeghem at 23-5-2022 04:11 PM

Yg persoal
1. siti zoners... Kerana Sekarang .. zoners rasa mak iti nya dah selevel iman troye.
2. Lobenaks...kerana idola mereka yg dah di suntik oleh 2 agency eropah tapi Muka Tak terpapar.
3. Abe manak porem cari.... Kerana belum makan obat

Quote Acikgomen 23-5-2022 04:16 PM
SherryZass replied at 23-5-2022 03:56 PM
Entahnya chuolls, dah terang lagi bersuluh tu iklan under Spotify. Bukan nya pemenang anugerah ind ...

Sama bangang dgn retis yg muka tepampang kat billboard tuh
Komen serupa ko menang grammy award
Dah besukurrrr gitu buat kenduri ke tidakkkkkk
Quote LembingDayanti 23-5-2022 04:19 PM
hello iman troy punya lagi raya palimng famous ye lip lap lip lap apoooo
Quote Pak.dolla 23-5-2022 04:21 PM
MatDeghem replied at 23-5-2022 07:59 AM
Yg persoal
1. siti zoners... Kerana Sekarang .. zoners rasa mak iti nya dah selevel iman troye.
2.  ...

Hahahahhaba....no 2 dan 3 tu win..
Quote tobobon 23-5-2022 04:29 PM
Acikgomen replied at 23-5-2022 03:44 PM
Bodo betoi sapa yg dok pertikai kelayakan retis nak kuar kat NY times square billboard
Sukati Spotif ...

meols setuju sgt
...

motif muncul kat iklan spotify kat times square terus fefeling berjaya mcm dah menembusi arena musik international ala hollywood?  berapa kerat jer yg ambik pusing muka sapa keluar kat billboard tengah2 time square tu?

harap2 stopla media sosial ker, apa ker surat khabar ker feature citer2 mcm ni. takkan setiap kali retis malaysia keluar muka depa kat iklan time square nak satu artikel bangga kejayaan kunun...padahal...just model muka jer...bukannya orang usa sana gigih terus nak cari lagu depa kat spotify
Quote sweetyroses 23-5-2022 04:41 PM
Muka orang tu dah terpampang lagi awal, tetiba nak kecoh. Hahahahaha bitter sangat. Aku anggap macam tengok billboard dekat highway je. Buat hilang bosan.

Kalau betul2 cantik memukau terpukau mungkin terdetik nak search sape orang tu
Quote uori 23-5-2022 04:41 PM
Bakat nyanyian yang dimilikinya membolehkan beliau mendapat jolokan sebagai 'Nabila Razali 2.0' kerana vokalnya yang hampir serupa dengan Nabila.

kenapa aku rasa ni bukan satu yang patut dibanggakan
Quote AcikBuncit 23-5-2022 06:32 PM
Laaa tu under spotify la. Bkn anugerah penyanyi hebat pun.. Sape lagu yg bnyk org stream kat spotify, nama dia naik la. Iman tu lagu dia kan slalu trending..
Quote awanearisu 23-5-2022 06:38 PM
Pejam celik
Pejam celik
Raya sudah tiba.....

Lihat semua komen(40)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

7-5-2024 07:24 AM GMT+8 , Processed in 0.112390 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top