CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Hampir Setahun Tak Balik Kampung, Rupanya Pemuda Kena Sihir Sara Perbelanjaan Keluarga Mak Angkat

20-5-2022 03:59 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 3210| Komen: 14|Original author: Tatod

Description: Menerusi 'group' Batu Pahat di Facebook, seorang lelaki dengan nama Mohd Azwan memaklumkan dia sudah menemui adiknya, Aswadi yang sudah hampir setahun tidak pulang ke rumah keluarga mereka.Mendakwa ad ...

Menerusi 'group' Batu Pahat di Facebook, seorang lelaki dengan nama Mohd Azwan memaklumkan dia sudah menemui adiknya, Aswadi yang sudah hampir setahun tidak pulang ke rumah keluarga mereka. 

Mendakwa adiknya terkena buatan seorang wanita yang digelar sebagai mak angkat, kata Azwan, Aswadi semakin pulih jika dibandingkan ketika pertama kali bertemu di kilang tempat adiknya bekerja.

"Masa awal-awal jumpa, tanya apa pun dia tak nak beritahu pasal perempuan itu sampaikan tanya mak sendiri pun dia tak ingat. Selepas suruh dia istighfar, mengucap dan baca ayat Al-Quran dia mula bercakap apabila ditanya.


"Kini, adik saya dalam fasa berubat dengan cara perubatan Islam nak buang benda kotor yang dia dah makan. Moga adik saya terhindar sepenuhnya daripada sihir tersebut," katanya.


Dalam usaha mencari tahu keberadaan Aswadi, Azwan menggunakan platfrom 'group' berkenaan untuk meminta bantuan warga Batu Pahat menyalurkan maklumat kepadanya andai ada antara ahli 'group' berkenaan yang ternampak atau mengenali adiknya.

Menceritakan kejadian yang menimpa adiknya, kata Azwan, Aswadi yang berjalan kaki ke tempat kerjanya di Puchong selalu disapa oleh wanita yang digelarnya sebagai Mak.

"Pada hari ketiga, perempuan itu memberikan nombor telefonnya kepada adik. Dia juga memberikan bekal nasi. Ketika dia pulang ke kampung, kami sekeluarga menyedari kelakuannya agak berbeza, dia cuba mengelak dari kami dan tidak bercakap.

"Kami beranggapan itu adalah perkara biasa dan tiada apa-apa masalah. Bagaimanapun, dia senyap-senyap kemas kain baju dan dokumen penting. Sebab kelakuannya pelik, kami banyak kali tanya barulah dia beritahu nak ke Batu Pahat, nak kerja dengan mak angkat yang baru dikenalinya.

"Kami cuba halang tetapi dia pergi juga. Dalam dua tiga bulan, dia masih lagi berhubung dengan kami tetapi setiap kali kami tanya mengenai mak angkatnya, dia akan mengelak. Malahan, alamat rumah dan tempat kerjanya juga dia tidak berikan," katanya.


Selepas itu, adiknya semakin lupa akan keluarganya sendiri. Malahan, ketika Aswadi dimaklumkan bahawa ayah mereka sudah meninggal, pemuda itu sama sekali tidak menunjukkan tanda-tanda sedih.

Kata Azwan, adiknya tidak memberikan sebarang maklum balas seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku dan itu adalah kali terakhir Aswadi menjawab panggilan telefon daripada keluarganya.

Azwan turut menitipkan ingatan kepada penduduk sekitar yang mengenali wanita dan suaminya agar sentiasa berhati-hati agar tidak ada lagi yang menjadi mangsa sihir keluarga berkenaan.


Loading FB Video...



