CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT
Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Semasa Lihat artikel

Lelaki Mengaku Dirinya Imam Mahdi Lepas Pulang Dari Tuntut Ilmu Agama Di Pedalaman

26-1-2022 09:18 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1367| Komen: 13

Description: Aceh: Seorang lelaki menimbulkan kekecohan apabila membuat pengumuman menggunakan pembesar suara masjid mengakui bahawa dirinya adalah Imam Mahdi.
Aceh: Seorang lelaki menimbulkan kekecohan apabila membuat pengumuman menggunakan pembesar suara masjid mengakui bahawa dirinya adalah Imam Mahdi.

Lelaki berusia 35 tahun itu berbuat demikian selepas selesai mengikuti kuliah di Masjid Agung al-Khalifah, Aceh Utara, baru-baru ini.

Seorang saksi, Ibrahim Jafar Kuba memberitahu, lelaki tersebut yang dipercayai mempunyai masalah jiwa terus mengambil mikrofon dan membuat pengumuman itu sebaik sahaja kuliah selesai.


Foto: Utusan

“Lelaki yang dikenali sebagai Armia itu mengakui dirinya adalah Imam Mahdi dan menceritakan dengan lengkap salasilah keturunannya,” katanya.


Sehubungan itu, penduduk setempat membawanya ke balai polis bagi mengelakkan insiden tidak diingini berlaku.

Setibanya di balai polis, lelaki tersebut tetap berkeras dengan dakwaannya sehingga keluarganya datang untuk membawanya pulang.

Jurucakap polis, Asriadi berkata, keluarga lelaki tersebut memaklumkan, lelaki itu berubah sikap selepas pulang dari menuntut ‘ilmu agama’ pada tahun lalu, selain tidak pernah menceritakan di mana dia belajar ilmu berkenaan.

“Abang cuma maklumkan dia masuk ke kawasan pedalaman untuk menuntut ilmu agama dan tidak pernah menceritakan lebih lanjut.

“Sikapnya mula berubah sejak dia pulang dari pengajian itu sehingga dia sanggup mengaku dirinya adalah Imam Mahdi,” ujar adiknya, Samsul Bahri.

Oleh hal yang demikian, keluarga lelaki tersebut memohon maaf kepada semua penduduk dan berterima kasih kerana menghalang lelaki itu daripada bertindak di luar kawal. -CARI

Sumbr: Utusan Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Samerosie 26-1-2022 09:46 AM
Tak hairan, dalam forum ni pun ramai je peramal masa depan.
Quote saviour_09 26-1-2022 09:59 AM
Samerosie replied at 26-1-2022 09:46 AM
Tak hairan, dalam forum ni pun ramai je peramal masa depan.

p&c katanyaaa

tapi kecoh2 kat forum boleeyyyy

bila tanya kena cari sendiri

tak nak spoonfeed

apooooo
Quote copy_paste 26-1-2022 10:29 AM
tu yg org kata gila isim,belajar ilmu agama sampai jd mcm tu kesian,
Quote Bedah.Cun 26-1-2022 10:44 AM
Hisap gam agaknya
Quote Adrif 26-1-2022 11:20 AM
kawasan pedalaman? kumpulan ajaran sesat ke?

lokasi pun tak nak bagitau. kenapa berahsia sangat kalau belajar agama?

very suspicious. boleh suspek extremist
Quote buapakperut 26-1-2022 11:49 AM
Menuntut kat mana tak bagitahu, tup2 tengok gambar jenglot dah menggigil ketakutan
Quote cmf_ctrl 26-1-2022 01:05 PM
kenapa la gigih nak jadi imam mahdi..sah2 imam mahdi tu dari bangsa madinah keturunan nabi Muhammad SAW..bukannya acheh
Quote gigahertz 26-1-2022 04:03 PM
Bedah.Cun: Hisap gam agaknya

i baca news tu dari atas sampai la habis
memanjang gelak.

Quote bakingsoda 26-1-2022 04:17 PM
kat malaysia ada imam mahadi makmumnya heliza
Quote sharlenetexas 26-1-2022 04:21 PM
bakingsoda replied at 26-1-2022 04:17 PM
kat malaysia ada imam mahadi makmumnya heliza

Mahadi-Bz.jpg

Quote kakikuDibibirmu 26-1-2022 05:20 PM
Katanya imam mahdi pandai cakap Sabah!
Quote jazaa100 26-1-2022 05:43 PM
Knp gmbor hb heliza pulak ni?....

Quote angelofish 26-1-2022 07:05 PM
nak tau dia imam mahdi ke tak.cuba ambik pedang jepun.pastu belah badan dia sampai terbelah dua

Lihat semua komen(13)

Kategori Berkaitan

ADVERTISEMENT


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT

Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

13-8-2022 02:30 PM GMT+8 , Processed in 0.111322 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top