CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Semasa Lihat artikel

Pakar Obstetrik Swasta Tidak Lagi Menyambut Kelahiran Bayi

27-7-2015 05:00 PM| Diterbitkan: CARI-IIN| Dilihat: 9553| Komen: 36

Description: 'Obstetrik' adalah cabang ilmu perubatan yg berkaitan dgn pengendalian ibu semasa hamil, sewaktu bersalin dan selepas bersalin.
Oleh Izzah Abbasy


'Obstetrik' adalah cabang ilmu perubatan yg berkaitan dgn pengendalian ibu semasa hamil, sewaktu bersalin dan selepas bersalin.

Sumber Foto : www.siakapkeli.my

Pakar perunding kanan obstetrik dalam sektor swasta di negara ini memilih untuk tidak menyambut kelahiran bayi akibat daripada perubahan dalam perlindungan indemniti profesional mereka. Kekurangan pakar dalam bidang tersebut akan menyebabkan bebanan di hospital kerajaan sekali gus meningkatkan kemungkinan sub-standard atau kelewatan dalam pengurusan materniti.

Sumber Foto : www.wanista.com

Persatuan Pelindungan Perubatan (MPS) mengubah dasar terhadap obstetrik dan ginekologi pada tahun ini, daripada perlindungan berdasarkan kejadian kepada tuntutan berdasarkan perlindungan, di mana doktor-doktor ini perlu membayar premium tahunan selama 25 tahun. Ini bermakna sekiranya seorang doktor bersara pada usia 60 tahun selepas menyambut kelahiran bayi, beliau perlu terus membayar perlindungan sehingga berusia 85 tahun.

Lebih 500 pakar obstetrik dan ginekologi dilindungi dibawah MPS yang mempunyai seramai 4,000 ahli di Malaysia. MPS mempunyai lebih daripada 300,000 doktor, doktor gigi dan pelajar perubatan sebagai ahli di seluruh dunia. Dr Tan Boon Nee dari Pusat Perubatan Subang Jaya berkata kebanyakan rakan-rakannya memutuskan untuk berhenti menyambut kelahiran bayi kerana perubahan dasar itu. "Memandangkan kita bertanggungjawab sehingga 25 tahun selepas menyambut kelahiran bayi, ramai di antara kami yang terdiri daripada pakar obstetrik yang berusia perlu membayar perlindungan selepas persaraan," katanya.

Dalam satu kenyataan kepada The Star, MPS mempertahankan perubahan dasar tersebut dengan menegaskan tuntutan berasaskan perlindungan adalah bentuk perlindungan biasa untuk pakar obstetrik di kebanyakan negara. - CARI Infonet

Sumber asal : http://www.mstar.com.my/berita

29

Bagus
15

Marah
18

Terkejut
25

Sedih
23

Lawak
15

Bosan

Friends Rank (125 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote gaara_X 27-7-2015 08:52 AM
ermmmm...ye ke nie
Quote bellaa 27-7-2015 11:40 AM
pergi ospitel gomen??

harus rabak poohkey bella depa buat uji kaji
Quote tungkai 27-7-2015 11:47 AM
Bukan dari dulu lagi ke mostly hospital swasta ni kalau benda2 risky dia akan tolak ke spital gomen?

Kalau mortality rate certain private spital tinggi, korang nak masuk ke? Dah la bayar mahal2 tp result buat skit hati. Sah2 business merudum..Last2 spital gomen gak...
Quote dodolgemok 27-7-2015 11:49 AM
Berita sedih buat ummi abi yg mahukan delivery yg lebih isele. Selayaknyalah dibayar cash terus ummi2 tersebut pabila pakar ong prebet xmo buat delivery lgi. Hadap je la sepital gomen ummi2 sekalian
Quote ell768 27-7-2015 11:49 AM
so lepas ni penuhkan laa wad bersalin kat gomen tu...
Quote axl_bach 27-7-2015 11:52 AM
Kah. Kah. Kah. Kah. Kah. Kah
Quote stripper_j 27-7-2015 12:00 PM
baru tau ke.....
Quote melia_star 27-7-2015 12:05 PM
i read..i digest it but can't get it....can anyone pls elaborate it...
Quote FanTasyCreaTioN 27-7-2015 12:06 PM
PETALING JAYA: Pakar perunding kanan obstetrik dalam sektor swasta di negara ini memilih untuk tidak menyambut kelahiran bayi akibat daripada perubahan dalam perlindungan indemniti profesional mereka.

Kekurangan pakar dalam bidang tersebut akan menyebabkan bebanan di hospital kerajaan sekali gus meningkatkan kemungkinan sub-standard atau kelewatan dalam pengurusan materniti.

Persatuan Pelindungan Perubatan (MPS) mengubah dasar terhadap obstetrik dan ginekologi pada tahun ini, daripada perlindungan berdasarkan kejadian kepada tuntutan berdasarkan perlindungan, di mana doktor-doktor ini perlu membayar premium tahunan selama 25 tahun.

Ini bermakna sekiranya seorang doktor bersara pada usia 60 tahun selepas menyambut kelahiran bayi, beliau perlu terus membayar perlindungan sehingga berusia 85 tahun.

Menurut MPS, perubahan itu dilakukan kerana cabaran global dan risiko berkaitan dengan tuntutan obstetrik dan tindakan undang-undang.

