Gaya Hidup
Gaya Hidup 25-1-2022 05:53 PM 3602 Views
DescriptionSarapan pagi sememangnya sebati dengan masyarakat Malaysia, malahan ia menjadi rutin dalam kehidupan seharian sehingga a ...

Sarapan pagi sememangnya sebati dengan masyarakat Malaysia, malahan ia menjadi rutin dalam kehidupan seharian sehingga adakalanya pesakit kencing manis lupa ada beberapa jenis makanan perlu mereka elak.


kredit foto: Women's Health


Menurut mStar, ini adalah lima jenis sarapan pagi yang perlu dielakkan pesakit kencing manis.

  • Roti, Nasi, dan Pasta

Roti bukan dari sumber gandum, nasi dan pasta adalah makanan berkarbohidrat tinggi dan boleh meningkatkan paras gula dalam darah. Ia perlu dielakkan penghidap diabetes tahap satu atau tahap dua.


kredit foto: dreamstime

Menurut Heathline, walaupun pasta bebas dari sumber gluten, ia tidak mengatakan bahawa makanan itu bebas gula. Bukan setakat meningkatkan gula dalam darah, tetapi makanan 
berkarbohidrat tinggi boleh mengurangkan fungsi otak pada penghidap diabetes tahap 2.

Pesakit kencing manis dinasihatkan supaya menggantikannya dengan makanan yang tinggi serat di samping dapat memperlahankan penyerapan gula ke dalam aliran darah.

  • Bijirin Manis

Pengambilan bijirin manis untuk sarapan pagi boleh memberi kesan buruk untuk pesakit kencing manis. Walaupun ada sebilangan produk bijirin mempunyai slogan "sihat", itu bukan satu pilihan baik untuk penghidap diabetes.

kredit foto: eatthisnotthat

Untuk mengatasi rasa lapar, tetapi masih mengekalkan paras gula dalam darah, penghidap diabetes dinasihatkan untuk mengambil makanan yang rendah karbohidrat dan kaya dengan protein.

  • Yogurt Dengan Rasa Buah

Yogurt mempunyai banyak jenis, tetapi yogurt berperisa buah-buahan bukan satu pilihan baik untuk penghidap diabetes. Dibuat daripada susu rendah lemak dan serat, yogurt buah biasanya dicampur dengan karbohidrat dan gula. Ini boleh meningkatkan gula darah dan insulin dalam badan.


kredit foto: United Dairy Industry of Michigan

Pesakit kencing manis dinasihatkan mengambil yogurt tanpa gula atau perisa ataupun ambil yogurt kosong sahaja.

  • Jus Buah-Buahan

Kandungan gula dalam jus buah adalah amat tinggi. Jus minuman tanpa gula memang tiada rasa, oleh itu ramai orang menambah gula sebagai penambah rasa tanpa mengambil kira hal buruk mungkin berlaku.

kredit: zeelicious

Oleh sebab itu, jus buah pada waktu sarapan pagi perlu dielakkan, sebaliknya pesakit boleh mencuba dengan pengambilan air dengan hirisan limau (infuse water) sebagai alternatif.

  • Kentang Goreng

Kentang goreng agak tinggi kandungan karbohidrat dalam kumpulan makanannya. Sebiji kentang bersaiz sederhana sebelum digoreng mengandungi 11.8 gram karbohidrat,namun apabila kentang dikupas dan digoreng dalam minyak sayuran, ia menghasilkan 36.5 gram karbohidrat.


kredit foto: Faith middleton

Makanan yang digoreng dalam minyak sayuran itu menghasilkan sejumlah besar sebatian yang bahaya untuk kesihatan. Ada kajian mengatakan pengambilan kentang goreng dan makanan bergoreng lain berisiko tinggi menghidap penyakit jantung dan kanser.

Apa makanan kegemaran anda waktu sarapan? - CARI

Original author: Agent13k

Prev.:Jangan Tahu Makan Sahaja, 7 Cara Menahan Lapar Ketika Berdiet!

Next:Kenapa Kita Rasa Bulan Januari Amat Lama? Ini Jawapannya!

Komen Terbaru
noor2 25-1-2022 06:02 PM
Hanya..nasi..pasta dan kentang goreng je yg menarik selera akak....lain2 list x tertarik
Decaffeinated 25-1-2022 06:03 PM
Dah apa yang boleh, rumput?

aina_shaira 25-1-2022 06:05 PM
nasi lemak, kerang masak pedas dan sambal lebih....
JunkMail 25-1-2022 06:08 PM
Takde satu pun menarik selera aku.. gila ke pagi2 nak bedal pasta French fries bagau
Artemesiaa 25-1-2022 06:25 PM
Maunya kebanyakan rakyat Malaysia pagi2 nasi yang dihentamnya
Adrif 25-1-2022 07:20 PM
aku breakfast memang makan heavy
nasik, spaghetti, pasta, semua tu.

