CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ringgit Susut Ke Paras Terendah Dalam Tempoh 17 Tahun

28-7-2015 10:44 AM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 3696| Komen: 1

Description: Nilai ringgit Malaysia jatuh lagi dan kali ini menyusut ke paras terendah dalam tempoh 17 tahun berikutan kebanyakan mata wang negara Asia menyusut dengan harga komoditi rendah semalam.

Oleh : LTS

sumber foto : http://media.themalaymailonline.com/



Nilai ringgit Malaysia jatuh lagi dan kali ini menyusut ke paras terendah dalam tempoh 17 tahun berikutan kebanyakan mata wang negara Asia menyusut dengan harga komoditi rendah semalam. 

Ringgit susut 0.1 peratus kepada 3.8140 setiap dolar, paling lemah sejak September 1998.

Selain itu, nilai mata wang baht Thailand turut mencatatkan penyusutan manakala dolar Singapura menunjukkan peningkatan.

Memetik laporan daripada Mstar, penyusutan itu didorong harga komoditi yang lemah ditambah pula kepada kebimbangan terhadap eksport lembap Malaysia.

Berdasarkan laporan Bernama, memandangkan kejatuhan harga minyak dan komoditi dan prospek kenaikan kadar faedah AS lewat tahun ini, bukan satu yang mengejutkan melihat penurunan nilai ringgit.


Menurut Dr. Shane Oliver, Ketua Strategi Pelaburan dan Ketua Pakar Ekonomi di AMP Capital Investors, ini merupakan perkara yang baik kerana ia akan meningkatkan daya saing antarabangsa Malaysia. 


"Termasuk membantu mengurangkan import dan meningkatkan kuantiti eksport yang sekali gus membantu mengimbangi penurunan pendapatan berkaitan komoditi."


Tambah Oliver, mengenai penurunan ringgit, ia sukar untuk melihat lantunan semual yang berterusan sehingga harga komditi kembali meningkat dan ia mungkin mengambil masa beberapa tahun.

Pada masa yang sama, bank pusat dikesan di pasaran cuba untuk mengehadkan kerugian dalam mata wang Asia setakat ini.

Data bank pusat pada 23 Julai menunjukkan rizab antarabangsa Malaysia jatuh kepada $100.5 bilion pada 15 Julai daripada $105.5 bilion pada 30 Jun lalu. - CARI Infonet




26

Bagus
36

Marah
40

Terkejut
33

Sedih
17

Lawak
48

Bosan

Friends Rank (200 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote AbukRokok 27-7-2015 06:10 PM
nazri-aziz.jpg


Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 09:32 AM GMT+8 , Processed in 0.045797 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top