CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Netizen Banding Gaji Lee Zii Jia Dengan Pemain Bola Sepak Malaysia Yang Jauh Lebih Banyak

26-1-2022 02:46 PM| Diterbitkan: bubuk_bearbear| Dilihat: 7533| Komen: 32

Description: Pasti semua tahu karier sebagai pemain bola sepak profesional sememangnya "masyuk" kerana gaji bulanan yang ditawarkan kepada pemain agak tinggi.



Pasti semua tahu karier sebagai pemain bola sepak profesional sememangnya "masyuk" kerana gaji bulanan yang ditawarkan kepada pemain agak tinggi. 

Di negara kita majoriti pemain bola sepak menerima gaji lima angka dan ada juga pendapatan sehingga enam angka sebulan.

Namun, pendedahan mengenai bayaran gaji yang diterima atlet badminton perseorangan negara telah dipertikaikan oleh segelintir netizen kerana mereka beranggapan ianya terlalu sedikit jika dibandingkan dengan pencapaian yang pernah digapai olehnya sebelum ini.

Seorang pengguna Twitter memuat naik keratan berita yang memaparkan gaji pemain bola sepak tempatan dan membandingkan dengan gaji yang diperoleh Lee Zii Jia.




Difahamkan, gaji Lee Zii Jia sebagai seorang atlet badminton hanyalah sebanyak RM8,000 sebulan manakala bintang bola sepak pula dibayar puluhan ribu sebulan!

Jesteru, ramai mempersoalkan keperluan membayar gaji sebanyak itu terutamanya kepada pemain bola yang diimport dari negara luar yang mencecah ratusan ribu sebulan.

Manakala Lee Zii Jia yang pernah memasuki piala dunia tidak dibayar harga sepatutnya bagi seorang pemain bertaraf dunia. Malah ada juga menganggap pemain badminton lain pula mungkin dibayar lebih rendah daripada sepatutnya.

“Gaji pemain bola di Malaysia semua tinggi-tinggi, tapi taraf permainan masih di tahap rendah. Satu pembaziran.” tulis seorang netizen.

"Patutlah jarang nampak muka footballer kat billboard promote water purifier. Gaji mcm CEO". tulis Shih-Li Kow.

“Bergantung pada kelab bola masing-masing. Ada yang sampai cecah RM250k, kalau kelab tu kayalah.” komen @AfiqUmar pula.



Terdahulu, konflik antara Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dan pemain badminton perseorangan negara, Lee Zii Jia akhirnya bertemu jalan penyelesaian apabila Presiden BAM (Norza Zakaria) dilaporkan telah ‘merestui’ keputusan pemain itu yang ingin bergerak secara profesional. - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote keane.somewhere 26-1-2022 02:48 PM
Cina kalau tolak Persatuan...maksudnya pentadbiran Persatuan tu problem.
Quote ChildrenOfBodom 26-1-2022 02:50 PM
Gaji mahai2 main tahap estet..kaki bangku..
Quote pistolairAbah 26-1-2022 02:55 PM
gaji 8k? gaji mp menteri2 lagi banyak padahal atlet yang main worldchampion ni bukan ramai pun..lagi la harumkan nama negara.patut bayar lagi tinggi gaji menteri
Quote Skuau 26-1-2022 02:57 PM
Edited by Skuau at 26-1-2022 03:00 PM

adakah perbandingan ini dibuat secara adil...memandangan...'struktur & organisasi'...kedua-dua sukan ini berbeza...CONTOH(sahaja)...BAM vs JDT???Canna korang buat perbandingannya kat sini???
Quote wnwa05 26-1-2022 03:06 PM
Skuau replied at 26-1-2022 02:57 PM
adakah perbandingan ini dibuat secara adil...memandangan...'struktur & organisasi'...kedua-dua sukan ...


perbandingan dari ummah twitter yg tahu nak ngepost status je pun.. sah2 la dua sukan ni berbeza dari segenap sudut populariti semua.


Quote wnwa05 26-1-2022 03:07 PM
tapi kalau betul 8k memang tak patutlah..aku pun ingat paling kurang belas2 ribu..
Quote abas8888 26-1-2022 03:24 PM
biarlah gaji LZJ ditanggung oleh sponsorship pula..duit dari BAM boleh nurture lebih ramai budak baru..lagipun LZJ main pakai bendera Malaysia juga..bukan dia tukar bendera pun..masa nak pilih nama wakil malaysia, based on ranking je la nanti..

tapi harap2 dua nama yg naik sebelum ni eloklah disiasat..buat mcm indonesia, ex player main peranan jaga persatuan..kurangkan orang bisnes/luar jaga persatuan..tgk mcm denmark, ex player dah terajui BWF...
Quote Lista 26-1-2022 03:25 PM
Teringat dulu kalah lawan UAE 10-0.
Kalau kat negara lain habih kena report pasal rasuah.
Quote ayukpingu 26-1-2022 03:35 PM
memang tak logik la 8k. wakil malaysia tu.
Quote matseh 26-1-2022 04:08 PM
Mana sama. Bola profesional. Klab byr gaji.
LZJ amatur, persatuan byr elaun. Prize money share between BAM and player
Quote rashiman 26-1-2022 04:15 PM
matseh replied at 26-1-2022 04:08 PM
Mana sama. Bola profesional. Klab byr gaji.
LZJ amatur, persatuan byr elaun. Prize money share betwe ...

BAM guna duit rakyat, nanti kalau BAM banyak guna duit rakyat utk bayar pemain, nanti rakyat bising...
Quote dani-rox 26-1-2022 04:25 PM
gaji pemain bola yg tak pernah masuk piala dunia tu pun jauh lagi banyak


ouch...




Quote Skuau 26-1-2022 04:30 PM
dani-rox replied at 26-1-2022 04:25 PM
ouch...

ko kena tepek video..perbandingan(harta) 3 Abdul tu...
Quote MissYouSayang 26-1-2022 04:31 PM
keane.somewhere replied at 26-1-2022 02:48 PM
Cina kalau tolak Persatuan...maksudnya pentadbiran Persatuan tu problem.

Khuensss. Tu pun ada netisen ckp lzj ni x bersyukur
Quote MissYouSayang 26-1-2022 04:34 PM
dani-rox replied at 26-1-2022 04:25 PM
ouch...

Quote tu kena kasi sebesar alam sis. Pehtu tambah menang pun takat liga kampung pprt jahhh
Quote tom2 26-1-2022 04:37 PM
Masalahnya persatuab bam tu ramai cina. Presiden je melayu. So nak cakap cina tak puashati ngan cina ke
Quote usopikhwan 26-1-2022 05:06 PM
kesiannye..gaji LZJ ni setanding gaji budak main liga primier dan piala belia Malaysia.
Quote orkid_amani 26-1-2022 06:11 PM
Itu yg dia jadi ambassador merata2 brand tu xdak bayar gaji ka? Laku gak LZJ ni duta brand2 besaq gak .bukan cikak
Quote xy_daen 26-1-2022 06:29 PM
Malaysia popular dalam arena bolasepak di peringkat dunia ke nak bayar gaji mahal?

Lihat semua komen(32)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 05:39 AM GMT+8 , Processed in 0.081517 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top