tapi lunch nanti memang kurang la makannya. kunyah-kunyah benda ringan je.
sebab gaya aku, lunch kalau makan heavy, satgi mengantuk, jadi lesu
so makan light, dan tido tengahari. qailullah
baru petang tu kepala ringan, hati pun tenang je buat kerja

petang sempat gi jogging keluarkan peluh
delia3003 25-1-2022 07:49 PM
Edited by delia3003 at 25-1-2022 07:53 PM

Kurang gemar breakfast berat pagi, kecuali teringin nak makan nasi lemak sekali sekala. Lebih suka makan berat tengahari je. Pagi biasa breakfast dgn kopi +biskut/roti, kalau time rajin bawak buah utk bekal, breakfast dgn buah. Tapi kopi mmg tak tinggal pagi. Bijiran manis mmg tak boleh telan. Cornflakes + susu boleh ler.

Skrg ni tengok muda2, dalam 30s pun ada yg dah kena diabetes
che-cikL 25-1-2022 07:56 PM
Nampak nau bukan article asal Malaya.
keane.somewhere 25-1-2022 07:57 PM
Meols kat rumah makan campuran Millet, BuckWheat, Beras Ungu Bali Keladi Iban, Beras Merah Kelantan, Beras Hitam Siam, Quinoa dengan berapa titis minyak bijan. Lauk ikan singgang Lengkuas+halia bentong cicah aglio e olio (red palm oil)
Gingerly 25-1-2022 08:19 PM
Apa makanan kegemaran anda waktu sarapan? - CARI

~fruit+vege puree
~yogurt

sukacactus 25-1-2022 08:38 PM
Edited by sukacactus at 25-1-2022 08:45 PM

20220125_204331.jpg
Suka sourdough bread dgn telo sunny side up + sauteed mushroom and onion + salad and coffee
monreyes 25-1-2022 08:58 PM
aku suka gardenia purple bijirin tu..tapi payahnya lah nak dapat..next yg purple takde bijirin...kalau xde juga wholemeal kaler hijau..kalau weekend roti canai..nasi lemak .nasi dagang
hareeeesah 25-1-2022 09:27 PM
Quote: sukacactus:  Edited by sukacactus at 25-1- ...


Ini mmg menarik.. sedapnya. For dinner pun meolls boleh makan lagi camni
stingereez 25-1-2022 09:51 PM
Quote: Gingerly replied at 25-1-2022 08:19 PM
Apa makanan kegemaran anda waktu sarapan? - CARI

~fruit+vege puree

Having sex in the morning just as you are waking up is better than having the heartiest of breakfast meal...

Try.......
stingereez 25-1-2022 09:55 PM
Quote: keane.somewhere replied at 25-1-2022 07:57 PM
Meols kat rumah makan campuran Millet, BuckWheat, Beras Ungu Bali Keladi Iban, Beras Merah Kelantan, ...

Ko ni alien kewww?

Kahkahkahkahkahkah
ultra78 25-1-2022 09:57 PM
Nak sihat makan oat yg kena masak atas dapur tu,bukan jenis yg segera tuang air panas.
stingereez 25-1-2022 09:58 PM
Quote: monreyes replied at 25-1-2022 08:58 PM
aku suka gardenia purple bijirin tu..tapi payahnya lah nak dapat..next yg purple takde bijirin...kal ...

Weekdays biar healthy breakfast sebab nanti di opis waktu melingering time lepak kt mamaks kheunz?
cmf_jeangrey 25-1-2022 10:58 PM
Quote: ultra78 replied at 25-1-2022 09:57 PM
Nak sihat makan oat yg kena masak atas dapur tu,bukan jenis yg segera tuang air panas.

Resepi oat sedap yg iols buat hampir tiap pagi

1 cawan cooking oat
1 cawan air + 1/2@3/4 cawan susu semi skim or rendah lemak
1-2 sudu madu
Buah2an such as pisang, strawberry etc
Mixed seeds or any seeds mcm chia seed, sunflower seeds atau pumpkin seeds..


Masak oat dgn liquid atas api perlahan. Kacau sekali sekala supaya x hangus kt dasar periuk. Kalau x kembang tambah air sikit2. Result x terlalu pekat or cair. Tuang dlm mangkuk, campurkan madu dgn buah2 dan seeds tadi. Tuang sikit lg susu sejuk dlm sesudu dua, kacau sikit pastu biarkan kejap bg jus2 buah tu keluar. Then boleh makan sambil kunyah2 oat dgn seeds tu..

Iols x suka overnight oats walau nmpk sedap...sbb suka mkn hot breakfast pagi2..



Gingerly 25-1-2022 10:58 PM
Quote: stingereez replied at 25-1-2022 09:51 PM
Having sex in the morning just as you are waking up is better than having the heartiest of breakfa ...

Memang selalu ngeseks pagi2. Lebih tenaga
Lihat semua komen