CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Paling Tak Logik, "Ingat, Jangan Pergi Dekat Langsir Nanti Terbelit Leher"

20-5-2022 03:39 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1337| Komen: 6

Description: ‘Tidak logik dan melucukan,’ itu antara reaksi orang ramai selepas menonton klip video dari sebuah drama hindustan yang ditayangkan di salah satu saluran televisyen terkenal.
‘Tidak logik dan melucukan,’ itu antara reaksi orang ramai selepas menonton klip video dari sebuah drama hindustan yang ditayangkan di salah satu saluran televisyen terkenal.


Klip video drama yang kini sedang tular di media sosial itu menyaksikan watak heroin yang diselamatkan hero setelah lehernya tanpa sengaja terbelit oleh kain langsir.

Ketika lehernya terbelit, watak-watak lain hanya memerhati dengan perasaan takut, hanya hero sahaja yang mampu membantu memotong kain langsir yang terbelit itu.



Rata-rata orang ramai geli hati apabila menyaksikan sedutan drama itu, adegan tersebut turut mendapat kecaman dari penonton.


“Mana ada kain langsir terbelit dengan sendiri, macam hidup pula kain tu. Drama hindustan ni kalau tak menyeramkan dan lucu memang tak sah.

“Babak paling tak logik yang pernah aku tonton, pengarah dia mungkin berada di alam lain ni, ” jelas Jo Rahman.

“Kalau tak lucu memang tak sah, terlalu dramatik, ingat jangan pergi dekat langsir nanti terbelit leher.

“Kalah filem Hollywood, ini betul-betul sains fiction ni. Nasib langsir tu tak ada mulut dengan mata, ” ujar Pomen Isser. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (1 people)

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Artemesiaa 20-5-2022 03:56 PM
Kalau tak super dramatik macam tu bukan pilem dia orang ler
Quote msel 20-5-2022 05:00 PM
Penah tgk movie tamil, bininya kena tembak dekat kepala tepat di dahi, sempat lagi buat video call bercakap2 sementara ke hospital. Transplant jantung terpelanting dari jalan raya terus masuk ikut tingkap dan terus ke dada patient. Handphone tertinggal dalam perut masa operation. Hero tembak penjahat melalui telefon. [em:3:][em:3:]
Quote jazaa100 20-5-2022 07:07 PM
Amboii korang ni.....

Klu bollywood terbelit langsir bkn main korang kutuk....klu hollywood buat terbelit langsir, kagum pulak korang ek......
Quote nakkomenjugak 22-5-2022 04:58 PM
Hahahahah
halahhh
pisang pun boleh jadik pisau tikam orang
inikan pulak langsir puaka
Quote Wimoon 22-5-2022 06:25 PM
Movie dorang mn tak lawak...iols klau tgh stress nak gelak² mesti tgok movie tamil..cerita ganas pon boleh jd lawak..
Korang try tgok movie tamil tajuk doctor dekat netflix..iolls rasa lawak movie tu walaupun cerita sebenarnya pasal kidnap budak²[em:3:][em:4:]
Quote azie5zoe 23-5-2022 09:35 AM
Tu sebab iols sekarang lagi suka tengok filem tamil dari hindustan. Memang dah tahu kena tipu.

Lihat semua komen(6)

Kategori Berkaitan




Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

5-7-2022 05:46 PM GMT+8 , Processed in 0.083530 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top