CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Hamba Moden- Bekas Ahli Politik Tak Bayar Gaji, Pukul, Kurung 27 Buruh Dalam Sangkar

26-1-2022 09:31 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1703| Komen: 10

Description: Langkat: Bekas Ketua Daerah (Bupati) Langkat di Sumatera Utara, Terbit Rencana Perangin-angin, didakwa melakukan perhambaan moden melibatkan puluhan buruh paksa.
Langkat: Bekas Ketua Daerah (Bupati) Langkat di Sumatera Utara, Terbit Rencana Perangin-angin, didakwa melakukan perhambaan moden melibatkan puluhan buruh paksa.


Kes tersebut terbongkar selepas Terbit Rencana ditahan dalam satu operasi dan didedahkan oleh Perhimpunan Indonesia untuk Buruh Migran Berdaulat (Migrant Care).

Menurut Ketua Migrant Care, Anis Hidayah, pihaknya menerima laporan mengenai ‘sangkar kurungan berupa penjara’ di dalam rumah Terbit Rencana.


Foto: Agensi

“Penjara itu dipercayai digunakan oleh Terbit Rencana untuk mengurung puluhan buruh paksa yang bekerja di ladang kelapa sawit miliknya.


“Terdapat dua tempat kurungan di dalam rumah Terbit Rencana dan ‘dihuni’ seramai 27 orang,” katanya.

Jelas Anis, kesemua buruh paksa itu tidak dibayar gaji dan diarahkan bekerja selama 10 jam setiap hari bermula pukul 8 pagi hingga 6 petang, selain diberi makan dua kali sehari.


Terbit Rencana, Foto: Agensi

Katanya, selepas mereka habis bekerja, kesemua buruh itu akan dikurung dalam penjara berkenaan dan tidak dibenarkan keluar tanpa urusan penting.

“Semua buruh itu tidak dibenarkan berkomunikasi dengan mana-mana pihak, selain mereka akan dipukul dan diseksa dalam penjara tersebut,” ujarnya.

Dalam pada itu, jurucakap polis, Hadi Wahyudi memaklumkan, penjara itu dipercayai dibina sejak 2012 dan dimaklumkan fungsinya adalah untuk merawat golongan penagih dadah di kawasan tersebut.

“Terbit Rencana sebelum ini diminta mendapatkan permit untuk mendirikan penjara itu, namun sehingga kini tiada permohonan dibuat.

“Apa yang dilakukan oleh Terbit Rencana jelas melanggar undang-undang,” tegasnya. -CARI

Sumber: Utusan Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rospinki 26-1-2022 10:43 AM
nampak tak perangai indon
Quote Adrif 26-1-2022 11:26 AM
gila kejam bos dia.
Quote capiloton 26-1-2022 11:38 AM
kat malaysia pun ada, buat buruh asing macam hamba abdi.
tak bayar gaji, dera sampai mati, dan lain2.

jangan perasan suci
Quote DayangKirana 26-1-2022 12:33 PM
Terbit Rencana Perangin-angin


Nama...kemain!!
Quote pyropura 26-1-2022 12:34 PM
DayangKirana replied at 26-1-2022 12:33 PM
Nama...kemain!!

Tu nama Batak lah.
Quote pyropura 26-1-2022 12:36 PM
capiloton replied at 26-1-2022 11:38 AM
kat malaysia pun ada, buat buruh asing macam hamba abdi.
tak bayar gaji, dera sampai mati, dan lain2 ...

Company besau kroni Umno pun sama, contoh Top glove, Supermax tuh
Quote buragazz 26-1-2022 01:19 PM
Nama pun Perangin angin.. memang kepala berangin la ni...
Quote Artemesiaa 26-1-2022 01:23 PM
Zalimnya perangai tahu nak untung je
Quote Carcosa 26-1-2022 09:49 PM
Dalam article yg pendek ni - 7 kali dia sebut Terbit Rencana     
Quote pinkpunk 27-1-2022 04:05 PM
dah kenapa berita seberang byk sgt kt sini..

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 04:15 AM GMT+8 , Processed in 0.155818 second(s), 55 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top