Di Malaysia, perlindungan tertinggi diambil oleh obstetrik yang digunakan untuk membayar lebih daripada RM70,000 setahun untuk tuntutan ganti rugi tidak terhad.

Dibawah tuntutan berdasarkan perlindungan, jumlah dibayar secara tahunan adalah lebih rendah tetapi tempoh yang lebih panjang.

Lebih 500 pakar obstetrik dan ginekologi dilindungi dibawah MPS yang mempunyai seramai 4,000 ahli di Malaysia.

MPS mempunyai lebih daripada 300,000 doktor, doktor gigi dan pelajar perubatan sebagai ahli di seluruh dunia.

Dr Tan Boon Nee dari Pusat Perubatan Subang Jaya berkata kebanyakan rakan-rakannya memutuskan untuk berhenti menyambut kelahiran bayi kerana perubahan dasar itu.

"Memandangkan kita bertanggungjawab sehingga 25 tahun selepas menyambut kelahiran bayi, ramai di antara kami yang terdiri daripada pakar obstetrik yang berusia perlu membayar perlindungan selepas persaraan," katanya.

Dr Tang yang berkhidmat dalam bidang itu selama 20 tahun berkata ganti rugi yang tinggi dibayar dalam tuntutan obstetrik.

"Terdapat kes pada tahun lalu dimana jumlah ganti rugi mencecah RM6.9 juta. Untuk melindungi diri kami, kami perlu membayar MPS sepanjang tempoh persaraan kerana berdasarkan sistem berasaskan tuntutan.

"Ia tidak adil kerana kebanyakan kami tidak mendapat banyak wang," katanya.

Dr Gunasegaran Rajan dari Hospital Pakar KPJ Damansara berkata indemniti berasaskan kejadian tidak mempunyai siling terhadap perlindungan tetapi sistem berasaskan tuntutan dihadkan kepada RM10 juta.

Beliau berkata, pilihan terbaik adalah berhenti mengamalkan bidang obstetrik kerana risiko pada masa depan terdedah kepada bahaya.

"Adalah amat memalukan apabila kemahiran dan ilmu pengetahuan kebanyakan pakar obstetrik yang diperolehi sejak 25 tahun lalu tidak boleh digunakan untuk membantu pengurusan materniti wanita kerana dasar baharu ini," katanya.

Dalam satu kenyataan kepada The Star, MPS mempertahankan perubahan dasar tersebut dengan menegaskan tuntutan berasaskan perlindungan adalah bentuk perlindungan biasa untuk pakar obstetrik di kebanyakan negara.

"Tuntutan berdasarkan perlindungan memerlukan ahli memegang status keahlian secara berterusan pada masa kejadian buruk berlaku dan apabila insiden dilaporkan kepada MPS untuk membuat tuntutan.

"Ia diperkenalkan dengan harga langganan bagi risiko obstetrik yang lebih tepat dan adil kerana amat sukar untuk meramalkan risiko jangka panjang.

"Ini kerana tuntutan obstetrik boleh dibangkitkan bertahun-tahun, malah beberapa dekad kemudian," kata MPS.

sumber

Quote lurve82 27-7-2015 12:31 PM
xmo preggy lg la camni...
Quote dino 27-7-2015 12:39 PM
dodolgemok replied at 27-7-2015 11:49 AM
Berita sedih buat ummi abi yg mahukan delivery yg lebih isele. Selayaknyalah dibayar cash terus ummi ...

kat trg hospital bersalin baru... not bad.... cuma takleh la nak privacy.... nak senang melawat mcm spital swasta....
cuma hospital klang tu bakal2 ibu seme eloklah elakkan.... tu hospital utk warga asing....
Quote qronaldo7 27-7-2015 12:53 PM
lurve82 replied at 27-7-2015 12:31 PM
xmo preggy lg la camni...

xyah dah. kilang stop
Quote lurve82 27-7-2015 01:26 PM

hakak lambat lg nk menopos dikkk...







Quote prettyuglybabe 27-7-2015 01:47 PM
lepas ni makin berkembang la bisnes dola doli bintang 7
Quote chicken_lemon 27-7-2015 02:09 PM
Sakit bersalin sama je.. Kat private pun sakit gitu, kat gomen pun gitu..
Quote mawarika 27-7-2015 02:39 PM
Lebih selesa dkt private... Pedulik hape..duit haku
Quote kemaruk 27-7-2015 02:42 PM
bangkem harap satu masa nanti, kaum lelaki akan berevolusi dan mampu beranak sendiri tanpa bantuan dari perempuan
Quote dodolgemok 27-7-2015 03:18 PM
dino replied at 27-7-2015 12:39 PM
kat trg hospital bersalin baru... not bad.... cuma takleh la nak privacy.... nak senang melawat mc ...

Mau senang panggil je dolah/doula/dula beranak kat rumah jadi pompom girl. Tpi kalau mampos hadap je la nak sgat ikut trend dula duli pelbagai bajet islamik suchi murni.
Quote abas8888 27-7-2015 03:27 PM
mungkin lepas ni kalau nak beranak, boleh gi spital private kat singapura atau Indonesia..

Lihat semua komen(36)

Kategori Berkaitan


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

3-12-2022 06:17 AM GMT+8 , Processed in 0.091815 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top