Menerusi perkongsian itu juga, Azwan memuat naik rakaman menunjukkan pihak polis yang membantu mengiringinya ketika ingin mengambil barang-barang peribadi Aswadi di rumah wanita tersebut. -CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Meiizu 21-5-2022 06:47 AM
Kesiannya...wanita tu bsuami?camna laaa dia bole aim sorang anak muda buat jadi hamba dia
Quote trisnalovezul 21-5-2022 08:18 AM
Lihat alloh tunjuk yg suka mandrem itu wanita msia bukan wanita Indonesia sepertimana kalian fitnah
Quote eyansss 21-5-2022 09:44 AM
trisnalovezul: Lihat alloh tunjuk yg suka mandrem itu wanita msia bukan wanita Indonesia sepertimana kalian fitnah


makcik indon oiiii…  ko tau tak belah2 johor tu banyak indon jawa…  batu pahat tu bersepah2 indon jawa…
Quote matbad 21-5-2022 10:18 AM
Saja dia buat xtahu hahaha. Yg penting bab claim ramai2 sepakat????
Quote Aikiko 22-5-2022 12:39 AM
Jijik ye perangai dasar pendatang bangs**
Menjawablah korang anak beranaķ buat ank orang smpai mcamtu
Perut tu biar membusung kembung makan hasil penat anak orang sampai dia boleh lupakan tanggungjawab kpd famili sendiri
Hish...menyirap betullah baca berita camni
So konklusinya jgan buat berbaik sangat dgan org luar t.utamanya bangs** asing
Kpd famili yg teraniaya korang mintak bayar balik ganti rugi kat keluarga penyihir tu
Quote LautBiru52 22-5-2022 12:53 AM
Kesiannya. Setahun dia menderita. Alhamdulillah family dapat dia balik
Quote dua_chzy 22-5-2022 05:37 AM
Ya ampun..Ni kalau jadi kat anak akak ni mau akak santet balik penyihir tu sekeluarga biar busung 1 family. Kesian sangat...

Memang sihir is real. Di Sabah ini hati2 dengan keturunan Ndon dan Pelipin jika kamu kerja di sini.
Quote tikusmontok 22-5-2022 07:45 AM
trisnalovezul replied at 21-5-2022 08:18 AM
Lihat alloh tunjuk yg suka mandrem itu wanita msia bukan wanita Indonesia sepertimana kalian fitnah

Betine tu jawa ndon la bongok
Quote jazaa100 22-5-2022 08:21 AM
Sebagai ibu yg ada ank....menitik airmata aku baca....

Indon memang bangsat....diperahnya habi hbisan ....
Quote susukambingbest 22-5-2022 03:32 PM
trisnalovezul replied at 21-5-2022 08:18 AM
Lihat alloh tunjuk yg suka mandrem itu wanita msia bukan wanita Indonesia sepertimana kalian fitnah

Lihat alloh tunjuk yg suka mandrem itu wanita JAWA iaitu INDON kaki mandrem bkn wanita mlaysia spertimana kalian fitnah.

Acik trisna malas baca artikel tp sibuk nk komen. Belum baca abis iol dah agak bgsa INDON ni suka mandrem. Bila baca smpai hbis, mmg betul pompuan INDON. Kt mlaysia xde negeri or daerah JAWA sprtimana INDON.
Quote chinta89 22-5-2022 04:01 PM
Allahuakhbar jahatnya perangai tak terkata aku bila baca ni..........
Quote nakkomenjugak 22-5-2022 04:54 PM
Jawa mendoniaaaaa
Nasib baik tak disuruh menari sekaliiiii
dasar bangsardddd punya pendatang
Quote babelina 23-5-2022 11:09 AM
Allahuakhbar.. minta dijauhkn la dari kita semua bertemu org2 mcm nie.. amin yra..
kesian nya.. untung abg dia n ahli keluarga berusaha mencari.. moga dpt balasan makcik tua tu sihir kn org sampai mcm tu..
Quote tootii 23-5-2022 05:26 PM
alahaii .. kesiannya .. kalau aku jadi salah seorang adik beradik budak ni, sedih woo ..
moga yg jahat mendapat balasan yang setimpal .. dan anak ni dpt jalani kehidupan biasa dia dgn family ..

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 02:14 AM GMT+8 , Processed in 0.060993 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top